Pernah tak tiba-tiba anda diserang tangan kebas. Lebih tidak menyelesakan apabila tangan terasa seperti mencucuk-cucuk. Apakah disebabkan salah makan atau perkara lain.
Jika disebabkan himpitan saraf di bahagian tangan tidak mengapa, tetapi bagaimana jika masalah ini disebabkan kerana petanda mempunyai sakit lain.
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad memberitahu masalah tangan kebas dan cara merawat masalah ini.
MERAWAT MASALAH TANGAN KEBAS
Tangan kebas merupakan sebuah keadaan di mana tangan kita akan berasa seolah-olah terasa seperti mencucuk-cucuk. Lokasi kebas ini boleh merebak dari jari tangan ke lengan dan bahu. Ia bergantung kepada tahap betapa seriusnya masalah yang dialami.
PUNCA TANGAN KEBAS
Selalunya masalah tangan kebas ini berlaku disebabkan himpitan pada saraf dibahagian tangan yang disebabkan posisi badan yang tidak betul. Ia akan berlaku sekejap sahaja dan kebas tersebut akan hilang selepas seseorang itu membetulkan posisinya.
Akan tetapi ada terdapat beberapa masalah yang perlu dirisaukan apabila seseorang itu mengalami masalah kebas tangan di mana ia bukan disebabkan posisi badan. Ia adalah:
1. Kencing manis
Masalah ini memang boleh mendatangkan kebas bukan sahaja pada bahagian kaki malah tangan juga boleh turut terlibat. Simptom kebas akan mula pada kaki dan perlahan-lahan naik sehingga ke tangan.
2. Angin Ahmar (Strok)
Masalah strok ini juga boleh menyebabkan tangan menjadi kebas. Hal ini kerana sebarang kecederaan yang dialami oleh otak boleh membawa kepada masalah fungsi saraf pada tangan atau pada bahagian badan sebagai kesan sampingan.
3. Kecederaan pada ‘brachial plexus’
‘Brachial plexus’ merupakan sekumpulan saraf untuk fungsi pada bahu, lengan serta tangan kita. Oleh itu, jika kumpulan saraf ini mengalami sebarang kecederaan, ianya akan membawa kepada tangan menjadi kebas.
Ads
4. Penyakit jenis ‘auto immune’
Penyakit auto- imunisasi adalah disebabkan oleh sistem imunisasi menyerang sel atau tisu organ dalaman sendiri dan menyebabkan keradangan pada sel atau tisu organ tertentu sahaja seperti saraf. Contohnya, ‘Guillain Barre Syndrome’, SLE dan ‘Rheumatoid arthritis’ yang boleh menyumbang kepada masalah tangan kebas.
5. Kekurangan Vitamin
Kekurangan vitamin B1, B6, B12 dan E sangat berkait rapat dengan perkembangan saraf. Jika kekurangan vitamin ini, ia akan menyebabkan saraf tidak dapat berfungsi dengan baik dan simptom kebas pun berlaku.
6. Minuman alkohol yang diambil secara berlebihan dan tidak terkawal
Golongan alkoholik yang berada dalam tahap yang serius selalunya akan mengadu tangan mereka kerap kebas.
7. Toksin
Toksin seperti logam berat boleh merosakkan saraf di dalam badan. Beberapa contoh logam berat adalah plumbum, arsenik, thalium dan merkuri di dalam industri pembuatan. Manakala terdapat juga logam berat seperti merkuri yang digunakan dalam pembuatan kosmetik.
Ads
Jadi, anda dinasihatkan untuk mengelakkan diri daripada menggunakan produk kosmetik timbang kilo yang kebanyakkannya mengandungi merkuri.
8. Sebarang kecederaan pada tulang belakang
Kecederaan serius pada tulang belakang bukan sahaja akan membawa kepada masalah tangan kebas, malah kaki dan bahagian lain juga turut berasa kebas dalam situasi ini disebabkan saraf tulang belakang merupakan salah satu saraf komunikasi utama.
RAWATAN
Bagi pesakit kencing manis, kawalan gula harus dilakukan untuk memastikan masalah tangan kebas dapat diselesaikan. Jika tidak ia akan bertambah teruk dan memudaratkan kesihatan.
Bagi mengurangkan rasa sakit, anda boleh melakukan urutan pada tangan untuk memperbaiki aliran darah serta mengurangkan rasa kebas. Gunakan minyak panas untuk memberikan kesan urutan yang lebih elok.
Ads
Di samping itu, pengambilan vitamin serta supplemen yang diperlukan oleh badan juga sangat membantu. Selain itu, anda juga boleh membuat senaman mudah untuk melegakan rasa kebas. Genggam tangan untuk 5 saat dan regangkan kelima-lima jari untuk beberapa saat. Ulang balik sehingga anda berasa lega.
Jika masalah kebas tangan masih berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut.
Letak sudu sejuk bawah mata merupakan salah satu cara mudah dan jimat untuk hilangkan eye bag.
Cara ini adalah paling senang dilakukan dengan hanya meletakkan sudu dalam bekas berisi ais ketul sebelum ditekap di bawah mata.
Guna Sudu Hilangkan Eye Bag
Bahan:
Sudu
Ais ketul
Ambil sudu besi, rendam ke dalam ais batu sehingga sejuk. Biasanya lebih kurang 20 minit.
