Bagi menjamin kesihatan tubuh badan dan mengelak dari terkena jangkitan kuman atau virus berbahaya, kita perlu memastikan sistem imun badan sentiasa kuat dalam melawan pelbagai jangkitan penyakit.
Caranya adalah melalui penjagaan pemakanan yang betul dapat membantu dan menyokong serta menguatkan ketahanan badan seseorang.
Justeru pengambilan makanan yang sesuai sangat penting dalam membina ketahanan badan melawan virus merbahaya.
Perkongsian Kedua Reumatologi Dari Pusat Pakat UM (UMSC), Profesor Dr. Sargunan Sockalingam, memberitahu bahawa sistem imun badan manusia merangkumi rangkaian sel, tisu dan organ yang rumit yang bergabung mempertahankan tubuh kita daripada ancaman ‘penceroboh asing yang bahaya’, seperti kuman, bakteria dan virus.
Beliau menjelaskan bahawa dengan adanya sistem imun yang sihat, ia boleh bertindak sebagai penghalang yang mencegah pencerobohan penyakit yang memudaratkan kesihatan.
Ads
“Setiap bahagian badan anda, termasuklah sistem imun anda, berfungsi dengan lebih baik apabila ia terlindung daripada ancaman penceroboh asing dan diperkuatkan dengan gaya hidup yang sihat.
“Contohnya, gaya pemakanan yang sihat. Apabila kita jatuh sakit, kita sering mengambil makanan yang dikatakan dapat meningkatkan imuniti atau mempunyai ciri untuk menyembuhkan badan.”
“Apabila anda demam atau selsema, anda akan minum buah sitrus, sup ayam, atau teh yang dicampur dengan madu dan lemon; untuk menguatkan kesihatan usus, anda mengambil makanan prebiotik seperti bawang putih, atau makanan probiotik seperti yogurt; anda akan mengambil kunyit dan kurkumin sebagai rawatan anti-radang; dan mengambil madu Manuka yang membantu melegakan sakit tekak atau penyembuhan luka.
Ads
“Kita perlu memahami bagaimana setiap jenis makanan semula jadi dapat membantu anda dalam menguatkan sistem imun dan kesejahteraan badan, di samping mempelajari jenis pemakanan yang sesuai untuk tujuan kesihatan umum atau rawatan yang tertentu,” katanya ketika ditemui dalam majlis anjuran Comvita, pengeluar Madu Manuka No. 1 New Zealand yang mempunyai hampir lima dekad pengalaman profesional dalam penternakan lebah, membuka kedai pertamanya di Malaysia yang bertapak di Pavilion Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Madu Manuka dihasilkan dengan bantuan lebah yang mendebungakan bunga Manuka yang berasal dari New Zealand, di mana tempoh mekar hanya sepanjang dua hingga enam minggu setiap tahun.
Ads
Dengan mengandungi lebih daripada 2,000 sebatian semula jadi yang berbeza, madu Manuka mempunyai ciri bioaktif yang unik serta sifat anti-bakteria, anti-radang, antioksidan, dan modulasi imun.
Ciri-ciri ini bukan sahaja menyokong kesihatan badan dari segi pencernaan, malah juga mengekalkan kesihatan sistem imuniti dan penjagaan kulit.
Bagi mereka yang menghidap darah tinggi, sangat digalakkan mengambil pemakanan sihat bagi menurunkan bacaan darah untuk kekal tetap dan selamat.
Jika dilihat melalui pola pemakanan menyarankan agar pesakit makan lebih banyak sayur, buah-buahan, protein rendah lemak serta pengambilan makanan dengan kandungan magnesium, kalium dan kalsium yang tinggi.
Semua sayur-sayuran secara umumnya kaya serta dan boleh membantu menguruskan kadar tekanan darah agar tetap stabil.
Berikut adalah beberapa jenis sayur yang mampu menurunkan bacaan darah tinggi.
1. Brokoli
Brokolo termasuk dalam kategori makanan yang selamat dimakan oleh penderita darah tinggi. Sayuran ini kaya dengan kandungan kalsiumm, kalium, magnesium dan vitamin C yang mampu menjadi penurun bacaan darah tinggi.
Bagi mendapatkan manfaat maksimum brokoli, biarkan ia selama 40 minit selepas dipotong dan dibersihkan. Tujuannya bagi mengeluarkan enzim yang melawan keradangan. Selepas itu barulah ia dimasak sama ada dengan menumis, merebus atau dijadikan ulam.
2. Capsicum
Capsicum atau paprika merah tidak hanya pedas tetapi ia mengandungi kalium, vitamin A dan vitamin C. Ia juga mudah dimasak sama ada dipanggang atau ditumis dengan minyak zaitun.
3. Lobak merah
Lobak merah mengandungi senyawa felonik tinggi seperti klorogenik, p-coumaric dan asid caffeic. Ia membantu mengendurkan pembuluh darah, mengurangkan keradangan dan membantu menurunkan kadar darah tinggi.
