Bagi mereka yang baru berkahwin sering dikaitkan dengan masalah kedatangan haid yang tidak teratur.
Situasi ini sedikit sebanyak mendatangkan kerisauan terutama bagi mereka yang sangat menginginkan kehadiran cahayamata.
Sebenarnya terdapat pelbagai faktor dapat mempengaruhi kitaran haid yang tidak teratur. Antaranya umur, kehamilan dan berat badan.
Perkongsian Pakar Obstrerik dan Ginekologi Dr Anna Liza Roslani, mengulas lebih lanjut mengenai berat badan dan kitaran haid tidak teratur.
Ayuh ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat selanjutnya.
“Doktor, sebelum kahwin haid saya elok teratur. Selepas dah kahwin, jadi tak teratur.”
Saya tidak tahu berapa kali saya sudah mendengar ungkapan ini. Kerap sangat sehingga tidak terkira!
Ads
Saya juga kurang faham maksud ayat ini. Adakah wanita itu hanya mengatakan apa yang dia perhati (observation)? Atau adakah wanita tersebut mempercayai bahawa dengan berkahwin (iaitu melakukan hubungan kelamin dengan suami) boleh menyebabkan haid bermasalah? Maknanya, mungkinkah dia mengalami penyakit akibat daripada penyakit kelamin?
Bila saya mendengar ungkapan ini, soalan saya seterusnya kepada wanita itu ialah ‘Berat badan puan sekarang berapa? Berat sebelum kahwin berapa?’
Biasanya, jawapannya ialah ‘Berat saya sekarang 72Kg. Berat sebelum kahwin 60Kg’. Dan apabila saya minta wanita tersebut berdiri di atas alat penimbang saya, dia akan terkejut dan berkata ‘Alamak! 74Kg!!!!’
Maka, masalah sebenar bukannya masalah kahwin atau tidak kahwin, bukannya masalah ada hubungan kelamin atau tidak.
Ads
Masalah sebenar ialah tidak menjaga berat badan setelah berkahwin! Sebelum kahwin elok menjaga badan, tetapi selepas kahwin ada ‘teman makan tetap’! Memang naiklah berat badan!! Ada juga yang menjadi isteri mithali dan asyik memasak untuk si suami, sampai masakan berlebihan. Nak buang, sayang, maka dimakan sehingga habis walaupun tidak lapar!
Apabila berat badan meningkat, ia boleh menyebabkan hormon menjadi tidak seimbang. Hormon tidak seimbang akan menjadikan haid tidak menentu, kadangkala terlalu lama, dan kadangkala tidak datang haid berbulan-bulan. Ini terutamanya berlaku kepada wanita yang mengalami PCOS (polycystic ovarian syndrome).
Oleh itu, sebelum anda risau ada cyst atau fibroid, timbanglah diri anda terlebih dahulu. Jika memang ketara berat badan anda telah meningkat, usaha untuk turunkan terlebih dahulu.
Ads
Juga, jangan menyalahkan PCOS untuk kenaikkan berat badan. PCOS tidak bersalah. Yang salah adalah ‘keberatan’ anda. Jika berat badan anda normal, PCOS tidak akan menyebabkan masalah hormon.
Marilah kita sama-sama menuju ke arah gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan, dan mengamalkan senaman.
Dr Anna Liza Roslani, Pakar Obstetrik & Ginekologi
Minat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
1. Dilahirkan di Amerika, dibesarkan di Kuwait
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
2. Menyertai Sukan Olimpik Tokyo 2020
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
3. Menguasai tiga bahasa
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
4. Memiliki perniagaan ladang kuda
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Seperti kita makum pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memberitahu bahawa produk ‘Brilliant Skin Essentials Whitening Facial Cream’ mengandungi racun berjadual iaitu Tretinion.
Jadi kita diingatkan supaya elak untuk membeli atau menggunakannya jika sayangkan kulit wajah.
Walaupun ada antaranya memberitahu produk dipakai ok, tetapi perlu diingat produk pemutihan yang mereka gunakan ini mengandungi racun terlarang.
Elak beli dan guna produk kosmetik terlarang ini.
Dalam satu perkongsian di laman sosial FB, Public Health Malaysia memberitahu kesan penggunaan produk mengandungi racun berjadual ini terutama untuk kulit wajah.
Menurut PHM untuk kesan jangka pendek produk yang mengandungi Hyroquinone dan Tretinoin memang nampak kesan, tetapi tidak untuk hasil selepas itu.
