Nak elakkan sesuatu yang buruk berlaku, semak semula tempat simpan tong gas di rumah. Jika salah gaya pemasangan, ini boleh jadi punca meletop!
Nak-nak anda yang jenis ada kabinet cantik. Tentulah tempatnya bertutup, kan?
Cara Simpan Tong Gas
Jadi bagi memastikan kediaman anda sentiasa berada dalam keadaan selamat, ikuti tujuh langkah ini:
1. Pastikan jarak antara silinder gas dengan alat memasak antara 1 ke 1.5 meter. Alat memasak perlu diletakkan lebih tinggi dari silinder.
2. Jangan simpan silinder gas di tempat tertutup dan tidak mempunyai pengaliran udara yang baik.
3. Bau pelik atau busuk daripada silinder gas bermakna terdapat kebocoran. Tutup semua punca api dan jangan gunakan peralatan elektrik.
Ads
4. Guna air sabun untuk mengesan kebocoran gas. Jika ada buih, bermakna terdapat kebocoran berlaku. Buka alat atur gas dan alihkan silinder ke tempat yang mempunyai pengudaraan baik.
5. Nyalakan api sebelum menghidupkan alat memasak.
6. Sentiasa pastikan pengudaraan yang baik dan jangan tinggalkan dapur ketika sedang memasak.
7. Tutup peralatan memasak dan buka injap alat atur gas jika tidak digunakan.
Ads
Apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan:
1. Pastikan tong gas memasak sentiasa dalam keadaan menegak dengan injapnya ke atas. Jangan baringkan tong gas anda.
2. Buka pintu atau tingkap semasa memasak untuk pengaliran udara.
3. Jangan letakkan kuali panas atau benda panas yang lain di atas tong gas memasak.
Ads
4. Jauhkan kedudukan langsir daripada dapur memasak.
5. Jangan tinggalkan apa yang anda tengah masak tanpa pengawasan.
6. Jika anda ingin meninggalkan rumah untuk satu jangka masa panjang, matikan dan tarik keluar kepala gas.
7. Pastikan kedudukan dapur memasak anda lebih tinggi dari tong gas.
8. Sebelum memasang kepala gas, pastikan ada gelung getah dalam injap tong gas.
Sudah tahu tip ini, anda lebih selamat kalau nak tinggal rumah. Jangan lupa, tong gas itu kalau boleh jangan tempat bertutup ya!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya mendambakan tubuh badang yang langsing dan ideal. Pelbagai cara dilakukan untuk memastikan saiz badan kekal seperti anak dara, walaupun melahirkan beberapa orang anak.
Salah satunya adalah dengan memakai bengkung. Penggunaan bengkung ini dikatakan dapat sembunyikan lemak yang ada pada tubuh.
Namun begitu, penggunaannya setiap boleh boleh mengundang padah apabila dikatakan akan meroskakkan organ dalaman dalam jangka masa panjang.
Ikuti pendedahan bahaya bengkung ini oleh Dr Yazeed Hair Johari.
Ini adalah bengkung .Atau nama mat salehnya waist girdle ,Corset , waist band dan macam macam lagi.
JENIS 1- Bengkung abdomen ( Membaluti keliling abdomen / Perut 2- Bengkung Penuh ( Chest to Hips )
Yang membaluti dari paras dada hingga pinggul .( Lebih merbahaya) Tak kira lah jenis apa sekali pun…
Bengkung ini selalunya digunakan untuk
1) Selepas BERSALIN ( Post delivery ) Selalunya lepas bersalin , Bukan apa tujuannya untuk put on pressure pada rahim yang sedang mengecut .Bengkung ini digunakan hanya pada had masa yang tertentu sahaja . Bila rahim dah sepenuhnya mengecut , Tak ada lagi pendarahan . Bengkung dah tak perlu sebenarnya.
2) Immbobilisation of Back Terutama sekali yang ada kecederaan tulang belakang , Untuk mengelakkan “ friction “ geseran tulang belakang.
Tapi zaman sekarang ini , Penggunaanya telah disalah guna oleh beberapa pihak . Pihak yang cuba mengaut keuntungan dengan menjual HARAPAN …
Overclaim pulak tu. Boleh kurus , Boleh ramping ..
ANATOMI Secara amnya , Dibawah lapisan kulit kita terutamanya dibahagian abdomen .. .. Lapisan itu dipanggil “ Subcutaenous fat tissue “ , Lapisan ini adalah lapisan lemak yang terkumpul. Kalau diperhatikan fisiologi struktur lemak. Lemak ni mempunyai sifat pejal. Ianya tak mudah pecah seperti yang di perkatakan oleh ramai penjual.
“ Kalau sapu losyen panas ni , Lagi cepat pecah lemak ..” Jangan ingat lemak tu macam buah delima atau belon ? Boleh pecah begitu sahaja ?
