“Boleh Tengok Paras Kesihatan Melalui Warna Air Kencing.” Jaga-Jaga Warna Jernih, Kuning Pekat Tandanya Tidak Normal

Share

“Boleh tengok paras kesihatan melalui warna air kencing.” Jaga-jaga warna jernih, kuning pekat tandanya tidak normal dan perlu membuat pemeriksaan lanjut atau berjumpa doktor.

Pernah tak bila buang air kecil, anda perhatikan warna air kencing. Jangan ambil ringan tentang perkara ini, ia ada kaitan adakah warna air kencing itu normal atau tidak.

Artikel Berkaitan: Air Kencing Berbau Kuat Bila Pakai Tiub. Doktor Terangkan Komplikasi Pada Pesakit Terlantar!

Boleh Tengok Paras Kesihatan

Biasanya air kencing yang normal adalah berwarna kuning pucat. Tapi bagaimana kalau warnanya jernih atau terlalu pekat. Inilah yang diterangkan oleh Dr Rittz dalam perkongsiannya.

@ceofazli #duet with @dr.rittz Anda sihat melalui tanda air kencing #daunsanna ♬ Jiggle Jiggle – Duke & Jones & Louis Theroux

Warna air kencing yang normal adalah kuning pucat. Bila warna jernih, itu tandanya tidak normal. Keadaan ini berlaku kerana seseorang itu minum air lebih daripada yang diperlukan oleh badan.

Melalui Warna Air Kencing

Kesan minum air yang banyak ini menyebabkan fungsi buah pinggang akan terganggu kerana ia terpaksa bekerja lebih untuk menyingkirkan air lebihan dalam badan.

Akibatnya juga boleh membuatkan keracunan air dan ia dianggap sangat serius. Biasanya warna jernih ini kerana seseorang minum air yang banyak dalam jangka masa yang pendek. Contohnya, 4 liter air dalam masa 3 jam.

Jaga-Jaga Warna Jernih

Selain daripada itu, bila air terlebih dalam badan, buah pinggang terbeban dan tak dapat singkirkan melalui air kencing. Air lebihan inilah akan melarutkan mineral dalam badan.

Bila kekurangan mineral, sel dalam badan tidak dapat berfungsi dengan normal. Keadaan ini boleh mengakibatkan seseorang itu mengalami sawan, koma dan kematian.

Baca Juga Di Sini : 

Kenal Pasti Warna Air Kencing Normal Atau Tak, Rupanya Boleh Jadi Petunjuk Kesihatan

Buah Pinggang Rosak Tahap 2 & Ada Darah Dalam Air Kencing. Dr Say Ingatkan Kepentingan Buat Medical Check Up!

Kuning Pekat Tandanya Tidak Normal

Ini bermaksud seseorang itu kekurangan air dalam badan sehingga boleh menyebabkan dehidrasi. Kesannya sama seperti yang dialami oleh seseorang yang minum air berlebihan.

Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu akan dapat kesan sampingan seperti dahaga, kering, keletihan, pening. Sama seperti dengan terlebih air.

Jadi, adalah penting untuk kita monitor dengan minum air berpada-pada mengikut keperluan.

Sumber: Dr Rittz (tiktok)

 

Published by
Syazwani Mehat