Mood raya masih ‘on’, jadi jom sambung deko langsir kabinet dapur rumah dengan menggunakan tiga bahan ini.
Sesuai untuk anda yang nak jimat tetapi nak rumah cantik, boleh cedok idea yang dikongsikan daripada Puan Ayza Nur yang telah ‘dipanjangkan’ oleh Puan Suzana Asmazul.
Deko Langsir Kabinet Dapur, Guna 3 Bahan Saja
Kabinet dapur bawah sinki nampak kurang kemas kalau dibiar terbuka tanpa langsir, malah semua barang yang tersimpan dibahagian ini akan terdedah dengan habuk dan binatang juga boleh masuk.
Akan kelihatan buruk juga bila tidak disusun dengan elok, jadi lebih cantik jika anda cuba buat tirai.
Ads
Mak-mak yang ada anak kecil pun boleh buat ni, sesambil main dengan anak. Hasilnya barang-barang di ruang ini terlindung dan dapur nampak teratur dan bersih. Selain itu langsir table top ini juga menceriakan suasana dapur.
Paling best modalnya jimat poket, tak sampai RM20 dan semua barang-barang ini boleh di dapati di kedai Mr DIY.
Caranya ikut langkah di bawah.
Ads
DIY LANGSIR TUTUP RUANG BAWAH SINKI (TABLE TOP)
BARANG-BARANG DIPERLUKAN:
Ads
2 keping shower curtain sekali dengan ring (2 keping x RM 14. 90)
4 batang curtain bar (4 batang × RM 3. 30)
Penyangkut jenis sticker (2 paket × RM 1. 30)
CARA MEMBUATNYA:
Potong shower curtain ikut ketinggian table top.
Lekatkan penyangkut jenis sticker. Gamkan jika rasa tidak kukuh.
Selaraskan panjang curtain bar.
Masukkan curtain bar/rod tadi ke dalam curtain ring.
kemudian sangkut langsir siap dipasang pada rod tadi pada penyangkut.
Kemaskan dan siap!
Selamat mencuba! Kongsikan andai bermanfaat untuk korang.
Sumber: Ayza Nur
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fiesta Homebakers Usha-Usha Biskut Raya diserbu pengunjung, 40 vendor usahawan wanita meriahkan suasana.
Haaa… jangan tak tahu, Fiesta Homebakers Usha-usha Biskut Raya anjuran Mingguan Wanita bersama penaja utama Central Sugars Refinery Sdn. Bhd (Gula CSR) serta penaja bersama marjerin Adela dan rakan kerjasama lain Fruttose, Ever Miracle Solutions (barangan Tupperware Brand, Cadbury dan penaja belon dekorasi, Omeiluth Party Expert berlangsung penuh meriah di Setia City Mall. Tengoklah, betapa meriahnya di situ!
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Hajjah Aiman Athirah Sabu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) hadir bersama CEO NU Ideaktif, Syamil Fahim dan CFO Gula CSR iaitu Mohd Azahar Mohd Salleh bersama isteri memberi kenangan manis buat semua peserta.
Apa yang menarik, majlis yang disertai 40 vendor usahawan biskut raya dengan hampir 10 ribu kupon sampel biskut raya diberikan secara percuma kepada pengunjung.
YB Hajjah Aiman Athirah berkata, usaha dilakukan Mingguan Wanita ini sangat disokong kerana membantu golongan wanita menerusi kempen Bangkit Wanita.
“Golongan B40 dan M40 antara yang terkesan dengan pandemik sebelum ini. Jadi usaha menghimpunkan golongan wanita dalam fiesta begini dengan bermula dari rumah menghasilkan biskut, ternyata ini satu usaha sangat baik kerana selari dengan usaha KPWKM yang turut mempunyai kempen Wanita Bangkit,” katanya yang turut mengalu-alukan Mingguan Wanita datang ke Kementerian berbincang untuk program Bangkit Wanita.
Sementara itu, CEO Nu Ideaktiv, Syamil Fahim memaklumkan, selama lebih 40 tahun Mingguan Wanita berada di pasaran dengan jualan majalah dahulunya mencecah 160 ribu seminggu serta lebih 4 juta pembaca setia untuk media sosialnya terkini berjaya membawa suara wanita ke persada gemilang.