Gunakan sudu yang sejuk, letak di bawah mata dan gosok-gosok secara lembut. Kalau sudu dah hilang sejuk, ulang letak dalam ketulan ais semula.
Kalau kerap tidur lambat pun akan menyebabkan masalah eye bag atau popular dengan nama mata panda.
Jika mengalami eye bag ini akan juga memperlihatkan seseorang itu kelihatan lebih tua dari usia sebenar.
Namun jangan risau, terdapat beberapa tip yang boleh dilakukan untuk menghilangkan eye panda ini mengikut cara tradisional.
Ini Cara Lain Hilangkan Eye Bag
Perkongsian dari Zulaikha Leman memberitahu beberapa cara mudah dilakukan untuk mengatasi masalah ini dan salah satunya letak sudu sejuk bawah mata.
Hai semua selamat malam hari ni Zue nak share macam mana tips nk hilangkan eye bag bawah mata maklum lah kejadian mata panda sering terjadi pada kita semua disebabkan keletihan dan tak cukup tidur.
Eyebag ni juga terjadi bukan semata-mata faktor keletihan dengan tak cukup tidur tapi boleh jadi disebabkan kekurangan air dalam badan,masalah buah pinggang Dan juga anemia.
Ini antara tips bahan yang boleh digunakan untuk merawat masalah eyebag:
1. Uncang teh -Ambil uncang yang telah digunakan dab bersihkan ambil uncang tersebut masuk dalam peti ais. -Ambil uncang teh tersebut dalam peti ais letak dibawah mata dan biarkan selama 20 minit ke 30minit.
2. Minum air secukupnya -Tapi elakkan minum sebelum tidur sebab ia akan menyebabkan eyebag di pagi hari nanti.
3. Hirisan timun -Keluarkan timun di peti sejuk anda. -Hiriskan 2 atau ke 3 hiris kemudian letakkan di atas mata.
4. Cara emergence hilangkan eyebag dengan sejukkan sudu didalam peti ais selama 15minute kemudian letak dibawah eyebag.
5. Putih telur juga boleh digunakan sebagai bahan untuk hilangkan eyebag bawah mata.
Kalau nak tahu, rasa sejuk sudu itulah yang membantu kulit sekitar mata tenang. Hilang penat mata. Boleh rajinkan diri buat waktu pagi dan sebelum tidur. Dan untuk anda yang suka amal petua tradisional, boleh guna tip di atas ya. Pilihan masing-masing mana yang mudah.
Lokasi merupakan salah satu faktor yang boleh membuatkan kita rasa lebih seronok dan bersemangat nak buat aktiviti.
Dikongsikan beberapa lokasi yang boleh membuatkan anda rasa seronok melakukan aktiviti kecergasan.
Tahukah anda bila kita lakukan aktiviti di pelbagai lokasi, mood dan juga aktiviti yang kita buat pastinya berbeza.
Taman Rekreasi
Boleh ke taman rekreasi yang berdekatan. Kawasan ni tak sunyi dan selamat sebab ini tempat tumpuan keluarga membawa anak-anak mereka beriadah. Di taman rekreasi selalunya ada fasiliti yang sesuai untuk beriadah. Ada trek joging atau berjalan kaki, berbasikal dan lain-lain.
Padang Luas
Sekiranya kita rancang untuk buat aktiviti secara berkumpulan dan beramai-ramai dengan kawan-kawan atau kenalan, adalah lebih baik kita lakukan di kawasan lapang seperti di padang. Tak mengganggu orang lain .
Taman Tasik
Berjalan kaki mengelilingi tasik pastinya menenangkan. Sambil berjalan, sambil tengok tasik. Tak adalah rasa jauh sangat perjalanan bila ada pemandangan yang cantik dan menenangkan jiwa.
Gimnaisum
Anda perlukan khidmat nasihat profesional kerana mungkin anda ada masalah kesihatan ? Atau anda perlu gunakan alatan senaman yang sesuai ? Gimnasium merupakan lokasi yang paling sesuai. Anda boleh melanggan yuran perkhidmatan secara bulanan atau tahunan.
Dewan
Nak buat aktiviti di dewan kena buat tempahan dulu. Tak kiralah dewan di hotel, sekolah atau dewan orang ramai. Tapi pastinya ada tujuan tertentu bila nak buat aktiviti di dewan kan? Sebagai contoh, anda mungkin mengatur (organize) aktiviti berkumpulan secara formal. Bersama persatuan , sekolah-sekolah, universiti atau lain-lain. Ianya lebih mudah dibuat di sini supaya senang dikawal.
Untuk aktiviti seperti yoga, tentunya anda boleh lakukan sahaja di rumah. Beli sahaja tikar yoga (yoga mat) dan anda boleh lakukan di rumah. Pergerakan senama yoga boleh dilihat melalui video atas talian (online) . Tak ada masalah bukan ? Senaman dari rumah juga sesuai pada mereka yang introvert atau pemalu. Ia pasti menjadi pilihan utama.
Tepi Pantai
Inginkan kelainan atau sedang bercuti di pantai bersama keluarga? Apa kata lakukan aktiviti kecergasan di tepi pantai. Sambil menikmati pemandangan laut dan ombak. Boleh berjalan kaki, boleh TaiChi, boleh yoga dan macam-macam lagi. Yang penting ia pasti tak membosankan anda dan anda rasa sangat tenang.
Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.
Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.
Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.
Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.
“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.
“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.
“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.
Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.
Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation