Pasti kita pernah berdepan dengan situasi atau melihat di mana seorang rakan anda yang tidak mahu makan kerana takut gemuk.
Simptom ini dikenali dengan nama anorexia nervosa atau kecelaruan tabiat pemakanan.
Penjelasan Dr Ahmad Samhan di twitter memberitahu apa komplikasi boleh terjadi jika anda mengalami situasi ini.
Apakah Anorexia Nervosa?
Anorexia Nervosa adalah penyakit di mana anda tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk.
Anda akan merasakan yang anda lebih gemuk dari yang keadaan sebenarnya, walaupun anda sebenarnya mempunyai kurang berat badan. Anda akan merasakan yang anda tidak cukup kurus dan senaman yang berlebihan merupakan satu tingkah laku yang biasa.
Apakah Akibat Anorexia Nervosa?
1. Anda akan merasa murung. Anda tidak mendapat zat atau nutrisi yang cukup, maka dengan itu anda akan kelihatan dan merasa tidak sihat.
2. Gigi dan kulit bertukar menjadi warna kekuningan dan tidak cantik
3. Rambut & kuku menjadi rapuh & pecah
4. Rambut akan gugur
5. Rambut halus (dikenali sebagai rambut lanugo) akan tumbuh di seluruh badan anda supaya tubuh anda dapat memanaskan badan (kerana tiadanya lemak di tubuh anda)
6. Remaja perempuan akan lewat datang haid
7. Anda mungkin mati kerana kegagalan organ
Jom sharekan pada semua tentang Anoreksia Nervosa. Semoga dapat membantu untuk yang memerlukan.
Dr. Ahmad Samhan