Minum Pati Kurma Untuk Sahur, Gerenti Takkan Lapar Sampai Berbuka. Sesuai Untuk Diet!

Share

Kurma antara makanan sunnah yang dikatakan mampu memberi tenaga berpanjangan ketika di bulan puasa.

Sama ada dimakan begitu saja ketika sahur dan berbuka, kurma juga boleh dibuat pati untuk dijadikan air minuman.

Selain itu, pati juga boleh dijadikan bahan tambahan dalam setiap masakan.

Perkongsian di laman sosial Nadiah Latfi

memberitahu cara mudah buat pati kurma yang boleh dicampur terus dengan susu.

Sesuai sangat diamalkan sewaktu bersahur dan boleh bertahan hingga waktu berbuka puasa. Bukan itu sahaja, dalam masa sama boleh kekal slim, menjelang Syawal nanti.

Stok Pati Kurma Untuk Sahur

Stock pati kurma untuk sahur. Campur dengan susu & ready untuk minum. Minum ini je pon dah cukup untk bertahan sampai berbuka. Dalam masa sama boleh kurus. Selamat berpuasa semua.

Bahan-bahan:

– Kurma
– Susu
– Badam, kismis atau bahan lain

Cara membuat:

1. Buang biji & basuh kurma
2. Stim 20 minit
3. Blend sampai hancur
4. Simpan dalam bekas & boleh letak dalam fridge
5. Campurkan 2 sudu pati kurma & susu (any susu yang sedap di tekak masing-masing).
Ready untuk minum. Boleh jugak campur madu, badam, kismis dan lain-lain.

Artikel Berkaitan:

Tak Makan Nasi Tapi Tahan Puasa Selama 19 Jam, Caranya Amal Minum Susu Kurma Buat Sendiri

Makan Sebiji Pun Dah Memadai. Ini Antara 8 Khasiat Kurma Ramai Tak Tahu!

“Jangan Skip Sahur” – Kevin Zahri Kongsi Tip Kekal Cergas & Langsing Sepanjang Berpuasa

IKLAN