Anda biasa tak beli masker arang untuk hilangkan blackhead. Sapu pada hidung, bila dah kering kita tarik. Nanti blackhead dengan whitehead kat hidung pun ikut tertarik sekali.
Masker tu memang best sebab nampak blackhead keluar. Nanti hidung rasa bersih sangat.
Jadi kali ini Puan Aisyah ajar cara buat masker arang tu. Kita guna pil arang empat hinggit tu sahaja. Masker ni memang 200% berkesan untuk hilangkan blackhead.
Pengalaman Pakai Masker Arang
Awalnya anak saudara Aisyah tak percaya masker arang buat sendiri ini lagi best dari yang beli di kedai. Sekali bila Aisyah buatkan dia, ehhhh banyak blackhead tanggal.
Dia terus excited nak buat sendiri kat rumah. Yelah, macam mana tak excited, hidung terus licin, sampaikan cucu blackhead pun hilang.
Masker ini nampak sahaja macam leceh nak buat, padahal dia guna 4 bahan. Yang lagi best, tiga-tiga bahan tu murah!
Ok jom tengok cara buat masker blackhead ni
Ads
Tips Hilangkan Blackhead Degil Guna Pil Arang
Bahan-bahannya:
1sdk serbuk arang / guna 4 tablet activated charcoal (tumbuk sampai halus)
1 sdk gelatin halal
2 sdk air panas
Tisu
Cara caranya:
1. Mula-mula anda wajib steam muka dengan air panas supaya pori pori terbuka. Campurkan air panas dengan air sejuk sedikit, selepas itu ambil kain tekap kat hidung.
Buat 3-4 kali. Anda jangan guna air panas mendidih pula, melecur kulit nanti.
Ads
2. Campurkan semua bahan bahan masker arang ni. Pastu kacau rata-rata.
3. Bila dah rata, anda sapukan pada hidung yang kita dah steam dengan air panas tadi.
4. Lepas dah sapu pada hidung, anda letak tisu di tempat masker tu. Kita letak tisu supaya masker cepat kering. Nanti nak tarik pun lagi senang tau.
5. Ok, lepas dah letak tisu tu, biarkan dia kering betul-betul dalam 20-30 minit. Selepas itu baru tarik. Haaa, masa ni nanti anda nampak lah semua blackhead dengan whitehead.
6. Lepas basuh muka, wajib sapu ice kiub di muka supaya liang pori muka yang terbuka tadi, kita tutup balik.
Cukup senang dan itu sahaja cara buatnya. Ini kalau dah cuti, boleh mula cuba dan buang blackhead degil yang sudah lama melekat di bahagian hidung.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dahsyat, tular seorang gadis menggunakan lendir siput untuk cantikkan kulit wajahnya. Namun cara ini tak pelik sebab kebanyakan perempuan, kalau pasal penjagaan tubuh badan serta kecantikan, ada yang sanggup!
Malahan tak kira umur, ramai perempuan sanggup berhabis ratusan dan ribuan ringgit untuk kekal cantik. Cucuk sana sini pun ada, pegang konsep beauty is pain.
Lendir Siput Buat Kulit Flawless
Selain mendapatkan rawatan kecantikan di spa, ramai juga yang suka menggunakan cara tradisional atau dipanggil ‘home remedy’.
Nah, lihatlah aksinya yang slumber letak siput babi di wajahnya!
Pejuang acne, cepat sembuh ya mukaku.
Mula-mula ingat dia menggunakan filter, tetapi rupanya gadis bernama Lydia betul-betul meletakkan siput di mukanya. Bukan seekor ya, tapi banyak.
Menjadi perhatian di TikTok, dia dengan selamba saja merakam aksi sewaktu wajahnya yang putih dilekatkan dengan lebih 10 ekor siput babi. Tindakan itu dibuat untuk merawat mukanya yang pernah ditumbuhi jerawat.
Kongsinya menerusi video, dia mencari siput itu di ranting-ranting pokok pada waktu pagi. Kalau dah siang siput kurang.
Susulan rakaman tersebut, Lydia turut berkongsi video lain yang memaparkan aktiviti sewaktu mengutip haiwan berkenaan sebelum dikumpulkan dalam satu kotak kecil. Selain di celah-celah rumput, ada juga yang diambilnya bertenggek di helaian daun serta ranting pokok.
Tinggal letak je senang. Kalau nanti lendir tu berkurang, ganti dengan siput yang lain.
Gadis itu juga tidak lokek menceritakan langkah-langkah ‘perawatan wajah’ menggunakan siput babi tersebut.
Selepas dibersihkan, siput itu akan diletakkan ke atas wajah bagi mengeluarkan lendir yang cukup bagus untuk kulit. Jika cecair berkenaan mulai kering, Lydia akan mengganti haiwan tersebut dengan yang lain.
