Buat Kita Berhalusinasi, Cirit-Birit & Muntah. Doktor Ini Beritahu Kesannya Jika Salah Pilih Cendawan!

Share

Cendawan adalah antara sejenis sayuran yang turut menjadi kegemaran ramai dalam menyediakan juadah masakan.

Sayuran ini boleh dimasak rebus seperti tomyam atau di goreng tepung untuk dimakan bersama nasi panas. Terpulang pada citarasa masing-masing.

Walau apa juga cara cendawan ini dimasak, perlu ketahui kebaikan dan keburukan disebalik sayuran kecil ini.

Artikel Lain: Bahaya Virus Kawasaki Boleh Effect Jantung. Kenal Pasti Simptom Selain Ruam Yang Teruk!

Dalam satu perkongsian di laman Instagram DrWanShare menjelaskan ada kebaikan dan keburukan cendawan yang mempunyai pelbagai jenis. Menurutnya ada dua cendawan, iaitu yang boleh dimakan dan jenis beracun.

Ayuh, ikuti perkongsiannya.

HANTU CENDAWAN HAMPA DENGAQ BAIK-BAIK SINI‼️

Sedapnya cendawan goreng…

Si @khairulaming la punca, hahahaha….

Tak apa, dia masak. Biaq aku jelaskan apa KEBAIKKAN dan KEBURUKKAN kalau hampa makan cendawan, tak kiralah goreng ke, masak dengan sayoq campoq ka.. tak kisah

Dan macam hampa tau, cendawan ada dua jenis

– Edible mushrooms ( cendawan boleh dimakan )

– Poisonous mushrooms ( Cendawan racun )

Of coz la yang hampa dok beli kat supermarket tu semua cendawan yang boleh dimakan, ye dak?

Artikel Lain: Hati Ayam Organ Dalaman Tinggi Nutrisi. Tapi Elak Makan Banyak, Boleh Bawa Mudharat!

Antara cendawan yang femes dekat pasaraya luaq sana

– Oyster mushroom

– Shitake mushroom

– Maitake mushroom

– Enoki mushroom

– Button mushroom

Dan banyakkkk lagi….

Ada sebuah artikel daripada website @harvard menunjukkan antara nutrisi yang ada pada cendawan seperti

– Vitamin D

– Vitamin B2,B9

– Selenium

– Potassium

Setiap daripada nutrisi di ni, ada fungsi baik yang tersendiri untuk badan kita…

Haaa.. Tu hat yang baik la pasal cendawan, hat buruk?

Cendawan ni kalau salah pilih, naya weyh…

Sebab apa? Ada certain cendawan yang dipanggil “magic mushroom” boleh membuatkan kita berhalusinasi bila makan ( sebabkan oleh ada kandungan psilocybin )

Bukan tu saja, malah boleh buat kita

– Cirit birit

– Muntah

Dan yang lebih parah lagi, ada setengah cendawan tu ditumbuhi kulat ( Aspergillus parasiticus, Aspergillus flavus )yang menghasilkan racun ( aflatoxin B ) yang boleh merosakkan DNA badan manusia dan merisikokan kanser

Artikel Lain: Tak Ambil Produk Suplemen, Tapi Jaga Makan. Rahsia Wanita Ini Cepat Kembali Langsing!

Published by
Siti Zurina Mat Saman