Bawang putih ini ada banyak khasiatnya, salah satunya menjadi penawar untuk masalah perut buncit dan sakit tumit kaki.
Mungkin dah puas cuba pakai losyen kaki untuk rawat masalah tumit kaki merekah, kali ini anda boleh cuba guna bawang putih.
Apa yang penting, sediakan bahan-bahan yang diperlukan dulu dan kemudian boleh ikut amalan Puan Hamizah Zakaria
ini.Petua Hilangkan Masalah Perut Buncit Dan Sakit Tumit
Orang cina cukup gemarkan makan bawang putih sebab bawang putih mengandungi allisin yang bantu merawat dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dalam badan kita.
Hilangkan Masalah Tumit
Amalkan makan bawang putih seminggu 3 kali pun sudah memadai. Sama ada masak nasi bersama bawang putih atau bakar bawang putih dengan kulit sekali, makan sebelum sarapan. Boleh cincang dulu dan makan dengan jus lemon untuk lebih extreme.
Bangun pagi mesti terasa badan ringan. Siapa alami masalah sakit tumit boleh lah start amalkan.
Bawang Putih Buang Angin
Siapa amalkan makan bawang putih ni perut buncit beransur hilang. Angin dalam badan sentiasa keluar.
Rawat Masalah Sembelit
Untuk anak sembelit atau susah berak, anda boleh bakar bawang putih, rendam sekejap dengan sedikit air panas dah suam campur air rendaman dengan susu anak.
Selesema Pun Boleh Lega
Untuk leraikan selesema anak, bakar bawang putih 3 ulas dengan kulit sekali lumurkan dengan minyak zaiton atau minyak masak. Sapu di dada baby dan tapak kaki dia.
Hah, jangan kata susah nak buat pula sebab caranya sangat mudah dan cuma memerlukan bahan dapur sahaja. Jadikan amalan, inshaa Allah ada hasilnya.