Siapa sangka percubaan dua sahabat untuk memastikan perubahan pada payudara masing-masing menjadi lebih besar tidak menjadi, sebaliknya telah mendatangkan masalah lain.
Daripada perasaan ingin mencuba akhirnya mereka terkena sawan tidak henti menyebabkan kesihatan perlu dirujuk kepada pihak hospital untuk rawatan lanjut.
Perkara ini dikongsi oleh seoran doktor perubatan, Doktor Ahmad Zakimi Abdullah di laman sosial Facebook yang memberitahu perbuatan ini tidak sepatutnya berlaku.
Malah menjadi pengajaran untuk wanita di luar sana agar berhati-hati membeli ubatan secara online kerana ia boleh membahayakan nyawa.
“Doktor! Ada pesakit wanita berumur 30an, sawan, baru masuk redzone,” ujar seorang penolong pegawai perubatan bertugas di zon merah.
“Baik-baik!” Jawabku ringkas.
Tanpa berlengah, aku terus berlari pantas ke Zon Merah. Kelihatan pesakit itu masih lagi sawan.
“Dah bagi valium?” Soalku.
“Dah bagi 5 minit lepas, Dr!” Ujar pegawai perubatan yang menjaga zon merah, Dr Faizal (bukan nama sebenar).
Pesakit itu diberikan oksigen ‘high flow mask’ dalam keadaan mengiring. Masih lagi sawan tanpa henti dari rumah sehingga ke zon merah.
“Bagi sekali lagi IV valium 5mg” arahan aku kepada tim kami.
“Baik!” Jawab Dr Faizal.
Pesakit masih lagi sawan walaupun dos Kedua Valium diberikan. Maka kami ambil keputusan untuk lakukan intubasi ke atas pesakit. Pesakit ini perlu bantuan mesin pernafasan akibat sawan terlalu lama. Keadaan ini dipanggil ‘Status Epilepticus’.
Ads
Setelah siap semua proses intubasi dan keadaan pesakit sudah stabil, sawan pun berenti. Sejarah Perubatan tentang pesakit diberitahu oleh suami pesakit. Beberapa penyiasatan darah dari makmal semuanya normal. Kami masih belum dapat punca pesakit ini sawan.
Aku merancang untuk lakukan imbasan CT otak untuk pesakit ini.
Setelah beberapa minit kemudian, seorang lagi pesakit tiba di zon merah. Pesakit itu berumur dalam pertengahan 20-an. Pesakit itu juga mengalami sawan.
“Adoi! Seorang lagi sawan!” – bermonolog.
Pesakit ini juga mengalami ‘status epilepticus’. Sawan sudah hampir 1 jam tanpa henti.
Satu lagi kes intubasi dan memerlukan mesin bantuan pernafasan. “Eh! Doktor! Pesakit yang kedua ni adalah kawan kepada pesakit yang first status epilepticus tadi” ujar Dr Faizal.
“Laaa ye ke? Apa masalah sebenarnya ni? Mereka buat apa eik, Dr Faizal?” Soalku. “Ah ha… Dr. Mereka kena sawan masa kat tempat yang sama. Di rumah pesakit yang first tadi.”
Kami rasa pelik kerana kedua-dua mereka mengalami masalah yang sama. Adakah mengalami ketoksikan? Atau apa? Tapi tak semua penghuni rumah tu yang kena. Hmmm.
Ads
“Panggil husband pesakit tu balik. Saya nak tanya beberapa soalan lagi,” permintaan aku. Banyak juga soalan tambahan yang aku tanya pada suami dia.
Aku ada tanya apa kaitan antara isteri dia dengan kawan isteri dia tu. apa yang mereka sama-sama lakukan di rumah mereka.
“Sebenarnya tadi isteri saya dan kawan dia ni tengah buat sesuatu, doktor” ujar si suami.
“Buat apa tu encik?” Soalku ringkas.
“Mereka tengah buat breast filler. Mereka buat sendiri-sendiri. Pakai injek-injek.”
“Apa?! Boleh tunjukan saya dorang injek apa?” Terkejut juga aku.
Maka si suami tunjukan aku gambar suntikan ‘breast filler kit’. Ada 4 picagari yang berlabel Hyaluronic Acid gel, dikatakan untuk membesarkan payudara dan 4 vial injeksi lignocaine 2% untuk ubat kebas (bias). 10 mls lignocaine 2% setiap vial.
Mengikut cerita dari si suami, isteri dia mengadu kebas dibahagian lidah dan bibir selepas beberapa minit kawan dia suntik di payudara sebelah kanan. Kemudian mengadu pening dan berdebar-debar selepas itu.
Si suami mengatakan isteri dia guna 2 vial lignocaine 2% bagi sebelah payudara. 2 belah bermakna dia menyuntik 4 vial lignocaine bersamaan dengan 40mls untuk ubat kebas sebelum suntik Hyalurolic acid sebagai filler.
