Cantik kulitnya, rupanya wanita ini rajin amalkan masker nasi campur tomato dan kentang untuk hilangkan jerawat dan parut pada wajahnya.
Haaa… jom ketahui macam mana nak elakkan jerawat naik selepas anda buang blackhead dan whitehead ikut cara Puan Arsha Armalie ini.
Mula-muka anda kena cuci muka dengan air suam untuk bersihkan sisa kotorna yang melekat dekat kulit muka.
Kemudian jangan guna tuala atau kain kalau tak nak jerawat mengundang, guna tisu lebih baik.
Boleh pakai skrub kejap kalau ada dan terus pakai pencuci muka pilihan anda.
Terus sambung buat masker, ambil sedikit nasi, letak ketulan ubi kentang yang sudah dipotong dan sebelah tomato, terus kisar sampai lumat.
Letak dalam bekas, letak sedikit tepung beras dan kacau. Anda ambil sedikit lemon dan perah dalam bahan masker tadi.
Siap dan boleh lumur pada wajah anda dalam 10-15 minit. Boleh cuci dengan air suam sebab masker nasi tadi akan mengeras dan melekat pada wajah.
Selepas itu anda boleh cuci dan ambil seketul ais untuk digosok pada wajah anda.
Jika ada toner boleh tepuk-tepuk pada wajah anda. Dan last sekali boleh pakai serum yang ada untuk kesan yang lebih baik.
Senang, bukan? Nanti cuba buat ya. Sebaiknya sesekali kulit kena dimanja begini, barulah sihat tanpa cela!