Selain suplemen ubatan yang sesuai, mengamalkan petua tradisional juga sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Antaranya adalah minum air rebusan bahan-bahan herba seperti red dates (jujube) atau kurma merah yang merupakan adalah salah satu makanan kesihatan popular di China.
Bukan sahaja dijadikan ubat-ubatan, malah kurma merah ini turut digunakan dalam pelbagai jenis makanan harian mereka di sana.
Ternyata, kurma merah ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri kerana dikatakan mampu untuk menurukan tekanan darah tinggi dan juga sangat bagus untuk wanita.
Kurma merah atau yang disebut juga dengan Red Dates dapat memulihkan tubuh setelah sakit, baik bagi wanita yang menopause, period dan yang sedang berpantang.
Buah ini juga melindungi fungsi hati, dengan kandungan antioksidan yang berlimpah kurma merah juga baik untuk mencegah pertumbuhan sel kanser.
Dan masih banyak lagi manfaat dari kurma merah ini sehingga dalam rawatan china buah ini sering dimasukkan dalam resipi sinshe.
Ads
Tips yang Bos (Chinese) bagi:- -Masak Red dates lebih sedap. -Biasa orang cina masukkan dalam sup -Koyakkan red dates untuk seimbangkan rasa manis dalam masakkan atau minuman. -Buang biji red dates sebab menurutnya biji dia bersifat boleh memanaskan badan. -Nak lebih sedap dan elok boleh letak gingko biloba dan longan kering. -Minum red dates lepas makan dalam keadaan suam sangat elok.
Ads
Best tau kalau amalkan kurma cina ni. Terutama time datang bulan. Elok sesangat
Masalah jerawat pasir ini biasanya ada di sekitar dahi, tetapi kalau yang naik sekitar pipi itu mungkin atas nasib juga. Anak remaja biasanya akan melalui fasa ini.
Haaa… nak tahu macam mana nak selesaikan masalah muka yang ada jerawat pasir? Jom baca perkongsian Puan Aisyah Badar Bajrai yang mana dia dapatkan petua ini daripada juru mekap.
Petua ni Aisyah dapat daripada seorang MUA dulu. MUA ini cerita, dulu dia ada solekkan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia advice model tu pakai tomato ais kat muka, kulit model tu licin sangat.
Petua tomato ais ini bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecil.
Ok jom tengok cara buat tomato ais ini;
1. Masukkan sebiji tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.
2. Ambil sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek tomato tu kat muka sampai tomato tu hancur.
3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh.
Sehari boleh buat 2 kali. Cuba konsisten buat seminggu insya Allah nampak beza nanti.
Apa kelebihan anda yang guna tomato ais ini?
Sekurang-kurangnya boleh hilangkan jerawat di muka, kecilkan pori-pori terbuka, kurangkan masalah berminyak di wajah dan paling best kulit wajah jadi ‘pinkish’.
Owh ya, nak hilangkan blackhead sekitar hidung pun sangat membantu, cubalah!
Sumber: Aisyah Badar Bajrai
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minat yang sama dalam sukan kuda menjadi titik permulaan kepada sebuah hubungan hinggalah mengakhirinya dengan sebuah perkahwinan.
Inilah kisah cinta paling romantik anak perempuan kepada orang terkaya di dunia, Bill Gates iaitu Jennifer Gates dan juga pasangannya atlet ekuestrian Mesir, Nayel Nassar yang mula berkenalan sejak tahun 2017.
Nassar yang ketika itu menunggang secara profesional manakala Jennifer pula melakukan aktiviti itu sebagai sukan untuk mengisi masa lapang.
Daripada perkenalan biasa kemudian kedua-duanya jatuh cinta sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumahtangga.
Menurut Daily Mail melaporkan pada malam Jumaat lalu, pasangan muda itu disatukan dalam upacara pernikahan di North Salem, New York secara tertutup.
Sementara itu, majlis resepsi diadakan pada keesokan harinya iaitu pada petang Sabtu. Majlis bertemakan perkahwinan dalam taman itu mengundang sekitar 300 tetamu.
