Kecantikan

Tip Solekan Bebas Daripada Cakey, Cuba Salah Satu Daripada 5 Langkah Ini

Share

Ini antara tip solekan bebas daripada cakey dan comot, yang best mekap akan tahan lama seharian, barulah yakin nak keluar masuk majlis tertentu.

Nak-nak cuaca panas, memang mekap akan terusik kalau anda main pakai tanpa tahu syaratnya! Jom semak apa yang anda perlu lakukan.

1. Compress wajah menggunakan ketulan ais

Tip pertama untuk mekap tahan lama sepanjang hari adalah dengan memampatkan (compress) wajah menggunakan ketulan ais.

Siapa sangka memampatkan muka dengan ketulan ais sebenarnya boleh menghasilkan solekan yang tahan lama. Bonus, ketulan ais juga boleh membuatkan pori muka nampak lebih kecil yang menyebabkan pengeluaran sebum dan peluh berlebihan akan berkurangan.

Balut beberapa ketul kiub ais ke dalam tuala bersih. Selepas itu, letakkan dan diamkan tuala yang mengandungi ketulan ais di muka seketika. Pastikan anda memampatkan setiap bahagian muka dengan baik supaya hasilnya optimum.

2. Pakai primer

Keduanya, kalau nak solekan maintain sepanjang hari anda kena pakai primer.

Penggunaan primer sangat penting untuk menjadikan solekan hari raya anda tahan lebih lama dan tidak luntur sepanjang hari. Selain itu, primer juga boleh menyamarkan penampilan pori-pori besar dan menjadikan kulit lebih licin.

Gunakan primer selepas menggunakan pelembap. Pastikan sapu primer pada kulit wajah dengan sekata ya.

3. Kunci foundation dengan bedak tabur

Tips ketiga pula ialah mengunci foundation dengan bedak tabur.

Foundation merupakan salah satu produk yang wajib digunakan pada majlis-majlis khas. Jadi nak hasil tahan lebih lama dan tidak mudah cakey, pastikan tutup foundation dengan bedak tabur (loose powder).

Berbanding compact powder, bedak tabur boleh menghasilkan solekan yang lebih semula jadi berkat teksturnya yang halus dan lembut. Semestinya menggunakan bedak tabur sangat membantu anda yang tidak mahu hasil solekan nampak cakey atau putty.

4. Guna maskara kalis air

Seterusnya, guna maskara kalis air (waterproof) sebagai tips solekan tahan lama sepanjang hari yang keempat. Agar solekan tidak rosak dengan maskara yang menurun, pastikan anda menggunakan maskara dengan formula kalis air.

Sekarang banyak jenama solekan yang mempunyai maskara kalis air dan juga kalis peluh (sweatproof). Jadi, pilih salah satu daripada mereka dan tidak perlu lagi risau tentang solekan mata menjadi rosak.

5. Sembur setting spray

Tip akhir sekali ialah dengan menyembur setting spray pada wajah. Salah satu kunci solekan tahan lama, cuma sembur setting spray secara merata pada wajah anda di akhir proses solekan.

Selepas itu, anda tidak perlu lagi bersusah payah mengemas solekan setiap kali berasa panas atau berpeluh sepanjang berjalan sebab setting spray mengandungi pelbagai bahan yang boleh menyerap minyak pada wajah dengan berkesan.

Hah, nanti pilih lah salah satu yang mana anda rasa boleh buat setiap kali mekap ya. Barulah mekap maintain cantik sepanjang hari!

Published by
Nadia