Penghidap hipertensi disarankan untuk makan lobak merah secara mentah bagi mendapatkan khasiatnya.
4. Saderi
Kandungan phthalides dalam saderi membuatkan sayuran ini kaya dengan serat yang mampu menurunkan kadar darah tinggi pesakit.
Seperti lobak merah, ia juga mampu mengendurkan pembuluh darah sekaligus menurunkan tekanan darah tinggi.
Tidak seperti lobak merah, saderi sebaik-baiknya dimasak dalam memastikan manfaatnya dapat memberi kesan kepada pesakit.
5. Bayam
Bayam kaya dengan nitrat, kalium, kalsium dan magnesium. Dalam satu kajian, rutin makan bayam selama tujuh hari dapat mengawal darah tinggi. Ia juga baik untuk mencegah arteri daripada tersumbat dan meningkatkan kerja jantung.
Jika anda nak hilangkan kesan parut jerawat, paling penting elakkan menggaru wajah. Terlalu kerap menyentuh muka juga menyebabkan bakteria berjangkit. Terutama untuk golongan yang mempunyai masalah jerawat.
Jangan gatal tangan memicit jerawat, ini bukan sahaja menyebabkan semakin teruk malah meninggalkan parut pada wajah. Elakkan juga perbuatan menggaru wajah.
Menjadi igauan juga apabila seseorang itu mempunyai parut bekas jerawat. Malah bekas jerawat yang dalam juga amat mempengaruhi kecantikan wajah dan keterampilan seseorang baik wanita mahupun lelaki. Ia menjadi salah satu permasalahan kulit yang dihadapi ramai orang.
Ini Tip Bantu Hilangkan Kesan Parut Jerawat
Hampir kebanyakan orang menganggap bekas jerawat yang dalam sebagai masalah yang sangat menjengkelkan. Masalah ini tidak hanya mengganggu, bahkan boleh mengurangkan keyakinan diri apabila berdepan orang lain.
Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif.
1. Guna kulit kayu manis dan bedak sejuk
Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air.
Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita.
2. Guna lidah buaya (aloe vera)
Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya lendirnya keluar. Sapukan lendir daun lidah buaya pada parut. Lakukan tiga kali dalam seminggu. InsyaAllah, parut akan hilang.
3. Guna timun
Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
Namun kalau anda tak berapa suka guna petua orang lama, mungkin anda boleh sapu produk yang sedia ada dijual sahaja. Ini salah satu, cari kandungan yang mengandungi ARBUTIN.
Ramai juga yang kongsi kesannya, memang hilang dan di kedai hijau pun selalu habis. Jadi, mungkin anda pun boleh cuba sapu setiap malam. Yang best bukan hanya parut hilang tetapi cerahkan wajah juga!
Pelakon cantik Bollywood Kareena Kapoor mendedahkan amalan tip cantik yang diamalkan secara turun menurun. Jadi tak pelik melihat wajahnya yang glowing walau usianya telah mencecah 40-an.
Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, Kareena Kapoor lebih suka akan bahan semula jadi dan salah satunya adalah minyak badam.
Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya
Selain itu, ketika sesi temuramah bersama wartawan dari Vogue India, Kareena mengakui dia sering memakai mask yang dibuat sendiri dengan campuran minyak badam dan yogurt.
Menurutnya lagi, cara ini sangat berkesan untuk melembapkan kulit wajah secara semulajadi.
“Kombinasi minyak badam dan yogurt sangat baik untuk wajah anda terutama jika anda mempunyai jenis kulit kering. Hanya sapukan ke muka dan biar selama 30 minit.” Kata Kareena Kapoor.
Ini Amalan Tradisi Keluarga
Ternyata rawatan yang menggunakan bahan semulajadi ini telah menjadi tradisi keluarga mereka. Kareena telah menjalani rutin kecantikan ini selama bertahun-tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Seorang ahli dermatologi dari India iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta, yang juga pengasas klinik kecantikan ISACC LUXE juga mengesahkan bahawa minyak badam sememangnya sangat baik untuk semua jenis kulit wajah terutama kulit kering.
“Minyak badam terkenal dengan sifat yang ringan dan hypoallergenic dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Minyak badam juga bukan komedogenik, jadi mustahil untuk menyumbat liang pori pada kulit wajah.” Kata Dr.Geetika Mittal Gupta.
Minyak Badam Bagus Untuk Kulit Kering
Minyak badam terkenal sebagai pelembap kerana sifat anti-radang yang sangat efektif dan sangat sesuai untuk kulit kering.
Malah minyak badam juga mempunyai kandungan vitamin E yang berguna untuk mengurangkan bintik-bintik gelap di bawah lingkaran mata dan dapat menajdikan kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Anda yang mempunyai kulit kering boleh lah mencuba petua daripada Kareena Kapoor untuk penjagaan harian kulit wajah dengan cara yang lebih semulajadi. Yang penting selamat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!