Ramai yang suka guna warna putih untuk naikkan seri, tetapi cara basuh cadar langsung tak peduli. Akhirnya lama-lama nampak kuning dan kena beli baru.
Haaa… tahu tak, ada cara yang betul kalau anda nak basuh kain warna putih, semak langkah-langkah yang dikongsikan Puan Zaza Zalina ini. Tanpa clorox ya, tetap bersih elok!
Cadar putih memang nampak minimalist dan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan.
Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.
Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?
Nila jadi cair begini ya tapi airnya tetap kebiru-biruan.
Jadi selepas ini tak perlu lah beli baru cadar putih sebab anda dah tahu cara macam mana nak putihkan kain baju putih jadi bersih.
Selamat mencuba!