Pendarahan pada hidung biasanya dikaitkan berlaku apabila seseorang terdedah kepada cuaca panas dan kering.
Ada juga ia disebabkan jangkitan hidung dan sinus, alahan rinitis ataupun ada objek asing tersumbat dalam hidung.
Kebiasaannya tanpa sedar ada lelehan merah keluar dari hidung menyebabkan kita akan rasa tidak selesa.
Artikel Lain: Doktor Kongsi Khasiat Sup Kaki Ayam Dengan Kurma Merah. Menu Wajib Berbuka Yang Mengenyangkan!
Situasi ini tidak mendatangkan rasa sakit, cuma jika dibiarkan bimbang berlaku sesuatu yang boleh membawa kemudharat pada kesihatan.
Jika situasi ini berlaku, kita boleh lakukan beberapa perkara seperti disarankan oleh Dr Ezairy M.Sallih, Pakar Bedah, Telinga, Hidung & Tekak, Surgeri Kepala & Leher.
Beliau memberitahu cara terbaik mengatasi masalah ini jika berlaku pada diri seseorang.
Apabila berlaku pendarahan hidung, ini langkah yang perlu dilakukan.
Duduk, tundukkan kepala. Picit hidung daripada luar. Letak ais pada dahi atau muka.
Jangan dongakkan kepala. Ini akan menyebabkan darah mengalir ke belakang dan berisiko masuk ke salur pernafasan dan peparu.
Jom kita betulkan info yang tidak betul. Lakukan langkah tepat ketika kecemasan berlaku.
Dr Ezairy M.Sallih
Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
Surgeri Kepala & Leher
Artikel Lain: Bahaya Dongakkan Kepala Jika Hidung Berdarah. Doktor Pesan Buat 5 Langkah Mudah Hentikan Pendarahan!