Kes jangkitan yang makin tinggi menyebabkan kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan menjaga SOP kendiri.
Kita juga sebenarnya boleh membuat pemeriksaan di rumah sendiri dengan mendapatkan kit ujian kendiri Covid-19 yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui aplikasi MySejahtera.
Pembelian ini boleh dibeli secara online denga hanya menekan butang berkenaan.
Walau bagaimanapun pengguna perlu update dulu MySejahtera sebelum pembeli dan melakukan kit ujian kendiri Covid-19 ini sendiri di rumah bagi yang mengalami gejala ringan.
Sebelum itu kita semak dulu gejala yang perlu dambil kira sebelum melakukan pemeriksaan ini.
Menyentuh tentang perihal gejala, Public Health Malaysia baru-baru ini menyenaraikan kembali simptom yang bakal dihadapi oleh seseorang dalam empat keadaan iaitu:
Sebarang hasil keputusan menerusi penggunaan ujian kit kendiri Covid-19 sama ada positif, negatif atau tidak sah (invalid) perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) melalui aplikasi MySejahtera.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pengguna perlu bertanggungjawab untuk melaporkan keputusan sebenar dan tidak melakukan pemalsuan bagi mencegah implikasi jangkitan kepada orang lain.
Katanya, jika keputusan ujian kit kendiri positif, pengguna perlu hadir ke fasiliti kesihatan swasta, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) atau mana-mana Klinik Kesihatan (KK) untuk penilaian kesihatan, sebelum status kesihatan mereka dimuat naik dalam aplikasi MySejahtera.
KKM menerusi Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) memberi kelulusan bersyarat kepada tiga jenis kit ujian kendiri Covid-19 untuk dijual dan diguna di negara ini.
Kit-kit itu ialah Kit Ujian Pantas Antigen Salixium Covid-19 buatan syarikat tempatan; Reszon Diagnostics International Sdn Bhd; Gmate®️
Covid-19 buatan Korea Selatan dan Beright Covid-19 Antigen Rapid Test Device (Oral Fluid) yang dibuat Hangzhou Alltest Biotech Co., Ltd.Sumber: Covid-19.moh.gov.my
Artikel Berkaitan:
Guna Cuka Epal Hilangkan Masalah Skin Tag. Tak Sakit & Lebih Jimat!
Selain Farah Ann, 5 Lagi Atlet Wanita Paling Hot & Curi Tumpuan Di Olimpik Tokyo 2020
Setahun Berjaya Lenyapkan 22 KG. Ini Rahsia Bekas Pramugari Kembali Langsing Lepas Bersalin!