Amalkan Minum Jus Halia Bersama Madu, Elok Untuk Kesihatan Terutama Turunkan Berat Badan

Share

Bentuk halia  agak unik kerana bercabang. Ada yang kecil dan besar.  Halia juga boleh dibuat jus tetapi lebih sedap jika dicuba bersama madu.

Tumbuhan herba ini juga dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan. Sangat sesuai diamalkan untuk rutin harian.

Untuk membuat jus ini, perlu digandingkan dengan beberapa bahan lain yang juga  mengandungi banyak khasiat seperti lemon dan madu.

Tiga bahan ini sahaja terbukti sudah mampu untuk membuat jus yang berkhasiat.

Antara khasiatnya adalah boleh keluarkan angin dalam badan, rendahkan paras kolesterol, turunkan berat badan dan sebagainya.

Jus ini sangat sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira jantina lelaki atau perempuan.

Bahan-bahan:
3 biji lemon
6 inci halia
3 cawan air
3 cawan madu

Cara-cara membuatnya;
1. Potong lemon dan halia.
2. Rebus dalam periuk bersama tiga cawan air (750 ml).
3. Rebus hingga air tinggal separuh. Sejukkan, kisar dan campur tiga cawan madu (lebih kurang 250ml). Ikut cita rasa masing-masing.
4. Boleh juga dimasukkan ke dalam dan simpan dalam peti sejuk.

Boleh amalkan minum satu sudu pagi dan malam sebelum tidur. Jika mahu lebih manis, tambah madu lagi ikut cita rasa masing-masing.

Sumber: Fandy Mieyza

Artikel Berkaitan:

Disifatkan Warna Suci & Bersih, Ini Antara Selebriti Cantik Gayakan Busana Putih Di Majlis Neelofa

Berjaya Turun 21 Kg Tanpa Produk, Wanita Ini Hanya Guna Kaedah Diet Suku-Suku Separuh

Berjaya Turun 21 Kg Tanpa Produk, Wanita Ini Hanya Guna Kaedah Diet Suku-Suku Separuh

Published by
Siti Zurina Mat Saman