Produk coklat kegemaran ramai kanak-kanak, Kinder Suprise dikatakan telah menyebabkan lebih daripada 60 kes salmonella.
Berikutan itu, menyebabkan firma coklat berkenaan menarik balik makanan ringan tersebut kerana bimbang masalah kesihatan akan bertambah.
Ini berikutan 40 kes yang direkodkan membabitkan kanak-kanak bawah 5 tahun ke bawah menurut Agensi Keselamatan Kesihatan United Kingdom.
Artikel Lain: Setahun Berusaha Turunkan Berat Badan. Gadis Ini Konsisten Guna Cara Diet ‘Eat Clean’!
Justeru Agensi Piawaian Makanan (FSA) berkata, syarikat coklat Ferrero menarik balik penjualan produk tersebut sebagai langkah berjaga-jaga sementara siasatan lanjut diteruskan.
Namun begitu, sepanjang tempoh itu, tiada kematian dilaporkan dan keadaan semasa pesakit mesih belum dipastikan.
“Sekitar 77 peratus daripada jumlah 57 kes sebelum ini berumur lima tahun ke bawah. Namun organisasi itu berulang kali tidak dapat mengesahkan jumlah tepat apabila ditanya.
Artikel Lain: “Perlu Ke Buat Ujian Kendiri Hari-Hari Bila Positif Covid-19? Ini Penjelasan Dr Izzar!
“Jumlah keseluruhan kes mungkin akan meningkat,” jelasnya.
Sebelum itu juga produk yang terjejas ialah Kinder Suprise 20 gram dengan tarikh ‘baik’ sebelum antara 11 Julai 2022 dan 7 Oktober 2022.
Antara kesan dijangkiti bakteria salmonella ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah seperti demam, cirit-birit, sakit perut, muntah dan loya.
Sumber: Mstar
Artikel Berkaitan: Ibu Hamil Hidap Diabetes Tak Digalak Berpuasa. Bahayanya Boleh Jejas Bayi Dalam Kandungan!