Makan Pedas Boleh Kurus? Pakar Nutrisi Jelaskan Kesannya Jika Diambil Secara Berlebihan!

Share

Ada yang kata kalau suka makan pedas boleh bantu seseorang itu untuk jadi kurus lebih cepat.

Apa kaitan antara makan pedas dengan dapat memecahkan lemak yang terkumpul dalam badan.

Perkongsian Syaza Nutritionist merungkai kata-kata ini adakah benar makan pedas boleh menyebabkan seseorang itu jadi kurus dengan cepat.

MAKAN PEDAS BOLEH KURUS?? Betul ke?

Musim-musim pandemik ramai yang duduk rumah dan banyak idea untuk menghabiskan waktu dengan menonton dan makan.

Sebagai rakyat Malaysia, makanan yang pedas tu salah satu makanan yang diminati ramai. Ada juga yang tak pernah makan pedas pon terasa nak makan bila lihat ramai buat cabaran makan pedas.

Tapi sejauh mana makanan pedas ini boleh membantu untuk kurus?

Menurut kajian makanan pedas yang terhasil daripada lada atau cili ini mempunyai bahan aktif yang dikenali sebagai Capsaicin.

Antara kebaikan Capsaicin:

1. Membantu sistem pengaliran darah yang lebih lancar

2. Mempunyai kesan anti-keradangan yang boleh mengurangkan penghasilan keradangan

3. Membantu meningkatkan kadar metabolisma tubuh melalui pembentukan haba (thermogenesis)

3. Membantu menguatkan sistem imuniti melalui kadar antioksidan iaitu beta carotene.

4. Membantu melawan kanser sel

5. Membantu memanjangkan hayat seseorang

Walaubagaimanapun, pengambilannya perlu bersederhana kerana jika diambil secara berlebihan ia akan memberikan kemudaratan terhadap tubuh badan kita.

Antara kesan jika pengambilan makanan pedas yang berlebihan ialah; boleh menyebabkan sakit perut, cirit-birit, dan muntah-muntah serta memburukkan lagi masalah GERD, pedih ulu hati, dan gastrik. Ini berlaku disebabkan oleh stimulasi yang berlebihan terhadap sistem saraf. Berita baiknya ia tidak menyebabkan kerosakan terhadap lapisan usus.

Walaupun sebelum ini dipercayai bahawa makanan pedas boleh membawa kepada ulser, bukti semasa kini mengesahkan bahawa capsaicin memberikan perlindungan terhadap patogen ulser, H. pylori. Capsaicin juga bertindak sebagai meredakan kesakitan apabila digunakan secara sapu atau dimakan.

Secara kesimpulannya, jika anda baru nak belajar makan makanan pedas, anda perlu meningkatkan pengambilan secara perlahan-lahan untuk mengurangkan gejala yang tidak diingini. Manakala bagi yang mempunyai masalah kesihatan, pengambilan yang bersederhana adalah sangat penting.

Dan nota penting bagi yang nak kurus tu, makan pedas bukanlah jalan pendek untuk kurus anda masih perlu bergerak aktif dan mengawal pengambilan makanan. Jika anda ambil makanan pedas dan bertambah ia tidak akan membantu anda untuk kurus malah akan memasukkan anda dalam kategori berat badan berlebihan.

Semoga bermanfaat!

Artikel Berkaitan:

Jangan Sental Guna Cecair Alkohol Sebab Bukan Kerak Atau Daki Kotoran. Tapi Petanda Awal Kencing Manis!

Rupanya Lepas Sembuh, Bekas Pesakit Covid-19 Perlu Tukar Berus Gigi. Doktor Pakar Ini Jelaskan Sebabnya!

“Suka Cantik-Cantik & Bergaya Depan Cermin. Itu Boleh Buat Saya Gembira” – Cara Izara Aishah ‘Self Love’ Kala Pandemik Covid-19!

IKLAN