Lepas Setahun Covid-19, Dr. Izzar Dedah Ada Frontliner Jumpa ‘Psychiatrist’ Sebab Alami Stres Melampau

Share

Siapa tidak mengenali suami kepada pelakon popular Ummi Nazeera, Dr. Izzar Anwari yang juga bertugas sebagai seorang doktor.

Sentiasa berkongsi ilmu dengan pengikutnya di laman sosial Instagram dan terbaru beliau menyatakan rasa terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia yang sentiasa mengeluh dengan cara keja frontliner.

Menurutnya, ada antara mereka yang mengugut malah merungut dengan servis dan makanan ketika menjalani rawatan di hospital.

Malah menurutnya ada saja yang mereka buat serba tidak kena di mata orang ramai walaupun sudah hampir setahun Malaysia dilanda pandémik Covid-19 ini.

Tambahnya lagi jika dilihat dari perspektif petugas barisan hadapan, tekanan turut dirasai apabila ada antara frontliner bertugas tanpa henti hingga menjejakkan kesihatan sendiri.

Jelasnya lagi ada antara kawan-kawannya yang sudah dirujuk ke psychiatrist

oleh sebab stres yang melampau, kerja tanpa henti dan beban kerja yang bertambah.

Dr. Izzar turut memberi pesanan kepada rakyat Malaysia agar bersikap lebih matang dalam usaha membendung pandemik ini. Jika tidak mahu kes semakin bertambah dari hari ke hari.

COMPLAIN COMPLAIN COMPLAIN

Bila kami dah dapatkan katil di hospital dan ambulans datang awal, marah kat kami sebab kenapa awal sangat? Mak saya tak sempat nak bersiap. Pastu marah kata di tempat mak dia pergi tak selesa. Dihubunginya pegawai penyiasat kes mak dia dan ugut-ugut lagi.

Bila dah buat test covid sendiri kat swasta dikatanya positif (taktau test jenis apa). Di ugut kata keluar tempat awam. Sebab Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) tak call dia. Padahal dah call.

Bila kita dah selamatkan orang itu, dah selamat keluar ICU semua, ada hati nak complain kata makanan hospital tak sedap.

Bila dah kata operasi kedai makan sampai pukul 8 malam, kita extend la lagi sampai 10 malam. Takde hall

Sekarang dah genap lebih setahun petugas-petugas kesihatan bekerja tanpa henti ni. Ada kawan-kawan saya yang dah rujuk ke psychiatrist sebab dah stress melampau. Kerja tanpa henti. Beban kerja bertambah dan macam-macam lagi.

Rakyat Malaysia tolonglah bersikap matang. Faktor utama sama ada kita nak lama lagi atau tak dengan COVID-19 ni adalah SIKAP kita sendiri. Degil tak nak patuh SOP. Rasa diri kebal, takpelah demam sikit-sikit je lepas itu pergi kenduri.

Alah buka mask kejap je pun etc. Kita dah nampak kesan dari cuti Krismas dan New year tu sekarang. Ramai pergi melancong, berjalan dan kenduri sakan masa itu. Lepas itu masuk tempat kerja jangkit rakan sekerja pulak. Sebab itu kes naik sampai ke 4 angka tiap2 hari sekarang. Pastu tanya bila kes nak turun ni?

Kes positif sekarang empat angka tiap2 hari. Dulu-dulu angka pun dah gelabah. PKP sekarang ini macam takde apa pun.

Dahla penat. Kitorang fokus buat kerja kitorang. Takyah lah menambah beban petugas2 kesihatan dengan benda-benda remeh dan menyusahkan. Matang la sikit

Korang rasa macam mana. Lama lagi ke nak hidup macam sekarang ni?

Artikel Berkaitan:

Miss Universe Malaysia, Mengigil Disahkan Positif Covid-19. Kini Bebas Lepas 2 Minggu Bermeditasi & Lakukan Pengasingan Kendiri!

Lepas 30 Hari Bertarung Nyawa Jalani Rawatan, Akhirnya Lelaki Ini Sembuh Dari Covid-19 Stage 5

Kredit Foto: Instagram Dr. Izzar 

Published by
Siti Zurina Mat Saman