Jika sebelum ini dikatakan mereka yang positif dijangkiti virus covid-19 hanya akan menerima balik tarikh temujanji dalam masa sebulan.
Tetapi rupanya lebih cepat dari tarikh itu. Dalam perkongsian di laman Instagram pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu pihak KKM mengatakan mereka yang positif Covid-19 sebelum itu boleh menerima tarikh baru temujanji hanya dalam masa 14 hari.
Dia yang memberitahu dirinya yang positif sebelum ini telah berjaya menerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Sebelum itu, Sarah disahkan positif COVID-19 selepas menjalani ujian calitan ketiga setelah hilang deria bau dan rasa pada pertengahan Mei lalu.
Dan setelah 38 hari berlalu, semalam Puteri Sarah telah menerima suntikan vaksin untuk dose pertamanya di UiTM Puncak Alam, Selangor.
Sarah juga memberitahu dia telah menjadi volunteer bertugas di PPV berkenaan.
Ada tak orang yang excited kena vaccine macam i . 38 days after positive. So today i dapat Sinovac vaccine.
Yeaaayyy nak share dengan semuaaa. Ada berita baik dari KKM, whoever yang pernah Positive covid dan selepas 14 hari, takda symptoms , sihat , boleh vaccine !!!!!!
So apelagi guys. Cepat, cepat update your My Sejahtera and check ok, kot2 dah dapat date
Jadi kepada mereka yang positif sebelum ini jangan risau untuk menerima tarikh baru. Hanya update di MySejahtera dan pasti akan diberi tarikh untuk suntikan.
Kredit Foto: Puteri Sarah
Artikel Berkaitan:
15 Hari Hilang 6 Ahli Keluarga Serentak Sebab Covid-19. Wanita Pesan Jaga SOP & Jujur Bab Kesihatan!
Kongsi Rahsia Cantik Wanita Seluruh Dunia. Pilih Petua Tradisional Untuk Penjagaan Dalaman & Luaran!
Dijangkiti Covid-19 Seminggu Sebelum Bersalin. Wanita Berjuang Demi Lahirkan Baby Pramatang!