Nak cantik dan putih gebu, masih ramai kaum wanita cenderung terpengaruh membeli produk yang kononnya mampu memberikan kesan positif dalam jangka masa yang singkat.
Dan akhirnya, ada yang terkejut dengan hasilnya membuatkan rupa paras berubah jadi gelap dan mungkin kemerahan disebabkan mengandungi bahan terlarang.
Konon Nak Cantik Dan Putih
Begitulah yang dilalui oleh seorang wanita yang menggunakan akaun TikTok @nurnnyas, dia berkongsi kesan yang ditanggung ketika ini akibat pemakaian produk yang mengandungi merkuri.
Jelas wanita berkenaan, kulit wajahnya berubah menjadi kehitam-hitaman seperti kesan terbakar selepas setahun menggunakan krim produk berkenaan.
“Saya fikir pada mulanya kerana sinaran matahari sebab saya bekerja di lapangan (luar). Tapi lama-lama pun kesannya tidak hilang. Akhirnya saya memutuskan untuk berhenti.
Ads
“Tapi bila berhenti, makin teruk. Saya kebingungan dan ambil langkah untuk biarkan saja. Tiga tahun kebelakangan ini, kesannya memburuk,” katanya menerusi video berkenaan.
Wanita tersebut berkata, dia kemudian mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan di klinik kulit.
“Seorang doktor mendiagnosis kulit saya dan menurutnya selain kerana kesan merkuri, masalah tersebut juga berpunca akibat kesan terkena sinaran matahari secara terus ke kulit,” katanya lagi.
Masih di dalam tempoh rawatan, wanita berkenaan berkata perkongsian yang dibuat di TikTok bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya menggunakan produk wajah terutama yang mengandungi bahan seperti merkuri.
Ads
Kenal Pasti Produk Ada Merkuri
Jadi macam mana caranya untuk mengenal pasti sama ada sesuatu produk mengandungi merkuri?
Menerusi portal Hellodoktor ini beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan produk tersebut selamat dan tidak mengandungi merkuri:
Ads
1) Cuba sapukan krim tersebut pada tangan dan gosokkan barang kemas yang diperbuat daripada emas. Jika krim tersebut bertukar warna kepada kelabu atau kehitam-hitaman, ia mengandungi merkuri.
2) Periksa label di belakang produk. Jika ada perkataan mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio atau mercury, anda perlu berhenti menggunakan produk tersebut secepat mungkin.
3) Krim yang mengandungi merkuri mempunyai bau yang kuat dan menusuk hidung.
Ibu yang mengandung dinasihatkan untuk mengelakkan pengambilan produk yang mengandungi merkuri.
Kesannya bukan sahaja akan menimpa si ibu, malah juga boleh membawa masalah kepada bayi dalam kandungan.
Selepas ini, anda wajib memeriksa jenama produk yang mengandungi merkuri melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak sangka, rupanya hampas kelapa pun membantu untuk lembapkan kulit wajah yang kering. Ini cukup jimat dan selamat bagi anda yang mempunyai kulit wajah yang sensitif.
Apa yang bagus, hampas kelapa boleh menghaluskan, melembapkan, mencerahkan dan menanggalkan kulit mati.
Nak tahu macam mana nak buat, jom ikuti petua di bawah ini jadikan skrub untuk muka dan seluruh badan.
Bahan bahannya:
7 sudu besar hampas kelapa
Sedikit kunyit hidup @ serbuk kunyit
2 sudu besar gula biasa atau gula perang
1 sudu besar garam halus
2 sudu tepung beras
Kisar kesemua bahan dengan pengisar kering.
Daah siap!
Cara guna:
1. Campur air biasa atau air mawar, kacau sebati dan skrub muka atau badan.
2. Kalau mahu kesan lebih elok, boleh perah sedikit air limau kasturi atau lemon dan scrublah di badan dan muka.
3. Amalkan seminggu 2-3 kali.
Lebihan scrub boleh simpan dalam peti. Boleh tahan dekat 2 minggu kalau tidak dicampur air.
Selamat mencuba. In Sha Allah. Akan nampak perubahan ketara.
Tak Kisah Makan 2 Sudu Nasi. Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing & Awet Muda Cecah Usia 50 Tahun! Personaliti ini sangat popular ketika zaman era 90an bersama teman seangkatan seperti Shiera Ijoy, Emylia Rosnaida dan beberapa lagi artis lagi.
Nama Azah Aziz mula dikenali apabila menceburi bidang peragawati sebelum terbabit dalam dunia lakonan.
Walaupun begitu selepas berkahwin dia mengikut suaminya, Daud Leroy Abdullah menetap di luar negara dan kini menetap di Montreal Kanada.
Biarpun kini usianya sudah mencecah 50 tahun, namun ibu kepada 3 anak lelaki ini kelihatan cantik dan awet muda seperti diawal usia 30an.
Dia antara selebriti yang dikenali sentiasa happy go lucky, suka positif dan sentiasa tersenyum. Azah juga antara selebriti cantik yang memiliki wajak unik dan personaliti menarik.