Ads
Mereka beli dalam talian saja dan dipelajari dari YouTube katanya.
Mari sini aku tunjukkan bagaimana kira dos lignocaine yang disuntik;
Untuk maksimum dos lignocaine adalah 4.5mg/kg (tanpa epinephrine), jika lignocaine dengan epinephrine maksimum dos adalah 7mg/kg. Total maksimum dos adalah 300mg.
Maka, maksimum dos dalam mililiter sepatutnya disuntik oleh pesakit berat badan 58kg adalah; Formula = max dose (mg) x berat (kg)/10 x concentration (%)
Maka, lignocaine dos dalam mililiter tanpa epinephrine = (4.5mg x 58kg)/(10 x 2) = 13.05 mls. Namun pesakit ini telah suntik lignocaine sebanyak 40 mililiter yang sepatutnya hanya 13 mililiter sahaja.
Sah, kedua-dua pesakit ini mengalami ‘lignocaine toxicity’.
Sejurus prosedur suntikan itu dilakukan, kedua-dua pesakit mengalami gejala seperti kebas bahagian lidah dan bibir, kemudian pening dan berdebar-debar. Lebih serius kedua-dua pesakit itu mengalami sawan akibat dari lebihan dos lignocaine.
Cara atau teknik pemberian pun aku tak pasti bagaimana. Betul atau tidak. Tak kena cara memang suntikan tersebut terus ke salur darah pun kita tak tahu. Sangat-sangat berbahaya. Prosedur ini sepatutnya dilakukan oleh doktor yang bertauliah dan terlatih sahaja.
“Faizal, bagi kedua-dua pesakit ni Intravenous lipid emulsion 1.5 ml/kg of 20% lipid. Then followed by infusion 0.25 ml/kg/min, ya. Lekas sikit,” ujarku.
“Baik, Dr!”
Kita boleh dapat pengajaran dari kisah ini. Nak cantik boleh tapi jumpa dengan doktor yang terlatih. Nak cantik boleh tapi jangan binasakan diri sendiri. Itulah. Hmmm.
Nak selesa berjalan, senaman peha kena buat walau sekejap. Bimbang juga sebab takut nanti seluar yang sudah dibeli tiba-tiba tidak muat.
Sebab itulah perlunya melakukan aktiviti fizikal agar dapat mengekalkan bentuk badan yang ideal dan menarik.
Antara cara yang boleh dilakukan ialah senaman mengecilkan bentuk paha. Memetik perkongsian Hello Doktor, kekurangan lemak pada bahagian bawah badan akan memberikan kesan ilusi langsing.
Namun, sebelum melakukan sebarang gerakan, anda perlu memanaskan badan dengan senaman ringan selama 5 hingga 10 minit terlebih dahulu bagi mengelakkan berlakunya kekejangan.
Jom semak empat senaman yang boleh dilakukan menurut CNN Indonesia dan Hello Doktor.
1. Kaki bersilang
Boleh buat di atas katil sahaja. Sama gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.
Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.
Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.
2. Kayuh udara
Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun dilakukan secara berbaring.
Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.
Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.
3. Squat
Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan.
Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).
Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.
Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.
Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.
Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.
4. Angkat kaki sisi
Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi.
Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.
Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.
Kalau anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.
Secara ringkasnya berikut antara senaman yang boleh dilakukan untuk mengecilkan paha. Sebaiknya buat secara konsisten untuk mendapat hasil yang memuaskan.
Selamat mencuba dan semoga berjaya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siti Nordiana binti Alias atau juga dikenali sebagai Nana dia mempunyai rutin penjagaan kesihatan sama ada dari segi luaran dan dalaman. Tidak hairanlah Nana antara selebriti yang sentiasa tampil cantik dan anggun setiap kali membuat persembahan.
Dua Makanan Ini Pilihan Nana Agar Kekal ‘Awet Muda’
Tidak keterlaluan, Nana senang dengan kaedah alami dan memilih makanan sunnah sebagai makanan tambahan. Tambahan, kerjayanya sebagai seorang penyanyi menuntut dirinya untuk kelihatan cantik sepanjang masa.
Populariti Nana kembali berada di puncak sebaik memenangi tempat pertama program Gegar Vaganza pada musim kedua. Buat masa ini selain menyanyi Nana juga kini sibuk berlakon dan mengacara.
Nana antara artis yang sudah lama berada dalam industri ini. Apakah rahsia kecantikan Nana sehingga hari ini?
“Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan mengambil makanan sunnah seperti madu dan juga habbatus sauda untuk mengekalkan tahap kesihatan yang konsisten.
“Begitu juga dengan kecantikan, saya percaya kecantikan bermula dari dalam dan disebabkan itu saya menjadikan ulam-ulaman sebagai menu harian dan wajib minum dua liter air suam setiap hari. Selain mampu menambah stamina, ia juga mampu membersihkan organ dalaman dan menguruskan badan secara semula jadi.”
