Tomato yogurt antara petua yang cukup bagus untuk dilumur pada wajah. Sebab fungsi yogurt itu pun memang membantu untuk melembapkan kulit, jadi tak ada lah masalah jeragat.
Okay untuk tahu cara buatnya, mari kita mulakan. Sebenarnya petua ini pernah dikongsi oleh pelakon, Zara Zya. Tetapi Puan Nabilah Care
sudah mencuba dan rasa berkesan, jadi dia kongsi kepada umum cara nak buat masker yogurt tomato.1. Tomato
2. Yogurt Asli
1. Sebiji tomato di tumbuk halus.
2. Dua sudu besar Yogurt Asli. Dia guna yang macam dalam video.
3. Gaul Sebati kedua-duanya
4. Sapukan pada muka menjadi mask.
5. Biarkan hingga kering (5-15 minit)
6. Bilas dengan air dan lap hingga kering
Kata Zara Zya, petua ni bagus untuk jeragat sebab mama memang ada jeragat yang banyak. Macam-macam cara mama buat termasuk laser tapi jeragat tetap tak hilang. Alhamdulillah, lepas dia amalkan petua tomato yogurt ni, jeragat dah berkurang.