Doktor Kongsi Kelebihan Makan Hati Unta Ubati Asma & Batuk. Dimakan Dengan Roti & Cuka!

Share

Setelah kerajaan membenarkan perjalanan untuk mengerjakan umrah, ramai jemaah mengambil kesempatan untuk mengunjungi rumah Allah ini.

Jadi kesempatan yang ada memberi peluang untuk merasai beberapa makanan ‘rare’ di sana, antaranya hati unta.

Menurut perkongsian Dr Rizal Abu Bakar, hati unta mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Dia yang berada di sana berkesempatan menikmati sajian hati unta kerana kebaikan boleh memberi tenaga dan merawat kepada masalah batuk.

Ayuh, ikuti perkongsiannya.

Kelebihan Makan Hati Unta Ubati Batuk

Pagi semalam saya pergi breakfast kat luar. Di kawasan nama Al Adl di Makkah.

Kat sini ada satu kedai makanan rare. Kalau ikut sejarah dah lebih 60 tahun dah beroperasi.

Apa yang rare nya?

Kat sini ada jual breakfast kegemaran rakyat tempatan.Yang senior mungkin minat lebih berbanding yang muda.

Kedai ni buka dari pukul 7 sampai 11 pagi saja. Jual pun satu benda saja. Hati unta goreng.

Kopi atau teh pun tak jual. Hanya hati unta saja. Kedai sentiasa penuh

Hati unta pun digoreng kosong. Digoreng kurang dari 2 minit. Kalau lebih jadi getah scrap. Kena cun cun masa. Yang goreng tahu nak agak bila nak berhenti.

Hati unta ni dimakan dengan roti wholemeal. Roti dicicah dengan khal atau cuka dulu. Baru gabung dengan hati unta.

Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah khal (cuka). Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah.” – HR Muslim

Sedap rupanya bila cicah roti wholemeal ni dengan cuka. Dulu dok fikir macam manalah rasa roti makan dengan cuka. Sekarang dah tahu.

Ikut sunnah pula tu.

Pada yang datang Makkah nanti bolehlah cuba. Biasanya orang makan Hasyi – daging anak unta. Hati unta jarang. Kena try baru boleh tahu.

Nak tahu apa kelebihan hati unta? Hasil hasil dapati hati unta baik untuk:

1. Asthma

2. Beri tenaga

3. Rawatan kepada batuk

Dalam hati kaya dengan iron, copper, zinc, manganese dan cobalt. Vitamin penting yang tubuh perlukan. Glutathione pun lebih tinggi jika dibanding dengan lembu.

Apapun kena rasalah. Baru tahu. Rasa rasa ada bran tak?

Artikel Berkaitan:

Sering Diejek Berisi & Kulit Kusam, Wanita Nekad Belajar Ilmu Diet. Berjaya Lenyapkan 26KG Dalam 5 Bulan!

Berjaya Hilang Berat Drastik 9KG Dalam 3 Minggu. Hanya Ikut Cara Makan 2 Kali Sehari & Cut Sugar!

“Kurang Ambil Makanan Manis & Lebihkan Ulaman” – Rahsia Adik Che Ta, Maintain Cantik & Langsing Walau Ada 6 Anak

Published by
Siti Zurina Mat Saman