Kajian Mendapati Tidur Lebih Sejam Dari Biasa, Boleh Kurangkan Berat Badan Tanpa Perlu Diet

Share

Siapa sangka, tidur sejam lebih daripada biasa, boleh kurangkan berat badan wanita. Menurut kajian yang dilakukan di Chicago membuktikan tidur melebihi lapan jam akan menyebabkan berat badan turun.

Kalau begitu, tidak perlu susah payah diet atau workout kerana hanya dengan tidur lebih sejam pun boleh jadi cantik dan kurus.

Satu kajian mendapati bahawa waktu tidur yang melebihi sejam daripada kebiasaan dapat mengurangkan berat badan seseorang, lapor akhbar Metro UK.

 

Kajian dijalankan sekumpulan penyelidik dari Universiti Perubatan Chicago itu mendedahkan sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.

Menerusi kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.

Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.

Tanpa mengubah diet atau tabiat pemakanan, mereka tidur di katil sendiri dengan memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur.

Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung. Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.

 

“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik. – AGENSI

Sumber : Kosmo Online

Artikel Lain:

Kecewa Kekasih Curang Dengan Teman Baik. Jadi Motivasi Wanita Lenyapkan 30KG Dalam 4 Bulan! 

Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan    

Tak Sampai Sebulan Berpantang, Neelofa Dah Rasa Terkurung? Minta Kongsi Nasihat & Pengalaman Pengikutnya!      

Published by
Siti Zurina Mat Saman