“Kempen Bangkit Wanita yang kita usahakan sejak 3 tahun lalu, dijayakan dengan pelbagai aktiviti menghimpunkan 40 pengusaha biskut raya dan moga usaha begini berterusan,” katanya semasa ucapan alu-aluan.
Selain promosi jualan dan tempahan biskut raya, banyak aktiviti pentas interaktif bersama pengunjung telah diadakan.
Menampilkan Hanif sebagai pengacara yang penuh lincah, penaja utama CSR turut memberikan pelbagai hadiah menarik di booth mereka.
Dengan hanya follow laman sosial mereka, pengunjung menerima beg hadiah menarik di mana pelbagai produk Gula CSR diberikan secara percuma buat pengunjung bertuah.
Persembahan fiesta semalam dihangatkan dengan persembahan bertenaga dari Marsha Milan Londoh yang menyampaikan dua buah lagu iaitu Girls On Fire selain lagu popularnya, Kembali Terang.
Ada banyak aktiviti pentas berlangsung seperti demo bancuhan topping dekorasi biskut bersama pengasas Gula Cakery, Nor Arieni Adriena, pertandingan tekan-tekan semperit biskut raya, demo biskut raya kurang manis oleh pengasas Easy Bake Lab iaitu Cik Dayang, pertandingan susun-susun biskut raya, pertandingan tekan biskut semperit raya bersama Puan Hanani yang datang jauh dari Terengganu, happy hour dan banyak lagi yang mana pengunjung selain membeli kuih raya dan membuat tempahan, mereka juga membawa pulang hadiah lumayan disediakan pihak penganjur.
Turut diadakan, acara biskut raya terbesar oleh para pelajar kulinari dalam Pertandingan Biskut Raya Gergasi.
Sebanyak tiga universiti / kolej memasuki pertandingan ini terdiri dari Food Institute Of Malaysia (FIM), Saito University dan Institut Kemahiran Belia Negara Kemasek Kemaman Terengganu. 9 kumpulan telah bertanding melibatkan 36 penyertaan pelajar.
Kumpulan juri yang diketuai oleh Puan Norhayati dari Taylor Universiti, Puan Nor Arieni Adriena dari Gula Cakery dan Marsha sepakat memilih kumpulan Zucchero dari IKBN yang menghasilkan biskut Giant Golden Flakes seberat 15 kg.
Kumpulan Zucchero memenangi hadiah utama sebanyak RM700 serta nilaian RM10,000 bagi artikel mengenai sekolah masakan terbaik, hadiah iringan serta sijil penyertaan.
Pemenang kedua dan ketiga dimenangi oleh pelajar dari Food Institute Of Malaysia yang menerima wang tunai RM500 dan RM300. Bagi saguhati, hadiah sampingan dan sijil disediakan buat kesemua pelajar yang bertanding.
Fiesta diteruskan dengan pelbagai aktiviti bermula seawal jam 10 pagi dan menghampiri kemuncak acara pada jam 9 malam bila mana penganjur utama Gula CSR menawarkan hadiah lumayan sebanyak 36 kg gula Better Brown kepada vendor yang memenangi tiga kategori yang dipertandingkan iaitu vendor Paling Aktif Promosi Di Sosial Media, vendor Sampel Biskut Paling Laris dan vendor Booth Tercantik.
Yums Delicacies telah memenangi vendor paling aktif promosi di media sosial, diikuti Ayu Bakery bagi kategori sampel biskut paling laris sementara pemenang vendor booth tercantik jatuh kepada The Kelopak Bakes. Masing-masing teruja membawa 36 kg gula Better Brown yang sememangnya digunakan dalam pembuatan biskut raya untuk menambah rasa enak pada biskut.
Fiesta yang penuh kemetiahan dan warna-warni ini dijangka akan dianjurkan sekali lagi dengan tema yang berbeza pula. Hingga jumpa lagi di fiesta akan datang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup suka melihat penampilan Aida Khalida, sudah menukar penampilannya daripada glamorous actress kepada yang berpenampilan sederhana, bertudung menutup dada dan pakaian longgar menjadi pilihannya.
Tanpa publisiti murahan, rezeki pelakon Aida Khalida dalam bidang lakonan tak pernah putus. Masih cantik dengan aura tersendiri, lihat lah wajahnya tanpa botox atau filler dan postur badan juga masih menarik malah di usia 66 masih aktif bekerja. Agaknya apa rahsia Aida?
