Perasan atau tidak ladang-kadang mereka yang berbadan kurus tetapi mengalami masalah perut buncit.
Masalah perut buncit ini berpunca dari terkumpulnya lemak di bahagian berkenaan dan agak sukar untuk memecahkan lemak dalam masa singkat.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu bagaimana caranya untuk mengurangkan lemak dalam badan terutama di bahagian perut.
Cara Kurangkan Lemak Di Bahagian Perut
Ok hari ni saya akan share dengan anda semua macam mana cara nak kurangkan lemak dalam badan ni terutamanya bahagian perut ni.
Perut yang buncit bukan tanda Bahagia ye tapi boleh jadi faktor risiko masalah kesihatan terutamanya jantung dan kencing manis.
Macam mana kita nak tahu kita ada lemak visceral yang tinggi?? Mudah sahaja, jika ukur lilit pinggang anda lebih dari 35 inci (90cm) untuk lelaki dan lebih 32 inci (80 cm) untuk perempuan, itu telah menunjukkan bahawa anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan.
Jadi ini 6 perkara yang terbukti menurut kajian yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak visceral:
Ads
1. Elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman anda. – kajian menunjukkan, penambahan gula yang berlebihan boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian abdomen dan hati. Ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan.
2. Tingkatkan pengambilan protein – Protein yang mencukupi merupakan faktor utama dalam proses penurunan berat badan. Kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan “craving” sehingga 60%, membantu menggalakkan kadar metabolism sebanyak 80-100 kalori sehari serta membantu anda untuk kurangkan pengambilan makanan yang lain hampir 441 kalori setiap hari.
3. Kurang pengambilan karbohidrat – pengambilan karbohidrat yang sikit merupakan carayang sangat efektif dalam mengurangkan lemak, terutamanya karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, kek, dan lain-lain. Cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut malah dapat improve masalah kencing manis.
Ads
4. Tingkatkan pengambilan serat – kajian mendapati pengambilan serat yang banyak boleh membantu mengurangkan pembentukan perut buncit, membantu kenyang lebih lama dan mengurangkan “craving”.
5. Senaman secara berkala – senaman adalah merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Senaman kardio seperti berjalan, jogging dan swimming sangat membantu.
6. Track pengambilan makanan – tracking makanan ini bukanlah semata-mata perlu menimbang atau mengukur semua yang anda makan, tetapi tracking ini boleh membantu memastikan makanan yang anda ambil bukan under dan over- estimate.
Ads
Jadi tidak mustahil sebenarnya untuk kita kurangkan pembentukan perut buncit ni dengan lakukan perkara yang saya nyatakan tadi.
Bila umur semakin meningkat, anda kena cari tip macam mana nak lambatkan proses kedut di wajah. Bukan nak cantik untuk orang lain tetapi lebih kepada kepuasan diri sendiri.
Baru-baru ini, tular satu tip menggunakan bahan sedia ada di rumah dikongsikan oleh Puan Zuriaty Musa untuk melambatkan proses penuaan. Jom semak, bahannya!
4 Bahan Lambatkan Proses Kedut
Katanya, empat ramuan digunakan ini cukup untuk menjadikan seseorang yang mengamalkan secara konsisten kelihatan lebih muda remaja.
Jeli petroleum perlu dimasukkan ke dalam ramuan diajar Zuriaty ajarkan.
Bahan-bahan
1. Jeli petroleum
2. Jus lemon
3. Serbuk kunyit
4. Minyak kelapa
Campurkan semua bahan ke dalam satu bekas dan kacau sebati sebelum disapu pada kulit yang berkedut.
Menurut wanita yang sering berkongsi tip di TikTok, lebih baik sekiranya bahan yang dihasilkan itu dipakai pada waktu malam.
Katanya, kedutan pada kulit boleh berkurangan dan melambatkan proses penuaan sekiranya diamalkan setiap hari.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon cantik Bollywood Kareena Kapoor mendedahkan amalan tip cantik yang diamalkan secara turun menurun. Jadi tak pelik melihat wajahnya yang glowing walau usianya telah mencecah 40-an.
