Seperti yang kita tahu, limbu nipis bukan saja penyedap jika dicampur dengan sambal, tetapi juga banyak khasiat lain yang tersembunyi di sebalik buah warna hijau ini.
Jika diamalkan secara konsisten tidak hairanlah anda akan nampak hasilnya nanti.
Seperti perkongsian Tanya Doktor Syid tentang khasiat limau nipis ini, terutama ia boleh membantu kita untuk kurus.
Air merupakan bahan kedua terpenting dalam tubuh manusia selepas oksigen. Malah, lebih 60 peratus daripada tubuh manusia terdiri daripada air.
Air melaraskan suhu badan disamping membawa nutrien dan oksigen ke sel serta menghapuskan sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Cecair ini mempunyai pelbagai fungsi penting dalam memastikan tubuh sentiasa sihat dan cergas.
Tidak gemar minum air kosong? Cuba campurkan air anda bersama buah sitrus seperti limau nipis, kasturi atau lemon.
Limau nipis mengandungi sumber vitamin A, B, C dan D, kalsium, zat besi, potassium, magnesium, fosforus dan zink. Ia juga kaya dengan flavonoids yang sangat baik untuk kesihatan salur darah.
Anti oksidan membantu melindungi badan dari kerosakan badan dan mengelakkan penyakit seperti penyakit jantung, diabetes, tinggi kolesterol dan darah tinggi. Juga mempunyai flavonoids yang boleh membunuh bakteria dan mengelakkan jangkitan.
Limau nipis mengandungi kandungan magnesium dan potassium yang baik untuk kesihatan jantung. Ia juga membantu menurunkan tekanan darah tinggi penyumbang utama kepada serangan jantung.
Kaya dengan vitamin C yang boleh menguatkan struktur kolagen dan membantu penghasilan kolagen dalam badan. Ini kerana, badan akan kehilangan 1.5 peratus kolagen bermula umur 25 tahun.
Mampu atasi keradangan yang menjadi punca penyakit zaman moden. Antaranya seperti penyakit sendi. Kajian juga mendapati individu yang kurang vitamin C mempunyai risiko 3 kali ganda untuk mengalami sakit sendi (arthritis). Bukan sahaja membantu mengurangkan kemerosotan sendi, tapi baik untuk menurunkan kandungan asid urik dalam badan.
Kandungan flavonoid di dalam limau nipis dapat merangsang penghasilan enzim penghadaman. Sebaiknya amalkan air limau nipis sebelum makan. Juga boleh diamalkan untuk mereka yang mempunyai masalah asid reflux. Disyorkan mengambil 2 sudu teh perahan limau nipis bersama air kosong setengah jam sebelum makan.
Kandungan indeks glisemik (GI) yang rendah membantu untuk melambatkan penyerapan gula (karbohidrat) di dalam badan. Kawalan gula darah akan bertambah baik terutamanya bagi penghidap Diabetes. Bukan itu sahaja, ia membantu menurunkan rintangan insulin, punca utama penyakit Diabetes.
Juga boleh mengurangkan urik asid dan mengurangkan risiko terbentuknya sesetengah jenis batu karang.
Limau nipis dapat meningkatkan metabolisma badan terutamanya jika diambil pada waktu pagi. Vitamin C di dalam limau nipis juga membantu meningkatkan pembakaran lemak di dalam badan. Pengambilan air limau nipis sebelum senaman dapat membakar lemak 30% lebih banyak berbanding individu yang tidak mengambil air tersebut.
Lebih elok lika perah 2-3 limau nipis ke dalam air kosong tanpa gula. Disyorkan minum sebelum waktu makan.
Artikel Berkaitan:
Amalkan Minum Air Lemon & Teh Halia, Cara Sihat Kembalikan Perut Kempis Bagai Anak Dara
Kebaikan Senaman Naik Tangga, Bantu Bakar Lebih Banyak Kalori & Cegas Risiko Osteoporosis