Pakar Pemakanan Wanita, Puan Syaza Nutritionist menulis panjang tentang berat badan berlebihan akan menyukarkan golongan wanita untuk hamil.
“Eh tapi kawan saya badan besar berderet je anak dia?” Ini antara yang kerap ditanya oleh client saya.
Hanya wanita yang pernah TTC (trying to conceive) sahaja akan faham perasaan ni terutamanya bila disuruh oleh Dr atau kami, nutritionist dan dietitian untuk turunkan berat badan supaya mudah hamil.
Berat Badan Berlebihan
Bagi yang mempunyai berat badan berlebihan dan obesiti, sel lemak yang berlebihan boleh tukarkan hormon androstenedione kepada hormon estrone dan menjadi terlalu banyak.
Bila terlalu banyak, akan jejaskan fungsi ovari kita seterusnya ganggu proses ovulasi (penghasilan telur).
Senang cakap, nak jumpa hari subur sangatlah susah atau memang tiada langsung.
Dah la fungsi ovari terganggu, lepas itu bagi kesan buruk pada dinding rahim (endometrial lining), macam manalah nak lekat kan?
Period pun mungkin jadi tak teratur dan senggugut teruk. Kualiti telur pun akan jadi sangat terjejas, tu sebab dah buat IVF pun tak berjaya.
Belum lagi masuk bab penyakit-penyakit lain bila berat badan berlebihan ni.
“HABIS TU, ORANG LAIN YANG BADAN BESAR TU PUAN SYAZA? RAMAI JE ANAK”
Itu rezeki dia, mungkin tak jejaskan kesuburan dia, tapi beri kesan pada masalah kesihatan yg lain.
Alahhh… Dia sama macam orang cakap “Atuk saya hisap rokok elok je sampai sekarang hidup lagi.”
Itu rezeki atuk dia panjang umur.Tapi banyak fakta dan kajian menunjukkan merokok membahayakan kesihatan dan meningkatkan risiko pelbagai kanser. Begitulah.
“HABIS TU SAYA YANG BADAN KURUS NI MACAM MANA PULAK? MASIH SUKAR HAMIL DAN HORMON TAK STABIL??”
Kurus sangat atau terlampau underweight pun bagi kesan tau.
Ubah Cara Pemakanan Dan Gaya Hidup
Jadi, kena ubah cara pemakanan dan gaya hidup untuk bantu kita tingkatkan kesuburan dan hamil dengan sihat.
Bukan saya pandai-pandai cakap. Memang terbukti berdasarkan banyak kajian-kajian klinikal, dan diterbitkan dalam banyak journal kesihatan. Malah client saya sendiri pun terlalu ramai yang rasa perubahan dan berjaya.
Kuncinya ialah mula dan konsisten!
Jangan duduk saja tak buat apa dan mengharapkan supplement itu ini (yang sangat mahal harganya) sedangkan pemakanan harian kita tu yang bagi impak maksima.
Supplement tu cuma membantu tambah apa yg kurang sahaja. Makin lama anda tunggu, umur semakin meningkat. Tahap kesuburan juga mula berkurang mengikut pertambahan umur. Jadi mulakan sekarang!
Bagi yang dah mula, teruskan konsisten dan trust the process.
Kalau ada teringat dekat kawan-kawan atau sesiapa yang anda kenal, boleh share je posting ni. Semoga dapat menguraikan kekusutan yang melanda dan semoga nampak jalannya dan dipermudahkan urusannya.