Bukan Seperti Varian Delta, Rupanya Omicron Tak Sebabkan Hilang Deria Bau. Tapi Gejala Sakit Kepala & Loya!

Share

Kebiasaanya selain demam dan selesema, salah satu tanda diserang virus  Covid-19 adalah apabila hilang deria bau.

Tetapi bagi virus jenis Omicron ini tidak menyebabkan penghidapnya ‘hilang’ seria bau seperti varian Delta.

Pakar Perubatan Patologi (Mikrobiologi dan Imunologi) Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Dr Masita Arip, berkata itu satu daripada perbezaan ketara antara gejala varian Omicron dan varian Delta.

“Selain itu, varian Omicron juga tidak menyebabkan demam dengan suhu tinggi seperti pesakit COVID-19 varian Delta sebelum ini. Antara gejala utama dibawa varian Omicron adalah sakit kepala dan loya.

“Orang ramai yang mempunyai gejala demam dan sakit kepala dinasihatkan mendapatkan rawatan segera,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV baru-baru ini.

Dr Masita berkata, gejala dialami penghidap varian Omicron lebih singkat iaitu kurang lima hari berbanding varian Delta.

Beliau berkata, masyarakat Malaysia perlu bersikap matang dalam menghadapi situasi melawan pandemik COVID-19 dengan segera mendapatkan rawatan apabila bergejala, sentiasa mengamalkan kawalan kendiri dan mengambil dos penggalak supaya mempunyai imuniti terhadap varian berkenaan.

Katanya, individu yang melakukan ujian kendiri COVID-19 di rumah dan mendapati diri mereka positif perlu jujur serta bertanggungjawab dengan tidak keluar rumah dan membahayakan orang lain. – BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Artikel Lain:

Angka Kes Virus Omicron Terus Meningkat. Buat 6 Perkara Ini, Elak Jangkitan Risiko Lebih Serius!

Selain Batuk & Selesema, Cirit-Birit Juga Antara Simptom Awal Varian Omicron

Berat Asal 124KG, Tapi Berjaya Hilangkan 60KG Dalam Setahun. Gadis Kongsi Menu Diet Seminggu Diamalkan!

Published by
Siti Zurina Mat Saman