Kulit memang jadi pinkish, tapi tomato ceri bahaya dimakan mereka yang ada masalah hati. Tomato ceri adalah antara sayuran yang sering jadi pilihan sebagai ulam-ulaman. Bukan saja untuk dimakan begitu saja, tomato juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk mencantikkan kulit.
Malah jika kena gaya pemakaiannya, kulit muka akan jadi kemerah-merahan atau pinkish yang mampu menambah seri semulajadi wajah seseorang.
Kulit Memang Jadi Pinkish
Namun begitu, sebenarnya buah tomato ceri ini perlu diambil secara berpada-pada bagi mereka yang ada masalah hati.
Perkongsian ini diberitahu oleh Saintis Prinsipal, Dr Suri Roowi yang mengatakan sayuran ini tidak sesuai untuk sesiapa yang ada masalah hati.
Ayuh, ikuti penjelasan lanjut beliau kenapa agaknya tomato ceri ini tidak oleh diambil untuk mereka yang ada masalah berkenaan.
Ads
TOMATO CERI – Boleh Buat Kulit Jadi Kemerah-merahan ! TETAPI TIDAK SESUAI UNTUK SESIAPA YANG ADA MASALAH HATI
Tomato adalah antara sayuran yang biasa dimakan sebagai ulam. Tomato kaya dengan bahan antioksidan likopene.
Lycopene juga boleh merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser payudara, prostat dan usus besar.
Ads
Bahan berkhasiat jenis ini biasa didapati juga dalam lobak merah dan tembikai. Dalam tomato, bahan khasiat ini hadir pada kuantiti tinggi dalam kulit dan biji tomato
Walaubagaimanapun, terdapat kajian menunjukkan pengambilan tomato pada kuantiti tinggi boleh meningkatkan risiko pendarahan jika bersama ubat cair darah.
Tapi Tomato Ceri Bahaya Dimakan
Selain dari itu, warna kulit kita juga boleh berubah kepada warna kemerahan. Kajian oleh UPM mendapati tomato ceri lebih tinggi antioksidan berbanding tomato biasa.
Ads
Cara terbaik memakan tomato adalah dengan memasak bersama sedikit minyak zaitun. Kajian menunjukkan tomato yang dimasak bersama sedikit minyak lebih tinggi khasiat berbanding tomato segar.
Minyak zaitun juga akan membantu penyerapan bahan khasiat tomato ke dalam darah. Tetapi, tomato tidak sesuai untuk siapa yang ada masalah hati, seperti juga cili dan terung
Tomato juga adalah antara sumber tinggi potasium. Justeru, pesakit buah pinggang perlu hadkan pengambilannya.
Bagi penyediaan herba pula berlainan, kebanyakkan bahan khasiatnya adalah dari jenis larut air. Sebaiknya diperahkan sedikit jus limau kasturi semasa penyediaan minuman herba agar bahan khasiat terekstrak dengan lebih banyak.
Pelakon terkenal Korea Selatan, Han So Hee baru-baru ini memberikan nasihat kepada mereka yang mengimpikan tubuh cantik dan kurus sepertinya.
Nasihat berkenaan diberikan ketika beliau menjawab satu soalan yang diajukan peminat ketika melakukan satu sesi siaran langsung pada 4 Ogos lalu.
Peminat difahamkan bertanya kepada So Hee apa yang harus dilakukan sekiranya dia mahukan bentuk tubuh ramping dan kurus seperti pelakon tersebut.
Nasihat Han So Hee Untuk Peminat Yang Nak Kurus
Jaga Kesihatan Lebih Penting Daripada Kurus
Bagaimanapun, So Hee pantas mengingatkan peminat tersebut dan orang ramai perkara itu mungkin bukan perkara yang mereka inginkan.
”Elak jadi ramping dan kurus seperti saya. Tolong jaga kesihatan anda baik-baik. Walaupun kecantikan dalaman memainkan peranan penting, namun kerjaya lakonan memerlukan saya mengutamakan kecantikan luaran. Sebab itulah saya menjaga berat badan dan tampil ramping.
“Jika tidak, saya hanya perlu mengekalkan berat badan saya pada paras yang normal. Saya rasa kita memang tidak boleh mengubah standard kecantikan yang difahami orang ramai.
”Memang ia lebih baik jika anda dapat menggayakan pakaian yang sesuai dengan bentuk badan sendiri. Tetapi saya berharap kalian tidak berlebihan mengurangkan berat badan sehingga menjejaskan kesihatan sendiri.
“Ia merupakan perkara yang baik jika anda dapat memakai pakaian yang bersesuaian dengan bentuk badan anda, tetapi saya berharap agar kalian tidak mengurangkan berat badan, pada masa yang sama menjejaskan kesihatan sendiri.
“Anda tidak akan menjadi cantik, dengan hanya kelihatan kurus semata-mata. Anda perlu menjadi sihat untuk kelihatan cantik,” jelasnya.
Untuk makluman, Han So Hee dikenali sebagai seorang pelakon drama Korea Selatan yang memiliki tubuh yang kecil dan langsing.
Beliau banyak membintangi drama dan filem terkenal negara tersebut. Terbaru, beliau muncul dalam beberapa drama meletup antaranya The World of the Married.
