‘Demam Panas, Batuk Tiba-Tiba.’ Bahayanya Virus Influenza, Jika Tak DiRawat Sebabkan Pelbagai Komplikasi

Share

‘Demam panas, batuk tiba-tiba.’ Bahayanya virus influenza, jika tak dirawat sebabkan pelbagai komplikasi dan paling buruk menyebabkan kematian.

Minta dijauhkan! Sebaiknya bila anda dan keluarga mulai demam, cuba dapatkan pemeriksaan di klinik dan berjumpa doktor kerana virus berada di mana-mana. Bimbang anda terkena virus influenza.

Artikel Berkaitan: Musim Influenza, Bagaimana Mencegah Penyakit Yang Simptomnya Seakan COVID Ini?

Demam Panas, Batuk Tiba-Tiba

Hati-hati jika demam panas secara tiba-tiba disertai selesema dan batuk secara tiba-tiba, ia antara simptom dijangkiti virus influenza.

Bahayanya jika lambat dirawat ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan berlakunya kematian.

Bahayanya Virus Influenza

Fahamkan perkongsian mengenai influenza oleh Dr Arman dari Klinik TTDI_Bangi ini sebagai panduan;

@klinikttdi_bangi Mengenal pasti simptom influenza menjangkiti anak2 info from @drman.ttdi #fypシ #infokesihatan #hidupsihatpilihankita #fypシ゚viral #viral #fyp #influeza ♬ original sound – KLINIKTTDI_BANGI

Terang Dr Arman, virus influenza amat mudah menjangkiti anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.

Bahayanya virus Influenza ini jika dibiarkan tanpa atau lambat dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Antaranya seperti jangkitan pada telinga menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung, otak dan sebagainya.

Beza Infuenza vs Demam, Batuk Selesema Biasa

Demam Panas Secara Tiba-Tiba

Berbanding demam biasa suhu badan meningkat secara berperingkat, bagi demam influenza A mahupun B ia demam panas secara tiba-tiba dan suhu sangat tinggi seperti 38,39C.

Baca Juga Di Sini: Bila Bergejala Awal, Doktor Ingatkan Buat Ujian RTK Kendiri Hari Ketiga Untuk Keputusan Lebih Tepat

Jika Tak DiRawat Sebabkan Pelbagai Komplikasi

Di samping itu, anak juga mengalami simptom seperti;

  • Keletihan
  • cirit badan
  • sakit perut
  • alami sakit tekak
  • sakit kepala
  • selesema
  • batuk
  • tiada selera makan

Dalam masa yang sama, pesan Doktor Arman, sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada anak, segeralah bawa anak ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

Sumber: TikTok Klinikttdi_bangi

Published by
Syazwani Mehat