Dalam majlis berkenaan, Jennifer kelihatan anggun menyarungkan gaun Vera Wang dengan memegang sejambak bunga tangan. Jennifer diapit oleh sembilan pengiring pengantin yang berpakaian serba hijau.
Bilionair pengasas Microsoft itu dan bekas isteri, Melinda kelihatan gembira menemani anak gadis mereka yang berusia 25 tahun itu.
Tetamu mula tiba lokasi majlis iaitu ladang seluas 142 ekar di utara New York milik Jennifer sekitar jam 4.00 petang waktu tempatan.
Bill dilihat memakai sut gelap manakala Melinda mengenakan gaun ungu. Senyum dan tawa tidak lepas dari wajah mereka berdua meraikan perkahwinan itu. Para tetamu bersorak setelah pasangan pengantin secara rasmi dinyatakan sebagai suami isteri.
Berikut beberapa fakta menarik mengenai menantu Bill Gates ini yang dikatakan seorang Muslim menurut laman Fox Business.
Nayel adalah pasangan Fouad Nassar dan Iman Harby. Pemuda ini dilahirkan pada 21 Januari 1991 di Chicago, Amerika Syarikat. Dia kemudian membesar di Kuwait dan berpindah kembali ke Amerika Serikat pada 2009 ketika berusia 18 tahun. Dia berasal dari keluarga jutawan yang mempunyai perniagaan dalam bidang seni bina dan reka bentuk dalaman di Kuwait.
Nassar mula menunggang kuda pada usia lima tahun. Dia mula mewakili negaranya, Mesir ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 baru-baru ini. Walaupun tidak memenangi emas, Persekutuan Berkuda Antarabangsa telah meletakkannya di ranking ke-44 di dunia.
Graduan lulusan Ekonomi Universiti Stanford itu boleh menguasai tiga bahasa iaitu Arab, Perancis dan Inggeris.
Nassar juga memiliki dan mengoperasikan ladang kudanya sendiri di California yang dinamakan Nassar Stables. Perniagaan itu berpusat di bandar Encinitas di San Diego County di mana pasangan itu dilaporkan banyak menghabiskan masa di sana.
Sosej atau hot dog adalah antara makanan ringan paling digemari kanak-kanak. Rasanya yang enak serta pelbagai perisa memberi kelebihan untuk dimakan oleh golongan kecil ini.
Namun tahukah melalui perkongsian Public Health Malaysia memberitahu bahawa hot dog ini sebenarnya boleh membunuh kanak-kanak dalam beberapa saat.
Bagaimana hal ini boleh berlaku dan selamatkan jika makanan ringan ini dimakan oleh anak-anak kita kerana produk ini sangat senang untuk mendapatkannnya di mana-mana kedai di pasaran.
Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?
HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.
Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.
Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG.Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG.
Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya,
“Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG”
Lebih serius, beliau mengulas
” Apabila HOT DOG telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya”
-Dr Gary Smith, Pengarah Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children’s , Ohio.
HOT DOG dan KANSER USUS
Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.
Lebih menarik lagi, kanduangan NITRITE di dalam HOT DOG dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.
NITRITES merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam HOTDOG. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.
Menurut WHO’s International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.
Bukan Makan Hari Hari- Apa salahnya?
Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis
“Ala, bukan makan hari hari”
Fikirkan semula. “Makanan Proses” dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.
SUSU, BUAH BUAHAN “PENAWAR” KESAN HOT DOG
Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam HOT DOG.
Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri HOT DOG. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi “penawar” kepada bahan kanser yang di makan dari HOT DOG.
Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan “kesan buruk” dari pengambilan HOT DOG.
Kesimpulannya,
HOT DOG atau Sosej,
– Halal atau Haram,
– Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
– Jika anda begitu “bersungguh” untuk memberi HOT DOG kepada anak anak, potong “penyendal saluran pernafasan” tersebut dengan kecil.
– Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
– BERSEDERHANA. jangan makan terlalu kerap.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.