Masih Belum Ada Rezeki Dapat Anak, Ini 3 Cara Kesan Hari Subur Sebelum Bersedia Hamil

Share

Setiap pasangan yang berkahwin pasti inginkan kehadiran anak bagi menceriakan lagi kehidupan berumahtangga.

Namun ada dalam kalangan wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil disebabkan beberapa perkara.

Walaupun begitu, janganlah putus asa. Sebelum bersedia untuk hamil setiap wanita itu perlu tahu mengira waktu kesuburan supaya peluang mengandung lebih cerah.

Untuk makluman anda, waktu subur wanita untuk kehamilan adalah pada 2 minggu selepas tarikh kedatangan haid yang lepas (hari ke-14) atau dalam linkungan 2-4 hari pada pertengahan kitaran haid.

Sekiranya tarikh terakhir kedatangan haid anda pada 11/8, bermaksud waktu subur anda adalah pada 24/9 hingga ke 28/9. Namun, kehamilan boleh terjadi pada bila-bila masa selepas 2 minggu dalam kitaran haid.

Dalam satu perkongsian video daripada Pakar Pemakanan Wanita, Syaza Nutritionist  memberitahu tiga cara untuk mengesan hari kesuburan dengan menggunakan:

 

1. Ovulation predicted kit (opk)

2. Ovulation thermometer

3. Mengesan cecair faraj

Jadi kepada pasangan yang masih belum ada anak, boleh cuba cara ini dan selebihnya kita serah pada Allah SWT.

Artikel Berkaitan:

Gigit & Jilat Punca Bibir Jadi Kering. Ini Tip & Produk Atasinya Elak Menggelupas Teruk!

Rebus Atau Goreng, Khasiatnya Sama & Ini Mitos Tentang Telur Yang Ramai Tak Tahu

Teruja Gayakan Baju Raya Dengan Berat Normal, Gadis Guna Kaedah Intermittent Fasting (IF) Turunkan 26 KG

IKLAN