Siapa tidak mengenali penyanyi popular Justin Bieber yang cukup popular dengan lagu-lagu nyanyian menusuk kalbu.
Namun pengumumannya baru-baru ini sangat mengejutkan ramai apabila beliau memberitahu bahawa dirinya didiagnosis dengan sindrom ‘Ramsay Hunt’.
Melalui video yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, dapat melihat bahawa kondisinya masih stabil dan sindrom tersebut kelihatan seperti Bell’s Palsy.
Artikel Lain: Jangan Pandang Remeh Ketiak Hitam, Salah Satu Petanda Awal Hidap Kanser Atau Diabetes
Oleh disebabkan sindrom ini jarang berlaku, maka ramai antara kita yang tidak mengenali dengan lebih mendalam tentang sindrom ini.
Melalui perkongsian di laman sosial twitter, Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu punca penyakit ini.
Sindrom ini hanya berlaku kepada orang yang pernah mengalami cacar air (chicken pox). Ini kerana ia disebabkan oleh jangkitan virus varicella-zoster, iaitu virus yang sama yang menyebabkan cacar air dan kayap (shingles).
Selepas seseorang pulih dari cacar air, sebahagian virusnya akan kekal di saraf. Ia kemudian boleh aktif kembali. Jika ia berlaku di saraf rusuk, maka ia menjadi kayap, manakala di saraf muka pula menjadi sindrom Ramsay Hunt.
Secara teori, pengaktifan virus itu semula berlaku kerana penurudan sistem imun. Sistem imun boleh menurun pada individu yang kurang zat, stress, warga emas, wanita hamil, serta penghidap kanser, serta penyakit kronik.
Sindrom Ramsay Hunt kelihatan yang hampir serupa dengan Bell’s palsy, tetapi gejalanya lebih banyak, iaitu:
– Sakit telinga
– Pendengaran terjejas
– Kelumpuhan sebelah muka
– Ruam berlepuh (seperti kayap)
– Vertigo(pening berpusing)
– Kering mata dan mulut
Artikel Lain: Mula Diserang Migraine, Rupanya Disahkan Sakit Buah Pinggang Tahap 5. Wanita Ini Beri Peringatan!
Rawatan untuk sindrom ini adalah sama seperti rawatan untuk cacar air dan kayap:
– Ubat antiviral
– Ubat kortikosteroid
– Analgesik(tahan sakit)
– Terapi(fisioterapi dan carakerja)
Lebih cepat dapat rawatan, lebih tinggi peluang pulih. Pemulihan boleh memakan masa berbulan-bulan. Sebahagian besar pesakit pulih sepenuhnya, manakala selebihnya lagi mengalami kelumpuhan muka dan masalah pendengaran yang kekal.
Semoga bermanfaat!
Artikel Lain: “Bangun Pagi Muka Senget” – Peneraju Bernama Radio Ini Kongsi Pengalaman Alami ‘Bell’s Palsy’