Adakah Nana mempunyai masalah jerawat?
“Alhamdulilah, saya tidak mempunyai sebarang masalah pada wajah namun sesekali ada juga jerawat yang tumbuh pada bahagian dahi. Bukan jenis jerawat besar tetapi yang kecil. Jadi untuk mencegahnya, menjadi rutin kepada saya untuk mencuci wajah setiap hari dan akan menggunakan krim siang juga pelembap. Dan jika pulang daripada bekerja, saya akan mencuci solekan dan tidak akan sesekali tidur dengan solekan pada wajah.”
Bagaimana Nana menjaga pemakanan dan adakah mengamalkan sebarang diet?
“Saya pernah melalui satu fasa di mana saya memiliki berat badan melebihi dari apa yang sepatutnya. Jadi mulai saat itu, saya mula mengamalkan diet yang betul agar berat badan saya kembali ideal.
“Saya menetapkan yang saya tidak akan makan selepas jam lapan malam. Kuantiti nasi juga dikurangkan dan menggantinya dengan makanan yang lebih berkhasiat.”
Hah, inilah rutin harian dan gaya pemakanan Siti Nordiana. Kalau anda rasa nak awet muda dan sihat, boleh lah amalkan apa yang Nana kongsikan. Moga bermanfaat buat pembaca Rapi.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepeti yang kita ketahui, ramai juga dalam kalangan selebriti yang turut disahkan positif Covid-19.
Salah seorangnya adalah pelakon dan pengacara Nabila Huda yang turut terkena sebelum Syawal tempohari.
Sebelum itu Nabila Huda telah mengalami beberapa simpton seperti hilang deria bau, batuk dan selesema.
Namun dia hanya menjalani kuarantin kendiri di rumah dan bersyukur suami dan anaknya disahkan negatif.
Dan melalui perkembangan terbaru di laman Instagram, Nabila memberitau dia sudahpun selesai menjalani ‘self quarantine’ (kuarantin kendiri) selama 10 hari dan berkongsi suplemen apa yang diambil sepanjang tempoh itu.
Nabila juga turut menceritakan pengalamannya dan memberi nasihat berguna kepada orang ramai untuk mengelak dari jangkitan virus ini.
Dia juga turut mengucapkan terima kasih atas doa yang diberikan ke atas dirinya sepanjang melalui tempoh sukar berkenaan.
Alhamdulillah , Selesai sudah self quarantine dan self monitor at home selama 10 hari..Tapi abil tau dia masih lagi ada dalam badan and kena terus fight untuk hilangkan.
Ni Abil share jenis vitamins, oils, supplement yang Abil amik untuk korang yang tengah struggle untuk melawan covid dalam badan.
Yang mana korang rasa mahal nak beli,tak perlu ok! macam EO tu agak mahal. Tapi dia worth to buy. I wouldn’t mind to spend janji sihat. Tapi tak perlu kalau tak mampu.
Pakai vicks je pun boleh. Bagi siapa yang tak di jangkiti pun, abil cadangkan korang boleh mula untuk amik suppliment ni jugak ok. Dah boleh tukar minum air sejuk kepada air panas with lemon.
Dalam keadaan kite sekarang ni, kite boleh dijangkiti atas kecuaian kite atau orang lain. Trust me,you never know. Keadaan negara kite dah semakin chaos and our frontliners dah penat. It’s about time utk kite jaga diri kite.
Jangan malu untuk share dengan orang keliling about your experience, symptoms or anything yang korang tahu supaya siapa yang belum dijangkiti,mereka dah dalam keadaan bersedia.
Kite bagi awareness supaya nanti dorang tak la panic sangat. Avoid makan luar. Belajar untuk masak sendiri sebab kite tau apa yang kite masak,bahan apa yang kite guna kan dan ia dijamin bersih.
Pada positive patient yang takde symptoms, Abil suggest if mampu untuk self monitor at home, buat lah ok.. Percayalah, korang boleh survive! Paranoid and emotion unstable itu adalah normal..dan tolong lah, berhenti hantar broadcast yang merepek untuk menakutkan orang on WhatsApp !
Abil doa kan korang dan keluarga korang dijauhi dari penyakit gila ni..Yang mana masih lagi tengah fight,abil doakan korang cepat sembuh..You can do this! Yang mana masih tak percaya dengan covid ni,abil cadangkan korang pergi serah diri kat CAC ,stay dengan positive patient or mingle around with them sampai dijangkiti,and baru korang tau, real tak real covid ni..
Terima kasih atas doa korang sepanjang abil sakit. All the wishes,positive comments. It helps! Thank you so much. Korang bukan saja kawan, followers dan peminat. You guys are my family and I love you guys so much.. ( ala asal rasa macam sebak pulak eh..eee emo pulak.haha)