Tidak dinafikan pada masa kini, penggunaa periuk pressure cooker atau periuk tekanan menjadi pilihan bagi memudahkan urusan memasak.
Malah setiap rumah pasti ada menggunakan periuk ini kerana boleh mempercepatkan urusan kaum wanita dalam menyediakan hidangan keluarga.
Namun jangan tak tahu sebelum menggunakannya, perlu tahu cara penggunaan yang betul agar tidak mengundang bahaya.
Artikel Lain: Sering Kembung Perut Mungkin Hidap Kanser Ovari. Diagnosis Awal Peluang Sembuh Tinggi!
Perkongsian Public Health Malaysia memberitahu apa perlu dilakukan sebelum kita menggunakan periuk ini kerana bahayanya boleh menyebabkan kulit melecur tahap dua dan tiga.
“Doakan ye. Aku akan masuk ke dewan pembedahan untuk pemindahan kulit sekejap lagi. Kulitku melecur tahap tiga akibat terkena air dan lauk yang mendidih di muka, leher dan tangan selepas periukku meletup.”
Begitulah cerita sedih seorang pesakit yang kemalangan periuk bertekanan tinggi.
Penggunaan periuk bertekanan tinggi atau pressure cooker perlu digunakan berhati-hati. Melecur tahap dua dan tiga adalah kecedaraan tertinggi melibatkan penggunaan pressure cooker.
Ada yang kehilangan penglihatan. Ada yang mengalami kecederaan dalaman hidung dan masalah paru-paru akibat terhirup udara yang panas.
Artikel Lain: Jangan Letak Ubat Gigi Pada Luka Melecur. Terus Buat 4 Perkara Ini Elak Jangkitan Kuman!
Pengguna periuk ini wajib melihat cara penggunaannya dan memastikan produk tidak rosak sebelum menggunakannya. Malapetaka dapat dielakkan jika anda mengikuti cara-cara penggunaan dengan betul.
Penggunaan Yang Betul:
1. Check getah di sekeliling periuk tidak merekah
2. Hati-hati membeli produk yang murah. Kualiti keselamatan mungkin tidak baik. SIRIM perlu ada.
Artikel Lain: Kurus Sebab Nak Cantik Untuk Suami, Wanita Ini Aktif Buat Workout