Haaa… anda sanggup buat tak tu? Ini cara paling rare, nampak hasil di tangan pun flawless habis lah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amal Diet Suku-Suku Separuh & Rajin Puasa Sunat, Akhirnya Dapat Tubuh Idaman! Tiada kejayaan dapat dicapai tanpa usaha yang bersungguh-sungguh daripada diri kita sendiri.
Jika bukan diri sendiri mahu berubah, pasti yang diimpikan tidak akan berhasil dalam sekelip mata.
Seperti perkongsian sahabat di grup Diet Suku-suku Separuh, Nor Khomariah Norrohman yang telah dapat melenyapkan lebih 50 kg dalam masa setahun untuk mendapat berat ideal.
Dia yang sebelum ini mempunyai berat badan 80kg dan akhirnya kini selesa dengan berat 50kg.
Mengamalkan cara diet suku-suku separuh dan juga berpuasa sunat Isnin dan Khamis rahsia bagaimana dia berjaya mengekalkan berat sehingga hari ini.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
Bermula dengan 80kg dalam masa setahun lebih nie dah dapat berat idaman 48kg, tapi macam budak-budak sekolah sangat, naikkan balik dalam 50kg, so maintain kan je dalam 50kg-55kg.
Tapi kita hanya merancang, kadang berat boleh naik lebih daripada itu kalau terlampau cheatmeals, start balik 2 hb baru nie dari berat 58kg sekarang dah turun 2kg semoga dapat balik berat 50kg.
Sentiasa mkn suku suku separuh, kadang-kadang eat clean kadang-kaang makan je lauk biasa..mempunyai masalah tekanan darah tinggi selepas melahirkan anak ke 3, 2 tahun dah makan ubat sebelum nie,
Sejak amal diet alhamdulillah darah dah normal, tahap kolestrol pom normal, kalau dulu makan 2 jenis ubat dan setiap 3 bulan jmpa doc, sejak setahun lepas jumpa doc 6 bulan sekali dan makan sejenis je ubat dengan dos yang rendah,
Semoga selepas ini doc stop ubat, selain makan suku-suku separuh saya amalkan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis kalau kesihatan mengizinkan..
Alhamdulillah semoga terus istiqomah sampai bila-bila…good luck untuk semua ahli. Tahun ini umur dah masuk 35 tahun tinggi 156cm. Tang pipi itu memang besar, tak turun mana pipi tu, memang sejenis pipi besar dari zaman anak dara lagi.
Sekarang perkataan paling menakutkan adalah ditidurkan. Ini kerana kebanyakan mereka yang ditidurkan disebabkan jangkitan virus Covid-19 ini terus pergi meninggalkan insan kesayangan selama-lamanya.
Ada yang kita faham dengan maksud ditidurkan ini. Adakah memang sengaja doktor mengambil keputusan untuk menidurkan seseorang itu.
Perkongsian Dr. Arisman di laman sosial Facebook memberitahu kenapa seseorang itu nak ditidurkan.
1. Ventilator adalah sebuah mesin “bantuan pernafasan” untuk membantu paru-paru pesakit yang telah mengalami kegagalan fungsi yang kita panggil sebagai “respiratory failure”.
2. Ada dua jenis ventilation yang menggunakan mesin ventilator ini di hospital iaitu 1) Noninvasive ventilation bermaksud ventilator dengan menggunakan face mask. 2) Invasive ventilation bermaksud ventilator menggunakan tiub yang masuk ke dalam saluran pernafasan (trachea) melalui prosedur “intubation”.
3. Kegagalan pernafasan (respiratory failure) ini boleh disebabkan oleh jangkitan kuman paru-paru seperti Pneumonia, Covid-19, atau paru-paru severe asthma atau COPD dan kondisi selain masalah paru-paru (Misalnya Head injury, Stroke, Drug overdose, Sepsis, Spinal cord injuries, atau Sudden cardiac arrest).
Kondisi paru-paru tersebut memang sangat-sangat memerlukan bantuan alat pernafasan seperti mesin ventilator ini supaya nyawa boleh diselamatkan.
4. Terdapat keadaan lain pesakit yang memerlukan ventilator secara disengajakan iaitu mereka yang ingin melakukan pembedahan dengan ubat bius penuh (general anaesthesia). Tujuan bius untuk pesakit tidak merasa sebarang kesakitan.
Tetapi ubat bius tersebut telah melemahkan otot dan fungsi paru-paru sehingga perlu bantuan mesin pernafasan dari luar untuk sementara waktu. Selesai bedah doktor boleh bangunkan semula pesakit tersebut tanpa ada masalah.
