Tip Kulit Cantik Wanita Turki, 5 Cara Ini Buat Wajah Glowing Semula Jadi!

Share

Memiliki kulit wajah yang halus, hidung mancung, rambut ikal mayang serta mata yang galak, sebenarnya wanita Turki ini ada rahsia kecantikan mereka sendiri.

Bagi mendapatkan kulit wajah dan tubuh badan yang cantik, kebanyakan wanita Turki ini sering mengamalkan penggunaan bahan-bahan semula jadi seperti:

Yogurt

Di Turki, yogurt bukan sahaja digunakan sebagai campuran dalam makanan tetapi secara topikal juga.

Ada yang sapu terus ke kulit untuk dijadikan masker. Dan ada juga yang campurkan dengan jus lemon untuk haluskan kulit secara semula jadi.

Air lavender

Sama seperti air mawar, air lavender ini sangat popular dan digunakan secara meluas untuk wanita Turki merawat kulit sensitif mereka. Kebiasaannya mereka akan sapu air lavender ini pada muka dan leher.

Selain boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka dan melecur, air lavender ini juga boleh disembur di tempat tidur untuk membuatkan kamu berasa lebih tenang dan tidur dengan lena.

Turkish Hammam

Ritual dalam kalangan masyarakat Turki terutamanya wanita; Turkish Hamman atau mandian Turki ini adalah mandian yang membersihkan badan secara menyeluruh.

Mandian ini akan dilakukan di marmar tradisional yang menggunakan wap bagi melembutkan kulit.

Kemudian badan akan digosok menggunakan tuala atau sarung tangan mandian untuk buang kulit mati di badan. Selepas badan digosok, diurut dan dibilas, kamu akan dipakaian losyen bagi mengekalkan kelembapan dan kelembutan kulit badan.

Sabun semula jadi

Kalau nak tahu, masih ada wanita Turki yang hasilkan dan menggunakan sabun yang dibuat secara semula jadi.

Kebanyakan wanita Turki akan hasilkan sabun semula jadi yang diperbuat daripada ekstrak minyak zaitun dan minyak kelapa.

Kemudian dicampurkan sama ada dengan lavender, sage, argan, susu kambing atau ros ikut ‘selera’ masing-masing.

Prickly pear seed oil

Mungkin ada yang tak pernah dengar tentang minyak ini, tetapi di Turki hampir setiap wanita menggunakannya kerana sifat anti penuaannya; menjadikan kulit lebih tegang dan awet muda.

Anda juga boleh gantikan prickly pear seed oil dengan minyak argan yang terkenal dengan kandungan Vitamin E dan fatty acid untuk melembapkan dan melembutkan kulit.

Jadi, jangan lupa cuba semua tip kulit cantik daripada wanita Turki ini ya!

 

Published by
Nadia