Bila dah bertahun guna, almari pakaian akan ada masalah timbul kulat pada bahagian dinding. Malah pakaian juga berbau kurang best bila simpan belum kering sepenuhnya.
Ini berpunca daripaa peredaran udara yang kurang memuaskan dalam almari menyebabkan keadaan di dalamnya lembap.
Nak hilangkan masalah bau, kulat dan tahi lalat pada baju, anda boleh ikut tip yang dikongsi oleh Bezzera
untuk membuat sendiri penyegar udara atau air freshner anti kulat dan juga pewangi.1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup. Kemudian buat lubang pada penutup (boleh cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang ini.) Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.
2. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.
3. Seterusnya tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.
4. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan pes. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.
5.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai.
Ia boleh jadi bahan anti kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.
Nanti jangan lupa cuba tau! Almari bebas kulat dan baju akan berbau wangi, itu bonus!
Sumber: Bezzera