Menjual harapan adalah lebih mudah , memandangkan rakyat kita sibuk bekerja
Tak ada masa nak bersenam… Tak boleh kawal nafsu makan …
Jadi , Ini adalah pintu gerbang utama kepada si penjual untuk menjual harapan ..
“ Nak jadi lansing ?” “ Sorok lemak , Dalam masa yang sama boleh shaping ..”
Bengkung akan membuatkan , Organ perut dan paru paru , tertolak ke atas , Disebabkan tekanan yang tinggi. Bila perut kau dah tertolak ke atas , Injap penutup perut akan terbuka disebabkan paksaan tadi , Jus asid perut mula melimpah semula ke Esofagus ( Salur makanan ) Dan akan menyebab kan GERD ( Gastroesophageal Reflux Disease ) Simptom dia sama macam orang yang kena Serangan Pedih Ulu hati
Bengkung juga akan Push Paru paru inferior kau ke atas , Tahukah korang , kita bernafas menggunakan otot Diaphragma ? Dan ruang diafragma ini diperlukan oleh paru paru untuk mengembang lebih baik.Tapi kalau kau balut perut kau dengan bengkung, dan pakai setiap hari ..
Bayangkan, ruang diaphragma menjadi makin sempit , Otot diafragma tak dapat bantu paru paru untuk bernafas disebabkan tekanan dari bengkung yang telah menyebabkan kenaikkan tekanan abdomen “ Intraabdominal pressure “ dan sekali gus menyebabkan paru paru korang semua tak dapat berkembang dengan lebih baik .
Disebabkan itu, makin kurang lah kemasukan oksigen dalam badan , Bila oksigen sampai ke otak dengan jumlah yang minima. Akhirnya, akan mula jadi cepat letih, cepat mengantuk dan seharian produktiviti hidup akan berkurangan.
Apabila paru paru pun dah tertolak ke atas , Maka paru paru tadi mula mencengkam Jantung . Jatung pula yang stress , Dahlah nak kena pam darah lagi , Tapi kena himpit pulak dengan paru paru
DARAH BEKU
Mungkin ada antara kita yang tak tahu jika ada masalah “ Koagulasi “ Darah . Bila ruangan dalam abdomen makin sempit , Secara logik nya salur darah yang kecil semuanya akan tersekat , Sekatan laluan itu akan menyebabkan Darah anda muka bergumpal , Dan mudah menjadi thrombus …Bayangkan kalau darah beku tadi , tersekat di salur darah paru paru ? Pastinya mengundang PULMONARY EMBOLISM
Keadaan ini adalah emergency, 100% pesakit yang kena pulmonary embolism , 60-70% yang akan menempah keranda untuk dikebumikan
Hanya kerana nak nampak kemas ? Nak simpan selit lemak tu ? Pakai bengkung tu pun tengok dah macam nak sesak nafas .. Jangan temberang bila cakap benda tu selesa … Increase intrabdominal pressure .. Takkan pernah selesa….
Nak nampak kemas katanya …Tapi banyak keburukan yang mengundang pada badan sendiri .. Kenapa perlu beri tekanan yang tak perlu pada ruang dalam abdomen ? Mereka perlukan ruang untuk bekerja ..
Perut , Diaphragma , Usus , Paru paru … Ginjal , Hati dan sebagainya .. Tuhan dah cipta kan ruang untuk organ organ ni bekerja , Tapi kau sempitkan ruang mereka dek kerana kau nak sorok lemak lemak yang berlebihan
Malas nak komen pasal excercise dan pemakanan . Topik ni boring Semua orang tahu .. Tapi semua cari alternatif lain untuk nampak lebih kurus atau ramping dengan cara yang lebih mudah dan pantas.
Sanggup belanja duit gaji beratus ratus untuk alat kelengkapan bengkung belum lagi dengan Seluar Shaping , Baju Panas , Teh detox , Pil kurus, Losyen panas lagi. Hanya kerana mahu kelihatan lebih anggun dan menawan ….
Kalau tengok pada gambar ni , Balut tengah tu elok dah, tapi degil, keluar atas dengan bawah
Sebab apa ? Sebab lemak pun perlukan ruang mereka sendiri. Jadi rasanya boleh kawal susunan lemak tu ke? Jadilah pengguna yang bijak , Dari memudaratkan diri , Dengan membazir lagi beli benda benda yang memberi harapan palsu ..
Share & Tag lah .. Supaya ramai yang buka mata. Sekali dua pakai , Boleh tahan lagi .Tapi kalau kerap ? Rasa organ dalam tu tak “ tercekik” Mintak nyawa ke ? Mereka pun sel sel hidup juga. Sama seperti anda semua yang perlukan ruang dalam hidup .
