Bawang Putih Bakar, Petua Lama Hilangkan Angin Dalam Badan. Mudah Je Nak Buatnya!

Share

Seperti yang kita tahu bawang putíh memang mempunyai banyak khasiatnya untuk kesihatan dan kecantikan.

Malah dikatakan juga bawang putih yang berulas kecil-kecil ini mempunyai ciri khas berkhasiat untuk menjaga tubuh dari pelbagai ancaman penyakit.

Antara khasiat bawang putih paling popular adalah dapat membuang angin dalam badan.

Angin dalam badan pastinya memberi ketidak selesaan dan perut juga akan menjadi kembung serta boleh melarat ke bahagian kepala.

Khasiat Makan Bawang Putih Bakar

Perkongsian petua ini memberitahu caranya untuk membuang angin dengan menggunakan bawang putih yang dibakar. Ambil beberapa ulas sebelum masuk tidur dan akan mengeluarkan angin ketika subuh.

Bila free ² en.suami rajin buat bom.selamat mencuba makan 3,4 ulas sebelum tidoq, sebelum subuh boleh degaq bom meletup buang angin..sangat baik untuk YG bekerja dalam aircond..

Bahan-bahan:

Bawang putih

Minyak zaitun

Cara membuat:

1. Bakar bawang putih sehingga kehitaman

2. Masukkan dalam bekas dan letak mintaj zaitun

3. Biarkan dalam botol dan makan sebelum tidur.

Tanda-tanda angin banyak dalam badan

  • Lesu/tidak bertenaga
  • Rasa kebas/lenguh
  • Tapak tangan/kaki berasa sejuk
  • Selalu menguap/mengantuk
  • Sukar bernafas
  • Kulit kering
  • Kejang otot waktu tidur/jaga
  • Perut berangin
  • Sakit kepala/migraine
  • Mudah mara
  • Hilang selera makan
  • Hilang/kurang nafsu seks
  • Rimas/badan tidak selera

Sumber: Asmie Mansor

IKLAN