Menerusi portal WM, Aida berkongsi tentang pengambilan makanan yang diamalkan yang mana dia biasanya kurangkan makan. Ada masa berselera cuma dia tetap akan pastikan makan dalam porsi yang kecil lebih kurang satu senduk nasi sahaja dan akan makan ulang-ulang (bila terasa lapar.) Dia juga banyakkan sayur-sayuran dan buah buahan dalam pengambilan makanan. Selebihnya ini antara tip kesihatan lain yang dikongsi untuk peminat tersayang.
Amalkan Apple Cider
Tidak menolak terus makanan berat, sesekali makan juga nasi briyani atau nasi kandar tetapi dalam kadar yang kecil. Dan setiap kali selepas makan, dia amalkan minuman detoks. Dua sudu besar apple cider campurkan dengan segelas air. Ada orang yang mencampurkan apple cider dengan jus, tetapi dia minum dengan air kosong sahaja. Ataupun perahan lemon bersama segelas air.
Tak semua orang mampu minum air putih yang banyak, begitu juga dengan pelakon wanita ini. Pesannya, “pastikan minum air suam sebaik bangun pagi.”
Kalau air manis pula, Aida jenis yang tak minum kopi sebab dia akan pening, kecuali jenis kopi kampung. Sesekali, dia juga akan minum teh tetapi lebih suka minum Horlick dan akan minum tanpa susu.
Ambil Suplemen Tambahan
Kebanyakan orang akan ambil suplemen bila sudah berusia, sama juga dengan situasi Aida Khalida. Dia ambil beberapa jenis suplemen contohnya untuk jantung, hati, usus dan mata tetapi tidak ambil kesemuanya sekaligus. Apa yang penting dia akan minta pandangan ahli farmasi berkenaan jenis yang sesuai diambil.
Amalan Makan Malam Dijaga
Kongsinya, bab makan makan pula paling lewat makan pukul lapan atau sembilan malam. Tengah malam kalau lapar sangat baru dia makan dalam kuantiti sedikit.
Tiga kali seminggu Aida akan buat sit up dan push up dalam 30 kali setiap sesi. Dulu selalu berjoging tetapi diusia sekarang dia tukar kepada brisk walk.
Orangnya rendah diri, bila disoal tentang kesihatan, dia bersyukur sebab boleh memandu tanpa perlu memakai kaca mata, masih boleh hafal skrip dan boleh bekerja.
Pesannya, selain menjaga pemakanan dan senaman, kita kena berdoa supaya sihat, supaya Allah berkati usia dan mampu mengurus diri sendiri.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya inginkan berat badan ideal. Lebih-lebih lagi jika mereka adalah golongan selebriti.
Dan terbaru ramai memperkatakan tentang penampilan penyanyi dan penulis lirik dari negara seberang Melly Geoslaw yang dikatakan semakin langsing dan cantik.
Jika dulu penyanyi bersuara lunak ini dikatakan mempunyai berat badan berlebihan dan mengenakan baju bersaiz XXL, tetapi kini tampil bergaya dengan baju bersaiz M.
Ternyata pelantun lagu Jika dan Ketika Cinta Bertasbih ini sangat beza bentuk fizikalnya dan sangat yakin dengan dirinya sendiri.
Melalui entri di Instagram miliknya, pada awal Februari lalu, Melly telah memuat naik foto dirinya sambil menulis bahawa tubuhnya kini lebih kurus dan sihat.
Rahsianya adalah beliau menjalani program diet dengan seorang doktor pemakanan yang terkenal iaitu Dr Cissie Nugraha.
Bagaimanapun, ujar Melly, banyak produk pelangsingan badan dan diet yang mengaitkan namanya secara sembarangan seolah-olah dirinya mengamalkan produk tersebut.
“Ingin saya tegaskan, saya tidak pernah menggunakan produk itu. Hasil penurunan berat badan kini benar-benar hanya dikendalikan oleh Dr Cissie Nugraha sahaja,” jelas Melly lagi.
Jadi bagi mana-mana mereka yang inginkan berat badan ideal, pilihlah pihak yang berkaitan agar tidak ada kemudharatan lain kelak.