Rupanya gigi taring jadi trend di Jepun, kalau di Malaysia berbeza ya. Ramai perempuan sanggup berhabis duit memakai pendakap gigi untuk mendapatkan gigi yang tersusun dan cantik.
Kalau nak tahu, perempuan di sana sanggup mendapatkan rawatan untuk memasang gigi taring.
Lebih mengejutkan kos untuk memasang boleh dikatakan agak mahal. Kos yang dikenakan untuk sepasang gigi taring kira-kira &390 (RM1,670).
Namun, terdapat juga gigi taring palsu yang boleh dibeli kedai kosmetik namun ianya tidak bertahan lama.
Bagi gadis Jepun, memiliki gigi taring adalah satu kelebihan. Ramai yang beranggapan gigi taring membuatkan senyuman lebih menawan dan nampak lebih cantik. Selain itu, mereka yang memiliki gigi taring juga kelihatan lebih muda dan comel.
Gigi taring terbentuk disebabkan oleh pertumbuhan gigi terganggu atau rahang mulut yang terlalu kecil sehingga tidak memberikan ruang cukup bagi pertumbuhan gigi.