Menjadi amalan kita disaran menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari iaitu pada setiap pagi dan malam.
Namun selepas menggosok gigi waktu pagi biasanya kita akan bersarapan. Jadi bagaimana dengan makanan yang terlekat di celah-celah gigi selepas makan pagi.
Adakah sebenarnya kita lebih baik menggosok gigi sebelum atau selepas sarapan?
Sebenarnya dalam hal ini, doktor gigi akan menyarankan agar kita menggosok gigi selepas bersarapan.
Ini kerana itu adalah waktu terbaik untuk membersihkan sisa-sisa makanan dan minuman yang melekat pada gigi. Jika memberus gigi setelah sarapan, gigi akan berada dalam keadaan lebih bersih.
Tetapi jika kita mengambil makanan atau minuman berasid ketika sarapan seperti kopi, jus oren atau buah-buahan lain, seseorang itu disarankan untuk menggosok gigi sebelum sarapan.
Sebabnya, menggosok gigi selepas mengambil sesuatu yang berasid dapat merosakkan gigi. Untuk itu, American Dental Association menyarankan seseorang menggosok gigi sejam selepas makan.
Jika tidak boleh menunggu selama sejam, kumur mulut dengan air bagi menanggalkan sisa makanan dan kesan minuman seperti kopi pada gigi sebelum memberus gigi.
Bolehkah kita memberus gigi sebelum dan selepas bersarapan?
Bukan satu kesalahan menggosok gigi sebelum dan selepas bersarapan, namun seseorang itu perlu tahu terlalu kerap memberus gigi boleh mengikis gusi.
Menggosok gigi sepatutnya tidak perlu terlalu kuat memberus kerana tujuannya adalah untuk menghilangkan bakteria dan sisa makanan yang melekat pada celah-celah gigi.
Selain menggosok gigi, seseorang juga boleh menggunakan pencuci mulut, flossing selain mengamalkan memberus lidah.
Artikel Berkaitan:
Ganggu Rawatan Pesakit Kanser? Pakar Jelaskan Vaksin Covid-19 Boleh Lindungi Kadar Jangkitan!