Faham setakat ini? Ok kita sambung…
5. Keadaan paru-paru pesakit Covid-19 kategori teruk sudah hampir 100% berlaku penyebaran kuman sehinggakan kantung-kantung oksigen tidak mampu kembang seperti normal dan pertukaran oksigen juga menurun akhirnya gagal.
Lama kelamaan kandungan oksigen dalam tubuh semakin turun ke tahap paling bahaya sehingga menyebabkan sel otak mati dan jantung berhenti, akhirnya pesakit pengsan dan mati jika tiada rawatan.
6. Doktor memeriksa kadar oksigen pesakit melalui mesin vital sign/pulse oximeter dan melalui ujian darah ABG (arterial blood gas) setiap hari dan pada jam tertentu. Pemeriksaan fizikal adalah juga indikasi pertama untuk kami nilai sama ada pesakit ini perlukan ventilator sekarang atau masih boleh ditangguh dahulu.
7. Keadaan kegagalan pernafasan paling teruk adalah mereka yang terpaksa ditidurkan dan dimasukkan tiub pernafasan (endotracheal tube). Ventilator yang dipakaikan adalah untuk menggantikan paru-paru sementara waktu, iaitu dengan mengawal kandungan oksigen masuk dan karbon dioksida keluar dari dalam paru melalui tekanan (pressure) yang dikawal.
Tiub pernafasan yang dimasukkan dan tekanan udara yang diberikan adalah menyakitkan jika pesakit dalam keadaan sedar. Sangat sakit. Makanya salah satu sebab pesakit perlu dibius adalah untuk tidur dan supaya tidak merasa sakit.
8. Pesakit tidur dan mesin yang akan mengambil alih semua kerja paru-paru. Doktor terlatih akan memastikan bacaan oksigen dalam keadaan optimum. Perlu dikendalikan oleh doktor terlatih.
9. Ventilator yang dipakaikan tidak semestinya pesakit wajib ditidurkan, tetapi ada yang masih berstatus sedar kerana hanya dipakaikan face mask. Cuba lihat statistik harian KKM keluarkan pada data ICU dia selitkan disampingnya jumlah bilangan yang memerlukan bantuan pernafasan yakni mereka yang memakai tiub pernafasan.
So tak semua yang duduk ICU itu mereka ditidurkan. Apatah lagi desas-desus yang mengatakan pesakit ICU semuanya dipakaikan kain kafan. Ini salah. Tak masuk akal langsung. Kenyataan yang menampakkan diri mereka bodoh.
10. Pesakit yang terpaksa menggunakan tiub pernafasan bermaksud kegagalan paru-paru mereka sudah hampir 100% jika dibiarkan berterusan pesakit akan mati.
Jika dibiarkan menggunakan nasal prong (melalui hidung) ataupun face mask berterusan maka pesakit juga akan mati kerana bantuan itu masih tidak maksimum. Satu-satunya cara untuk selamatkan kadar oksigen pesakit kategori teruk untuk naik semula adalah dengan bantuan tiub pernafasan dan mesin ventilator bertindak sebagai paru-paru luar.
11. Selepas jangkitan kuman paru-paru berjaya diatasi maka paru-paru kembali berfungsi semula dan kemudian bantuan alat pernafasan akan ditanggalkan secara berperingkat.
Tetapi bahayanya pada jangkitan kuman Covid-19 ini adalah selepas berlaku jangkitan di paru-paru, kuman ini telah meninggalkan parut-parut yang sangat banyak dan menyebabkan paru menjadi keras berbanding paru normal sebelum jangkitan. Rehab dan physio diperlukan selepas keluar dari hospital.
Tak percaya? Cuba tanya makcik pakcik ipar biras mak teh yang pernah kena Covid stage 4 atau 5. Bagaimana kondisi pernafasan mereka sekarang?
Semoga menjawab isu ventilator ini. Kesimpulan ringkas mesin ventilator ini untuk menyelamatkan atau menyambung nyawa pesakit yang sudah mengalami kegagalan pernafasan akibat jangkitan Covid-19. Ditidurkan supaya pesakit tak rasa sakit dengan tiub yang masuk dan tekanan udara diberikan ke dalam paru-paru.
Kalau doktor tak buat bantuan ventilator ini maka itulah sebenarnya istilah doktor mematikan pesakit. Kami tidak akan buat begitu.
Makcik Mar dan yang lain bukan ahli kesihatan atau tidak faham sama sekali ilmu merawat penyakit, sila jangan menyibuk dan buat andaian ikut logik fikiran sendiri. Ilmu ventilator ini bukan dapat satu jam hasil baca dari Google.com ye.. bukan. Kami belajar, kami diajar, dan kami lakukannya.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.