Untuk menjaga kecantikan dan kesihatan kulit, Kareena Kapoor lebih suka akan bahan semula jadi dan salah satunya adalah minyak badam.
Sapu Minyak Badam Dan Yogurt, Ini Cara Kareena Kapoor Jaga Kulitnya
Selain itu, ketika sesi temuramah bersama wartawan dari Vogue India, Kareena mengakui dia sering memakai mask yang dibuat sendiri dengan campuran minyak badam dan yogurt.
Menurutnya lagi, cara ini sangat berkesan untuk melembapkan kulit wajah secara semulajadi.
“Kombinasi minyak badam dan yogurt sangat baik untuk wajah anda terutama jika anda mempunyai jenis kulit kering. Hanya sapukan ke muka dan biar selama 30 minit.” Kata Kareena Kapoor.
Ini Amalan Tradisi Keluarga
Ternyata rawatan yang menggunakan bahan semulajadi ini telah menjadi tradisi keluarga mereka. Kareena telah menjalani rutin kecantikan ini selama bertahun-tahun dan sangat berpuas hati dengan hasilnya.
Seorang ahli dermatologi dari India iaitu Dr. Geetika Mittal Gupta, yang juga pengasas klinik kecantikan ISACC LUXE juga mengesahkan bahawa minyak badam sememangnya sangat baik untuk semua jenis kulit wajah terutama kulit kering.
“Minyak badam terkenal dengan sifat yang ringan dan hypoallergenic dan ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit bayi. Minyak badam juga bukan komedogenik, jadi mustahil untuk menyumbat liang pori pada kulit wajah.” Kata Dr.Geetika Mittal Gupta.
Minyak Badam Bagus Untuk Kulit Kering
Minyak badam terkenal sebagai pelembap kerana sifat anti-radang yang sangat efektif dan sangat sesuai untuk kulit kering.
Malah minyak badam juga mempunyai kandungan vitamin E yang berguna untuk mengurangkan bintik-bintik gelap di bawah lingkaran mata dan dapat menajdikan kulit kelihatan lebih cerah dan segar.
Anda yang mempunyai kulit kering boleh lah mencuba petua daripada Kareena Kapoor untuk penjagaan harian kulit wajah dengan cara yang lebih semulajadi. Yang penting selamat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jangan dibiar tumit merekah tanpa sebarang krim atau usaha untuk hilangkan, nanti makin teruk dan boleh buat anda rasa kurang yakin nak buka kasut depan orang ramai.
Ketika memakai kasut, masalah ini mungkin tidak begitu serius tetapi rasa tidak selesa akan timbul apabila kasut atau stoking dibuka.
Hilangkan Tumit Merekah
Rekahan di tumit berpunca daripada kulit kering dan menebal yang dikenali sebagai ‘callouse’.
Sewaktu anda berjalan, lapisan lemak di bawah tumit akan mengembang dan menyebabkan masalah menjadi bertambah serius.
Faktor-faktor lain yang menjadi punca rekahan termasuklah sering berdiri terlalu lama, berjalan tanpa alas atau kasut dan penggunaan sabun yang mengeringkan kulit.
Buat Losyen Sendiri
Rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan losyen badan atau pelembab yang dikhususkan untuk kawasan tumit.
Bagi mereka yang kurang percaya dengan produk dijual di pasaran, anda boleh membuat sendiri ‘losyen’ di rumah.
Dikongsikan oleh Zuriaty_Musa di TikTok, wanita ini mencampurkan tiga bahan mudah diperolehi iaitu gel aloe vera, vitamin E dan minyak zaitun di dalam bekas.
Bahan tersebut perlu dikacau sebati, sererusnya disapu setiap hari terutama pada waktu malam secara konsisten bagi menghilangkan rekahan pada tumit kaki.
Bantu Lembapkan Kulit
Menurut Zuriaty, kandungan trigliserida dalam minyak zaitun dapat memberikan kelembapan lebih lama pada kulit.
Selain itu, kandungan vitamin A dan E dalam lidah buaya juga bersifat antioksida dan anti inflamasi boleh membantu merawat masalah ini.
Hah, kalau rajin buat secara konsisten, hilanglah masalah tumit merekah. Jangan lupa cuba, ya!