Tidak dinafikan buah pinggang adalah antara organ yang paling penting dalam tubuh manusia yang mana peranan utamanya adalah untuk membuang produk sisa dan membersihkan darah.
Selain mengeluarkan air tambahan, mineral dan bahan kimia, buah pinggang juga membantu mengawal air dan mineral seperti natrium, kalium, kalsium, fosforus dan bikarbonat dalam badan.
Jadi jagalah ia sebaiknya bagi mengelak anda perlu menukar darah setiap tiga hari sekali.
Justeru pesakit buat pinggang perlu sentiasa menjaga pemakanan agar penyakit ini tidak menjadi lebih kronik.
Lazimnya, setiap pesakit akan diberi nasihat pemakanan yang berbeza bergantung kepada status klinikal, tahap kegagalan buah pinggang dan masalah perubatan lain, selain nasihat pemakanan perlu diubah untuk pesakit yang sama pada masa yang berlainan.
Jadi, bersempena dengan sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia pada hari ini, dikongsikan 10 cara penjagaan buah pinggang yang boleh diamalkan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah:
i. Mengekalkan berat badan yang ideal.
ii. Praktikkan makanan yang seimbang.
iii. Elak pengambilan makanan segera dan kandungan garam yang tinggi.
iv. Elak minuman bergula.
v. Bersenam 150 minit seminggu.
vi. Menjaga paras gula jika mempunyai masalah kencing manis.
vii. Mengawal paras tekanan darah normal.
viii. Mengelak mengambil ubat atau produk yang tidak dikawal selia.
ix. Mengikut saranan doktor yang merawat.
x. Membuat ujian saringan awal jika berisiko.
Artikel Berkaitan:
Pembedahan Pintasan Perut Bukan Sekadar Untuk Kurus, Tapi Pulihkan Kesihatan Elak Penyakit Kronik
‘So Beautiful…’ – Gayakan Busana Songket, Kejelitaan Puteri Bongsu Negeri Terengganu Curi Perhatian
Elak Picit, Doktor Ini Kongsi Cara Cepat Kempiskan Jerawat Bernanah Dengan Mudah!