Malah raut wajah Finalis Dewi Remaja 1997/98 ini walaupun sudah setengah abad tetapi masih sama seperti dulu tanpa perlu melakukan apa-apa suntikan atau pembedahan, botox dan sebagainya.
Jika dia berkongsikan gambar bersama 3 anak lelakinya, ramai mengatakan Azah kelihatan seperti seorang kakak kepada mereka semua.
Dalam perkongsian di laman Instagram rupanya Azah mempunyai petua tersendiri untuk terampil cantik dan menawan dan sentiasa kelihatan awet muda.
Rahsia Azah Aziz Kekal Langsing
1. Makanan Sihat
Jika dilihat dalam akauan Instagramnya, Azah dilihat sangat menggemari makanan sihat dan berkongsi menu harian yang diambil dalam rutin harian. Semuanya menyihatkan dan pengambilan diet bersesuaian.
Walaupun memilik 4 orang anak, tetapi bentuk tubuh badannya kekal langsing dan dia masih tetap melakukan senaman untuk kekal fit, antaranya dengan menyertai aktiviti larian dan berjoging. Dia mengambil masa setengah jam untuk aktiviti lariannya walau dalam cuaca mendung berawan.
Azah juga berjaya mengurangkan berat badannya dari 63KG kepada 48KG hanya dalam masa lima bulan. Nampaknya usaha keras bekas model ini memang berbaloi. Kata Azah untuk menurunkan berat badannya, dia hanya makan dengan kuantiti yang sedikit.
Nasi tetap ada tetapi hanya ambil dua sudu dan lebihkan protein dan kurangkan karbo. Dia juga mengambil air kosong secukupnya dan potong terus gula. Hanya diet seimbang tanpa pengambilan produk Azah akhirnya berjaya mendapat kembali berat diidamkan.
Walaupun jauh dari keluarga, dilihat kehidupan Azah cukup bahagia dan gembira berada bersama keluarga tersayang. Sentiasa bersikap positif tanpa sebarang aura negatif menjadikan diri Azah sentiasa ceria dalam menjalani rutin harian sebagai isteri dan ibu kepada keluarganya.
Menjadi satu kejayaan apabila seseorang itu berjaya melepasi perjalanan sukar dalam misi menurunkan berat badan.
Memulakan perjalanan diet sekitar September tahun lalu setelah melihat kejayaan teman baiknya menjadikan dirinya turun bersemangat untuk mencapai berat ideal.
Perkongsian Deeja Aisyana yang berjaya mengurangkan sebanyak 4 kg pada bulan pertama tanpa senaman, sebaliknya mengira sendiri kalori diambi menjadi penguat semangat untuk meneruskan misi diet.
Siapa sangka hampir 10 bulan, dia akhirnya berjaya menghilangkan 18 kg daripada berat asal sebelum itu 88 kg.
Ikuti perkongsiannya yang hanya mengamalkan diet suku-suku separuh dan workout tanpa henti.
Assalamualaikum..terima kasih admin..approve post saya..saya tak pernah kongsi apa-apa gambar pun..cuma pernah tanya soalan-soalan saja.. Saya nak share progress tentang diri saya yang saya sendiri tak sangka boleh capai sampai tahap ini..dlm keadaan yang sangat santai..
Saya mula dsss ini stat Sept 2020 lepas tengok kejayaan kawan baik saya Ummu Najahyang berjaya dapat berat ideal sejak amalkan dsss ini..hari-hari tengok dia update menu dia makan, dan senaman dia buat (run dan jogging)..lama-lama terinspirasi la nak cuba..
Bulan pertama saya cuba, saya lost 4kg (tanpa senaman berat 88kg)..saya belajar kira kalori sendiri, saya banyak membaca dari post-post coach dan member dalam ini..banyak tengok youtube tentang diet dann ilmu-ilmu diet macam mana cara bakar kalori lebih ketika senaman.
Then terus bersemangat sampai skang. Progress dari ikut dsss dan workout dari umah(hiit workout chloe ting stat masa berat 80kg) dann pergi gym hari ahad je ikut husband (yang nak naikkan berat badan) memang cepat dan berkesan.
Sampai skang ini dah Jun 2021, saya masih teruskan lagi dsss dan workout chloe ting 3kali seminggu..total lost 18kg dah..berat sekarang 70kg..saya target dari awal-awal diet itu nak turun sampai 65kg..dah last-last ini agak slow, tapi saya tak pernah give up sebab saya seronok dengan diri saya sekarang..
InshaAllah saya akan teruskan dsss ini sampai bila-bila sebab ini adalah cara pemakanan saya sekarang.. Alhamdulillah, Saya dapat sokongan penuh dari husband saya yang nak naikkan berat badan (dari 58kg now 70kg), saya pulak nak turunkan berat badan.
Sama-sama workout kat umah, workout kat gym, sama-sama jaga makan, sama-sama minum protein, yang paling penting sama-sama saling mengingatkan..
Yang paling best husband dah boleh angkat saya. Pagi tadi dia cakap nak buat squat sambil angkat saya kat belakang..saya yang seram pulak pikir keadaan itu nanti..