“Saya dah pakai produk ini OK sahaja kulit saya” , itu kata kata penjual dan pengguna produk Briliant Skincare apabila KKM mengumumkan produk pemutihan yang mereka gunakan mengandungi bahan beracun terlarang
“Untuk jangka masa pendek memanglah produk yang mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin nampak berkesan. Kulit menjadi putih kepucatan dan menjadi kemerahan apabila terkena cahaya matahari. Hasilnya pula sangat cepat, memanglah membuat pengguna teruja.
“Tapi apabila anda mula berhenti, kulit akan menjadi kusam, timbul jerawat dan warna menjadi tidak sekata. Kesannya akan wujud kebergantungan kepada produk yang menyebabkan anda terus memakai sehingga bertahun tahun,” menurut PHM.
Dan kesannya akan menyebabkan masalah kulit kronik yang dipanggil Ochronosis
“Maka terjadilah masalah kulit kronik yang dikenali sebagai Ochronosis. Bahagian kulit yang sering disapu krim pemutih akan menjadi kehitaman yang tidak sekata. Ia kelihatan seperti Caviar (sila google) dan memberi kesan menggerutu.
“Jika anda adalah pengguna produk,
-Briliant Skin Care Rejuvinating Facial Toner
-Briliant Skin Care Rejuvenating Facial Cream
-Briliant Skin Essential Whitening Facial Cream
“Sila hentikan penggunaan, dapatkan konsultasi pakar kulit jika anda sudah anda tanda tanda rebound (akibat berhenti) atau tanda awal Ochronosis,” tambahnya lagi.
Sehubungan itu, jangan sesekali kita terus membeli atau menggunakan produk ini kerana begitu membahayakan kulit wajah. Jika masalah ini berterusan teruskan berjumpa pakar konsultasi untuk rawatan selanjutnya.
Tak ramai yang berani pakai lipstik merah kerana risau akan buatkan penampilannya nampak matang, tua atau terlalu menyerlah!
Lebih-lebih lagi kalau nak kenakan gincu merah pada majlis atau hari penting seperti Hari Raya. Mesti rasa kurang yakin. Tetapi kalau anda pakai baju warna lembut, lipstik wajib pakai, barulah naik seri.
Tip Pakai Lipstik Merah, Kulit Cerah Atau Gelap Tetap Sesuai!
Sebenarnya nak pakai lipstik merah, anda perlu tahu apa tona kulit dulu. Bermula dari situlah, anda boleh padankan shade apa yang sesuai mengikut tona kulit. Nak tahu apa tona dan shade yang sesuai, caranya:
Gincu merah berasaskan biru – Sesuai untuk warna kulit yang sejuk (cool) dan lebih cerah.
Gincu merah berasaskan jingga – Sesuai untuk warna kulit yang hangat (warm).
Gincu merah berasaskan coklat – Sesuai untuk tona kulit asas hangat (warm), kulit sederhana (medium) hingga gelap (darker).
Selain daripada tahu tona kulit, penting juga untuk anda tahu jenama mana yang bagus bila mencari gincu merah.
Raya nanti mesti ramai yang teruja nak makan ketupat, rendang atau hadiri rumah terbuka. Tetapi apa yang membimbangkan, bila makan-makanan berminyak pada hari Raya, gincu akan cepat hilang dan perlu di-touch up berulang kali.
Haa… cuba rujuk cara pakai lipstik merah yang dikongsikan wanita ini.
1. Mula-mula pastikan bibir tidam dalam keadaan basah ya.
2. Kemudian kalau ada cushion, dap-dap sedikit kawasan bibir. Pastikan rata elok.
3. Untuk pilihan Rapi, guna lipstik YOU Rouge Power Matte Lip Cream.
4. Sapu dulu kawasan bibir bawah sebaiknya. Kemudian pastikan jangan lagakan dulu bibir atas dan bawah.
5. Mulakan sapu dari dalam ke luar. Yang best warnanya memang pigmented.
6. Ada kandungan Manuka Honey yang tak keringkan bibir.
7. Apa hasilnya? Memang jenis transferproof, kissproof dan waterproof.
8. Non sticky formula! tahan dalam 18 jam ke atas tau!
Hah, lepas ini jangan takut nak pakai lipstik warna merah ya! Kulit cerah atau gelap, semua layak pakai.