Ketika sesi tersebut, beliau telah menunjukkan telefon lipat baharunya di hadapan peminatnya. Mereka mendapati bahawa aplikasi perbualan dapat berfungsi dengan baik pada telefon yang bersifat ala-ala retro itu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain berpenampilan menarik dengan busana digayakan, setiap wanita itu pastinya mahu wajah cantik dan jelita menjelang Syawal nanti.
Dengan kuasa solekan, tidak mustahil wajah yang pucat akan jadi lebih berseri-seri dengan sentuhan warna kosmetik diberikan.
Namun begitu, bagi yang baru belajar bersolek, pastikan tidak melakukan beberapa perkara ini untuk elak wajah tidak kelihatan pelik dan mekap tak tahan lama.
Ada beberapa perkara yang harus diambil berat sewaktu bersolek. Antaranya penggunaan foundation, eyeliner, blusher, lipstik dan make-up base yang bersesuaian.
10 Perkara Harus Elak Waktu Bersolek
1. Elakkan menggunakan foundation muka melebihi keperluan yang sepatutnya. Gunakan secara berpada-pada mengikut kesesuaian warna kulit.
2. Kurang sesuai jika menggunakan liquid eyeliner di bawah mata dan kening.
3. Kadang-kadang penggunaan blusher atau pemerah pipi yang berlebihan menyebabkan kulit wajah kelihatan seperti terbakar terutamanya di waktu malam.
4. Elakkan menggunakan gincu melebihi bentuk asal bibir, takut nanti bibir anda nampak pelik pula!
5. Pilih warna foundation yang sesuai dengan kulit. Elakkan warna yang jauh lebih cerah atau gelap daripada kulit asal.
6. Bulu mata juga memainkan peranan penting dalam tatarias wajah, penggunaan bulu mata yang terlalu panjang sehingga hampir mencecah bawah kening membuatkan penampilan anda nampak pelik.
7. Pilih warna yang sesuai untuk pembayang mata atau eyeshadow terutamanya ketika penggunaan di waktu siang. Elakkan memilih warna yang terlalu dramatik atau terang.
8. Highlight pada wajah mampu menonjolkan lagi bentuk wajah seseorang, namun jika penggunaan berlebihan boleh menyebabkan muka nampak tidak fresh dan aneh!
9. Shadding dan contouring yang berlebihan pada mekap harian terutamanya di siang hari adalah kurang sesuai. Gunakan secara minima supaya nampak lebih semulajadi.
10. Perkara paling penting sebelum memulakan solekan adalah dengan mengenakan make-up base. Pastikan anda memilih make-up base yang sesuai dengan kulit wajah anda supaya hasilnya nampak wow dan menakjubkan.
Nampak Dira Abu Zahar sekarang dah tak pakai mekap tebal, malah makin manis walau memilih pakaian sederhana selari dengan umurnya yang sudah masuk 39 tahun sebagai seorang ibu dan isteri.
Sebelum ini Dira Abu Zahar sinonim dalam industri seni sebagai pelakon dan pengarah. Namun kini pemilik nama Datuk Khaidirah Dato’ Seri Abu Zahar ini makin dikenali selaku ahli politik.
Apatah lagi selepas dia berjaya memenangi kerusi dalam PRU ke-15 lepas dan dilantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Rim di Melaka.
Tak Pakai Mekap Tebal, Dira Abu Zahar Pilih Cara Bersederhana
Meskipun tidak lagi mewarnai dunia seni, penampilan Datuk Dira sentiasa menjadi perhatian peminat. Rancak merencana usaha membangunkan kawasan Rim, tumpuan figura tersebut kini lebih terarah kepada masyarakat setempat.
Menerusi kemaskini dan gambar yang dimuat naik di media sosial, kelihatan penampilan Datuk Dira yang bersederhana dan simple. Tidak mengenakan solekan tebal, dia juga cukup ceria dan ramah melayan tetamu yang hadir.
“Sebab jujurnya, if it’s not because of arts and politics, saya adalah jenis introvert, or pemalu sebenarnya. But a progressive one I guess. Ini keluarga Rim kita yang saya sayangi. Demi mu ku sanggup apa sahaja.”
Kongsinya lagi di platform Instagram, “The one thing I love about being a politician is that you’re not allowed to be in a glasshouse.
Go and meet people. Get to know with each and everyone. Talk to strangers. Be nice and kind to everybody. Keep smiling. Everyday. Every time. No matter what.”
Datuk Dira dikurniakan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan ulang tahun kelahiran ke-71 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam pada tahun 2020.
Penglibatan Datuk Dira dalam dunia politik nyata mengikut jejak langkah Allahyarham bapanya iaitu Dato’ Seri Abu Zahar Ithnin yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka kelapan.
Datuk Dira mendirikan rumah tangga dengan Syfik Idzywan Sidek pada 21 Jun 2020. Dia kini bahagia menggalas tugas sebagai ibu kepada lima cahaya mata iaitu Tengku Anggun Deandra yang kini berusia 16 tahun dan Waris Iskandar, 5 tahun serta tiga orang anak suaminya hasil perkahwinan terdahulu.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!