Seperti yang kita maklum, Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 telahpun mula dilaksanakan secara berperingkat.
Justeru kita digalakkan untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera untuk mendapat dos suntikan pertama seperti dijadualkan.
Namun begitu, sebelum menerima suntikan ini, terdapat etika berpakaian bagi memudahkan urusan.
Perlu diingatkan, mangan sesekali ketika datang menerima suntikan, anda pakai pakaian yang sukar dan mengambil masa petugas nanti.
Sebaliknya pilih baju yang bersesuaian dan tidak mengambil masa lama dalam mendldahkan baju untuk disuntik.
Oleh demikian, baru-baru ini Public Health Malaysia melalui Facebook rasmi mereka turut berkongsi cara-cara berpakaian bagi memudahkan kita untuk menerima suntikan vaksin. Antaranya adalah seperti :
Perkara ini nampak remeh tetapi sangat penting untuk memudahkan urusan semasa pengambilan vaksin!
Bayangkan jika anda hadir ke pusat pengambilan vaksin dengan kebaya ketat dengan tudung lilit 360’ serta pin berjurai, pasti sangat sukar dan perlu mengambil masa yang lama untuk anda mendedahkan bahagian bahu untuk menerima vaksin.
Untuk lelaki, anda mungkin terpaksa mendedahkan dada bidang jika mengenakan kemeja lengan panjang yang ketat.
Untuk Lelaki/ wanita
– Pilih pakaian lengan pendek yang longgar dan selesa. T shirt/ kemeja atau t shirt polo lengan pendek yang sesuai
Untuk wanita berhijab
– Rancang untuk mengenakan pakaian 2 lapis dengan 1 pakaian longgar lengan pendek di bahagian dalam dan kardigan lengan panjang di bahagian luar.
*Jangan bimbang, bilik suntikan untuk wanita adalah berasingan dengan lelaki.