Tidak dinafikan selain topeng muka, penggunaan hand sanitiser sangat berguna masa ini sebagai salah satu cara bagi mengekang penularan virus Covid-19.
Bagi mengelak tertinggal, kita biasanya akan letakkan hand sanitiser ini dalam kereta bagi memudahkan guna selepas keluar membeli barang.
Namun begitu, disebabkan cuaca panas kini, adakah selamat jika hand sanitiser ini dibiarkan lama dalam kereta di bawah pancaran matahari.
Malah pasti ramai yang tertanya-tanya sama ada keberkesanan hand sanitiser akan berkurang jika terdedah kepada sinaran matahari dalam masa yang panjang.
Jawapannya adalah ya. Hand sanitiser yang dibiarkan di bawah panas terik akan menjadi kurang berkesan, lebih-lebih lagi jika dibiarkan dalam satu tempoh masa yang lama.
Semua bahan kimia boleh melerai jika dibiarkan di bawah cuaca panas, begitu jugalah dengan bahan yang terkandung dalam hand sanitiser.
Sebagai contoh, alkohol di dalam cecair hand sanitiser boleh melerai dan tersejat jika dibiarkan di bawah cahaya matahari.
Perkara ini akan menyebabkan peratusan alkohol di dalam hand sanitiser tersebut berkurang lalu menyebabkan penggunaannya kurang berkesan.
Menurut CDC, hand sanitiser perlulah mempunyai sekurang-kurangnya 60% alkohol untuk berfungsi dengan baik.
Semakin tinggi peratusannya, semakin berkesanlah ia dalam mengekalkan tangan anda bebas daripada bakteria dan virus.
Walau bagaimanapun, ini bukanlah penghalang untuk anda terus menyimpan cecair hand sanitiser
dalam kereta.Cuba letakkan botol tersebut di tempat yang teduh dan jauh daripada sinaran matahari seperti di dalam laci atau di dalam poket belakang tempat duduk.
Selain cuaca panas, cuba periksa tarikh tamat tempoh hand sanitiser yang anda gunakan sekarang.
Selalunya, cecair ini boleh digunakan selama 2 hingga 3 tahun sebelum ia tamat tempoh.
Walau bagaimanapun, setelah digunakan berkali-kali, mungkin cecair pensanitasi tangan anda sudah menjadi kurang efektif.
Cuba ingat kembali, pernahkah anda tinggalkan penutup hand sanitiser anda terbuka selepas menggunakannya? Jika ya, hand sanitiser tersebut mungkin sudah tidak berkesan lagi.
Untuk panduan anda, cecair hand sanitiser akan menjadi lebih pekat dan sukar untuk kering jika ia sudah tamat tempoh.
Selain itu, perhatikan juga bau hand sanitiser tersebut. Jika ia sudah berbau pelik, mungkin sudah sampai masanya untuk anda beli botol baharu!
Sumber: Hello Doctor
Artikel Berkaitan:
GatalnyaTak Boleh Bawak Bincang. Doktor Jelaskan Punca & Kaedah Rawatan Terbaik Kudis Buta!
Pengambilan Daging Segar, Baik Untuk Yang Alami Anemia. Semak 5 Lagi Manfaat Lain!
Benjolan Di Leher, Ketiak & Pangkal Peha Tanda Kanser Limfoma. Semak 6 Lagi Gejala Lain!