Elak Picit Jerawat Di Kawasan Segitiga ‘Kematian’, Bahayanya Boleh Undang Strok

Share

Perbuatan memicit jerawat terutama di bahagian segi tiga wajah memang menyeronokkan.

Selagi tidak keluar biji putíh ini, selagi itulah kita akan terus memicitinya.

Namun tahukah kita, bahaya di sebalik memicit jerawat terutama di kawasan segitiga ini hingga boleh membawa pelbagai komplikasi.

Menurut perkongsian Public Health Malaysia, memberitahu mengenai bahayanya.

Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.

Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. “Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.

Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok.

Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.

Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.

Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.

Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides.

Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.

PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung.

Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.

Artikel Berkaitan:

Jangan Sesekali Skip Cuci Muka Setiap Pagi, Cara Terbaik Cegah Jerawat Timbul Di Wajah

Lebih 5 Bulan Koma Didera Suami, Wanita Selamat Lahirkan Bayi Secara Pembedahan

Wanita Cipta Idea Buat Sauna Portable Bantu Turunkan Berat Badan. Jimat Masa & Lebih Selamat!

Published by
Siti Zurina Mat Saman