Ramai di kalangan wanita yang hamil penah mengalami simptom sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang dan juga pinggul.
Jika situasi ini berlaku sedikit sebanyak akan menganggu urusan aktiviti harian termasuk menyebabkan tidur tidak selesa pada waktu malam.
Dalam satu laman web web spine-health.com, dianggarkan seramai 50 hingga 70 peratus daripada jumlah keseluruhan wanita akan mengalami sakit belakang apabila hamil.
Portal yang sama turut menyatakan, sakit belakang dan ketidakselesaan pelvis biasanya bermula antara bulan kelima hingga ketujuh ketika hamil.
Sebilangan kecil wanita mungkin mengalami kesakitan seawal empat hingga 16 minggu.
Artikel Lain: Rupanya Bahaya Makan Ubat Tiada Kelulusan KKM, Boleh Rosakkan Buah Pinggang & Hati
Menghuraikan lebih lanjut mengenai masalah itu, SinarPlus
berkongsi pandangan daripada Pakar Fisioterapi Physiomobile, Nurul Farahena Edora Jeffry.Menurutnya dalam satu tulisan di media sosial, masalah sakit belakang terutama pada bahagian yang mendapat suntikan epidural sering menyebabkan ramai tertanya-tanya adakah ia penyebab sebenar dalam kalangan ibu-ibu hamil.
“Untuk pengetahuan semua para ibu yang dikasihi, proses kehamilan itu sendiri melibatkan perubahan hormon yang secara tidak langsungnya memberi kesan melembutkan struktur sokongan saluran kelahiran.
“Contohnya seperti ligamen-ligamen tulang pinggul dan tulang belakang,” ujar Nrul Farahena.
Menurutnya lagi, ibu-ibu di luar sana kena tahu bahawa kesan daripada ‘pelembutan’ struktur-struktur ligamen itulah yang membuatkan para ibu juga berisiko tinggi untuk mendapat masalah slipped disc.
Namun, ada juga pendapat mengatakan epidural penyebab kepada masalah sakit belakang yang berterusan. Apakah ia benar?
Katanya lagi, epidural itu adalah salah satu alternatif penahan sakit semasa bersalin.
“Sebenarnya, sakit belakang bukanlah penyakit yang jarang terjadi. Malah terlalu ramai orang ada masalah sakit belakang.
“Tidak kira jantina dan tidak kira ibu hamil tersebut pernah mendapat epidural atau sebaliknya,” ulasnya.
Artikel Lain: Guna Cara Mudah Hilangkan Stretch Mark, Tak Perlu Stres Memikirkannya
Apa yang pasti, tambahnya, terima epidural ataupun tidak, wanita mengandung pasti akan mengalami sakit belakang.
“Jadi ia adalah normal. Namun demikian jika rasa sakit pada belakang dan pinggul terlalu kuat dan masih tidak berkurangan walaupun sudah berehat, seeloknya lakukanlah pemeriksaan dan dapatkanlah rawatan dengan pakar yang bertauliah,” katanya lagi.
1. Penggunaan epidural semasa bersalin dapat mengurangkan kesakitan melampau yang amat berkesan dalam masa yang pantas. Dalam keadaan yang lebih tenang, ibu dapat mendengar arahan doktor dengan baik dan memudahkan proses bersalin.
2. Ibu-ibu yang mempunyai penyakit darah tinggi atau pre-eclampsia, mereka amat digalakkan bersalin melalui kaedah ini kerana ia dapat menurunkan tekanan darah.
3. Tidak perlu rasa ngeri dengan jarum suntikan kerana anda akan terlebih dahulu dibius dengan jarum halus. Setelah mendapatkan suntikan ini, epidural akan mula memainkan peranan dalam masa kira-kira 10 minit,
4. Kebanyakan wanita akan meminta suntikan ini apabila bukaan serviks telah mencapai 5-6 cm di mana kontraksi sudah semakin kuat. Setelah mendapat suntikan epidural, ianya akan kekal sehingga selepas bayi dilahirkan. Maka, ia turut memberi rasa kebas sekiranya terdapat jahitan yang perlu disempurnakan.
5. Menurut Babycenter, larutan epidural ini mengandungi opiod, fentanil, atau ubatan lain yang boleh memasuki plasenta. Komplikasi terhadap bayi jarang berlaku, namun kesan sampingan yang ringan antaranya adalah rasa mengantuk.
6. Sesetengah wanita juga akan mengalami kenaikan suhu badan dan mungkin mengalami sedikit demam sebelum melahirkan bayi. Selepas bersalin, umumnya wanita akan mengalami sakit kepala atau sedikit mual. Namun, mereka berasa lebih bertenaga dan seronok.
Artikel Lain: Sepantas 2 Minggu Berat Turun Mendadak. Pasangan Kongsi Tip Diet Sihat Tanpa Produk!