Jururawat Hamil Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Setelah Dijangkiti Ketika Usia Kandungan 30 Minggu

Share

Semakin hari kita lihat angka kes baru Covid-19 tinggi dan turut juga mencatat kematian baru setiap hari.

Terbaru, virus yang mula dikesan hujung tahun 2019 ini telah mengorbankan seorang jururawat yang bertugas di Jabatan Perubatan Pemulihan, Pusat Pakar Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Sungai Buloh.

Artini Dzolkarnaini yang juga petugas barisan hadapan ini meninggal dunia awal awal pagi tadi disebabkan oleh komplikasi Covid-19.

Berita ni dikongsi oleh Faculti Perubatan UiTM melalui hebahan di laman sosial Facebook hari ini.

“Dukacita dimaklumkan Sr Artini Dzolkarnaini telah meninggal dunia, di Hospital UiTM pada 5.30 pagi tadi.

“Seluruh warga Fakulti Perubatan UiTM ingin merakamkan ucapan salam takziah. Kami mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,”

Laporan portal memberitahu, arwah dijangkiti Covid-19 ketika sedang mengandung 30 minggu.

Dikatakan juga, bayi arwah Artini berjaya diselamatkan secara pembedahan cesarean dan ditempatkan di unit rawatan intensif neonatal (NICU) hospital berkenaan.

Menurut sumber juga, allahyarham Artini merupakan penulis buku bertajuk Penjagaan dan Pemulihan Jantung terbitan UiTM dan bertugas sebagai jururawat program pemulihan jantung dan merupakan ibu kepada lima anak, termasuk baru dilahirkan.

Marilah kita sedekah Al-Fatihah (dengan bacaan) dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga.

Kredit: Facebook Fakulti Perubatan Uitm & Artini Dzolkarnaini

Artikel Berkaitan:

Rupanya Heliza Helmi & Adik Turut Positif Covid-19, Kongsi Pengalaman Sukar Nak Solat!

Kekal Jaga Sop Tapi Tetap Dijangkiti Covid-19, Frontliner Kongsi Pengalaman 8 Hari Kena Kuarantin

Published by
Siti Zurina Mat Saman