Kecantikan

Wanita Ini DIY Masker Avokado, Kulitnya Cantik Tanpa Masalah Tiny Bump

Share

Kalau rajin, boleh DIY masker avokado di rumah, memang sesuai untuk anda yang ada masalah jerawat halus di dahi.

Masker ini Puan Arsha Armalie amalkan sebulan sekali sahaja, itu lebih dari cukup untuk buat kulit sihat tanpa cela.

Menurut Puan Arsha, dia suka buat masker ini sebab kulit jadi segar dan masalah tiny bump kecut.

Bahan-bahannya:

Avocado
Cuka Epal (kalau kulit sensitive jangan letak ganti susu)
Madu
Lemon

Cara nak buat:

Mula-mula belah avokado dan kaut isinya letak ke dalam mangkuk, lenyek.

Selepas itu perah sedikit lemon ke dalam mangkuk tadi dan masukkan satu sudu kecil cuka epal dan madu. Gaul sebati.

Haa… boleh lah sapu dan pakai di wajah selama 1 jam dan boleh lap masker tadi dengan kain basah.

Akhir sekali, boleh sapu pelembap pada wajah macam biasa ya.

Owh ya, jangan lupa cuba pakai masker terbaik ini untuk penjagaan kulit wajah anda!

IKLAN