Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita tahu, kegunaan jeli petroleum atau yang paling popular jenama Vaseline untuk menjaga bibir agar sentiasa lembap.
Vaseline adalah satu jenama produk berasaskan jeli petroleum yang sering dibeli pelanggan di drugstore berhampiran.
Ia adalah jenama jeli petroleum yang popular yang dihasilkan daripada campuran mineral dan lilin lebah.
Vaseline telah digunakan selama lebih dari 140 tahun sebagai sapuan serbaguna untuk meredakan luka, luka bakar dan kulit merekah.
Tetapi sebenarnya bukan itu saja kegunaan Vaselin tetapi banyak lagi manfaatnya untuk kesihatan dan kecantikan.
Pemakaian selipar di bawah matahari dan pasir dapat menjadikan kulit di kaki anda menjadi kering dan mengelupas.
Sapukan Vaseline pada kaki sebelum tidur dan pakai stokin. Keesokannya korang akan mendapati kulit tumit semakin lembut.
Agak mustahil jika mencabut bulu mata palsu tanpa keuguran bulu mata asli. Korang boleh cuba dengan gosokkan sedikit Vaseline pada garis bulu mata palsu agar lebih mudah ditanggalkan tanpa merosakkan yang asli.
Oleskan kuku dengan Vaseline sebelum menyapu cat kuku untuk mengelakkan sapuan merebak di luar kuku.
Jika rajin sapukan Vaseline pada bulu mata, korang boleh mendapatkan bulu mata yang lebat.
Mesti korang pernah alami lubang tindik telinga tertutup atau sukar memakai anting-anting. Jangan risau!
Gosokkan Vaseline pada lubang tindik supaya proses memakai anting-anting tidak menyakitkan. Malah masa berdandan juga lebih pantas.
Sekiranya rambut korang kering, gosokkan sedikit Vaseline pada hujung rambut. Ini boleh mengelakkan rambut bercabang menjadi lebih teruk dan rosak.
Sekiranya korang mewarnakan rambut, ia akan terkena pada dahi dan telinga. Untuk mengelakkan pewarna meresap pada kulit, sapukan Vaseline pada anak rambut terlebih dahulu sebelum proses mewarnakan rambut dilakukan.
Kening yang tidak tumbuh teratur atau terlalu lebat sukar dikemaskan. Korang boleh sapukan Vaseline pada kening korang sebelum memberusnya. Ia akan kelihatan lebih teratur dan kemas sepanjang hari.
Sapukan Vaseline pada pergelangan tangan dan belakang telinga sebelum menyembur minyak wangi. Langkah ini akan membuatkan minyak wangi korang tahan lebih lama.
Kesan kotoran solekan pada fabrik adakalanya sukar untuk ditanggalkan. Apa kata gunakan Vaseline dengan menyapunya pada kesan kotoran tersebut. Kemudian lap ia dengan kain lembap dan cucilah seperti biasa.
Pernah atau tidak sebagai wanita anda membayangkan tiba-tiba satu hari akan kehilangan rahim disebabkan beberapa masalah kesihatan.
Nampak menakutkan tetapi sebenarnya jika anda menghidap penyakit antaranya seperti kanser, pembuangan rahim memang digalakkan bagi membantu menjalani kehidupan lebih sihat.
Perkongsian Dr Chu Peng Teng, Pakar Obstetrik & Ginekologi dari Mahkota Medical Centre menerangkan lebih lanjut tentang proses pembuangan rahim dan kesannya lepas pembedahan.
Menurutnya prosedur ini akan dijalankan jika seseorang wanita itu mengalami masalah seperti ada fibroid, endometriosis ataupun sebab adanya kanser.
“Histerektomi merupakan procedure pembedahan di mana organ atau rahim wanita dikeluarkan dari badan.
“Antara sebab-sebab yang mewajibkan kepada prosedur ini adalah sebab kanser atau masalah bukan kanser.
“Antara masalah kanser berkenaan seperti servis, kanser ovari, kanser rahim, dan antara sebab bukan kanser seperti masalah disebabkan haid berlebihan, endometriosis ataupun mempunyai ketumbuhan besar sebabkan sakit dan ketidak selesaan seperti fibroid,” katanya katanya yang memberitahu ada kebaikan dan keburukan selepas menjalani prosedur Histerektomi.
“Ada kebaikan prosedur ini seperti membuang penyakit secara menyeluruh, di mana contoh pendarahan haid tidak boleh dikawal, atau penyakit kanser ketumbuhan boleh dikeluarkan secara menyeluruh.
“Dan selepas itu sekiranya penyakit adalah dari peringkat awal, tidak perlukan rawatan susulan.
“Keburukannya tiada kaitan dengan prosedur boleh menyebabkan hubungan kelamin merosot. Tetapi lepas pembedahan ada juga banyak pasangan alami perubahan baik dalam hubungan kelamin.
“Ini kerana penyakityang menganggu wanita itu tiada dalam badan dan memberi hubungan kelamin lebih baik.
“Biasanya dalam jangka masa satu atau dua tahun selepas pembedahan buang rahim dijalankan,” jelasnya yang turut berkata ada tempoh tertentu untuk pulih selepas itu.
“Tempoh pulih ini berbeza. Jika dilakukan kaedah minima pesakit akan cepat turun dari katil dalam jangka masa satu atau dua hari.
“Tetapi lain halnya jika prosedur dilakukan secara terbuka, tempoh sembuh selalunya dalam tujuh hari.
“Dan selepas pembedahan secara minima juga wanita itu akan rasa kurang sakit dan kurang makan ubat tahan sakit. yakin menjaga diri dan luka tersebut,” tambah Dr Chua yang berkata luka juga bergantung pada tahap serius mana pembedahan berkenaan.
“Jika pemebedahan minima, selalunya luka sepanjang 1-2 cm sahaja, tetapi jika secara open pesakit perlu buka jahitan selepas pembedahan.
“Malah pesakit itu juga perlu rehat sehingga 6 minggu untuk luka dalam perut itu betul-betul kembali pulih sepenuhnya.
“Manakala penjagaan makanan pula kenalah seimbang. Pengambilan protein, fiber, masakan kukus juga perlu untuk memastikan tahap kesihatan kembali pulih seperti sediaka kala,” terangnya lagi sebelum mengakhiri perbualan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.