Kecantikan tu sementara, tapi kesan masa jangka panjang tu siapa nak tanggung. Nanti semua salah doktor. Salah diri sendiri tak perasan pulak …
Betul lah kata orang .. “ Beauty is pain Memang pain pun …Yang jual bengkung tu pun hari hari dok bergasak dalam Gym. Duit pun masuk macam air ..Kadang kadang tengok , Bengkung tu sampai dah longgar , Dah tak ada elastik.. Tapi tuan punya badan macam tu jugak …
Nota Ringkas * Setiap organ kita perlukan ruang untuk bernafas dan bekerja . Tekanan normal dalam perut harus di kekalkan . Jika bengkung ini dapat menyebabkan “ Increase Intraabdominal pressure “ Maka ianya membawa kemudaratan . Tak Boleh terima kebenaran ? Tepuk dada tanya sendiri
Baru-baru ini seorang penyanyi lelaki telah diserang kudis herpes di kawasan bibir hingga menyebabkan dia sukat untuk menynyi, makan dan bercakap.
Rupanya sudan lama dia menghidap masalah ini dan turut menerima penyakit sama juga adalah kakaknya.
Penyakit ini bagaimanapun tidak kerap menyerangnya jika dia makan ubat antibiotik sehingga habis dan mengelakkan tekanan.
Dalam satu artikel di Harian Metro Pengamal Perubatan Seksual dan Reproduktif U.n.i Klinik TTDI Dr Ahmad Ramdan Zainordin memberitahu lebih lanjut mengenai penyakit ini yang disangka hanya menyerang alat kelamin.
Dr Ahmad Ramdan berkata, kudis herpes ialah jangkitan kulit disebabkan jangkitan virus Herpes atau Herpes Simplex Virus (HSV).
Menurut Dr Ahmad Ramdan, ada dua jenis virus herpes yang menyebabkan kudis herpes iaitu Herpes Simplex Virus jenis 1 (HSV-1) dan Herpes Simplex Virus jenis 2 (HSV-2).
“HSV-1 lebih kerap membabitkan jangkitan pada mulut dan bibir, tetapi ia juga boleh menjangkiti alat kelamin sebagai penyakit kelamin.
“Manakala HSV-2 lebih khusus membabitkan jangkitan pada alat kelamin.
“Kebanyakan pesakit yang dijangkiti herpes tidak bergejala, malah mereka tidak pernah mengetahui dijangkiti,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, gejala herpes yang jelas adalah seperti ruam, lepuhan, gelembung air yang pedih dan ulser.
Kata Dr Ahmad Ramdan, gejala ini boleh berlaku dalam mulut, bibir atau alat kelamin. Individu yang dijangkiti turut mengalami demam, badan lesu dan bengkak kelenjar limfa.
“Jangkitan herpes berlaku melalui sentuhan secara langsung dan kontak kelamin melalui aktiviti seksual. Contoh sentuhan secara langsung ialah ciuman, aktiviti kelamin seperti seks oral, vagina dan dubur.
“Malah, geselan antara alat kelamin juga berisiko dijangkiti herpes, meskipun tanpa penetrasi. Herpes tidak berjangkit melalui peralatan seperti sudu, cawan, tuala dan lain-lain,” katanya.
Ditanya mengenai individu berisiko dijangkiti virus herpes, Dr Ahmad Ramdan berkata, sesiapa sahaja berisiko menghidap penyakit berkenaan.
“Malah, bayi juga boleh dijangkiti herpes jika bayi itu lahir daripada ibu yang dijangkiti herpes pada alat kelamin.
“Oleh kerana kebanyakan individu yang dijangkiti herpes tidak bergejala, ini tidak bermakna mereka tidak boleh menjangkiti orang lain.
“Herpes masih boleh menjangkiti orang lain kerana virus ini terus membiak (viral shedding) meskipun tidak bergejala,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, penyakit herpes boleh dirawat, tetapi tidak boleh disembuhkan.
Ini kerana, virus itu akan kekal dalam badan seseorang yang dijangkiti seumur hidup.
Katanya lagi, tidak semua yang dijangkiti herpes mengalami gejala kudis herpes.
“Jika mereka bergejala, ubat antiviral akan diberi untuk mengurangkan rasa sakit dan memendekkan tempoh gejala.
“Kebanyakan pesakit hilang gejala dengan cepat jika rawatan diberi awal sebaik sahaja gejala bermula.
“Tetapi, jika gejala kembali muncul dengan kerap, rawatan antiviral akan diberi untuk masa yang lebih lama,” katanya.
Dr Ahmad Ramdan berkata, oleh kerana penyakit ini sepanjang hayat, tidak mustahil ada pesakit bimbang mengenai bahaya jangkitan itu.
“Jangkitan herpes tidak membawa maut atau menyebabkan masalah kesihatan lain yang serius.
“Namun, gejala jangkitan ini boleh mengganggu kehidupan seharian kerana kudis mencetuskan kesakitan dan rasa pedih,” katanya lagi memberitahu kudis herpes ini boleh dirawat dengan pemberian ubat antiviral, bukan antibiotik.