Antara serangga kecil yang sering kita jumpa di persekitaran rumah adalah semut. Walaupun kecil tetapi jika jenis yang menggigit boleh jadi merah dan bengkak pada kulit.
Tak tahan melihat gelagat serangan kecil ini mengerumuni makanan, pantas kita akan membunuhnya dengan racun semburan semut.
Namun tahukah kita, ada antara racun semut ini tidak boleh digunakan kerana mengandungi bahan beracun Mirex yang tidak dibenarkan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial, Public Health Malaysia
megingatkan orang ramai agar tidak menggunakan racun semut jenis Shang Jia Ant Clean yang banyak dijual di pasar malam atau jualan online.Racun ini mengandungi Persistent Organic Pollutant- POP dan boleh berada dalam tubuh untuk jangka masa yang sangat lama.
Kesan racun ini boleh mengakibatkan simptom loya, muntah-muntah, sakit perut, sawan, kekeliruan, degupan jantung yang tidak sekara.
Ia juga sangat toksik kapad manusia dan berbahaya kepada alam sekitar. Malah seseorang juga boleh didenda hukuman 1 tahun penjara atau denda sebanyak RM10,000 jika memiliki racun semut jenis ini.
Racun semut jenis Shang Jia Ant Clean ini dijual secara berleluasa di pasar malam dan jualan online.
Ramai yang gunakannya tanpa mengetahui bahaya produk ini kepada tubuh dan persekitaran.
Jangan main main, racun ini mengandungi bahan beracun Mirex yang sangat lama boleh berada dalam tubuh dan bersekitaran. Ia tidak mudah terurai dan masih ada kesan racun walaupun sudah bertahun lamanya.
Sebab itu bahan beracun Mirex tidak dibenarkan digunakan di Malaysia. Ada kes keracunan yang dikesan, racun masih dapat di kesan dalam tubuh selepas bertahun tahun lamanya.
Ya, yang nak dibunuh semut, tapi yang akan kena kesan racun anak anak. Elakkan menggunakan racun jenis ini untuk keselamatan bersama
Artikel Berkaitan:
Berat Tak Pernah Cecah 50KG Kecuali Hamil. Mila Jirin Kongsi Rahsia Kekal Kecil Molek!
Elok Pakai Bila Usia Masuk 30-an. Doktor Kongsi Cara Pilih Produk Kolagen Di Farmasi!